Tuesday, October 25, 2011

masak. Leek Goreng Belachan, Super Hot


Dlm cuti pantang baru ni, kerja aku mcm biasa. tgk tv. tgk tv tgk tv.
laki aku cakap, klu compile la resepi tu, mmg kompom awak dah bulih bukak kedai.
aku ckp ape brg salin2 resepi, org main ingat je la.tak main la tulis2.
hihi. cakap kena besar. klu tak, tak padan la ngn saiz aku.

so segala cerita masakan - masterchef ntah brp punye season , Top Chef, Junior Masterchef, Desanko cooking (org korea yg masak, aku rasa sup dia mesti rasa stoking), cef skuter, cef wan zaman muda, salih yaacob ngn aza sari rasa, nyonya pakai kebaya masak cakap pintal2 lidah ckp melaka, tu cef yg boops dia boleh thn besau padahal bdn dia kecik je, cef filipine yg botak tu dengan pengacara pompuan yg seksi, ho-chak, rncngn carik mkn singapore yg naik vespa tu...pendekata semua ada sudu garpu, minyak masak semua aku mesti tengok la...

masa tu mastercef mesia belum start lagi. aku dah amsuk ekrja baru mastercef mesia start.
by the way, mukaddimah ni bapak panjang. aku nak cerita, aku terinspire dgn cara diorang masak. bubuh tu bubuh ni, berani la... kdg2 akus endiri imejin rasa dia mesti tak sedap ntah pape combination foods diorang. tapi personally, aku nak suruh adilia jadik chef. TOP CHEF, who owned her own restaurant yg boleh kekal lama, bukan rest beroperasi 2-3 tahun atau hangat2 tahik ayam moneei. kenapa adilia? entah, aku rasa adilia berbakat kot masak2 ni. hahahhaha.... pepandai je aku pun.

pastu diorg ni masak nama masakan giler baboon gempak. tu yg nama sayur aku masak tu jadik mcm tu. ni klu arwah mak ada ni, mau dia kate aku ngengada boh nama sayur cenggitu. ahaks.

ok, dah..ni resepi.
LEEK GORENG BELACHAN, SUPER HOT BERSAMA UDANG HIDUP JANGAN MASAK LAMA2.


3 btg leek - potong serong. belah dua dulu. rendam, basuh dan tos.

3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah .
7-8 biji cabai burung.
1/2 inci belacan bakar.
10 ekor udang hidup.
5 tangkai cili kering super hot yg tersalah beli kat giant.

tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api bersama belacan. klu masak sayur aku tak suke tumbuk halus.. tumbuk kasor2 je.
satu lagi aku mmg suke bawang byk, bau wangi jeeeee
cili kering tadi,, potong besar 2-3 bahagian.

okeh. panaskan minyak (lps ni aku tak cerita la panaskan minyak dah dlm next recipe. pepandai la korang)
masukkan bahan tumbuk dan cili kering tu. tumis smpai satu rumah bersin2.
sampai laki ko lari bukak pintu dapur nak bagik bau tu tak terkuap dlm rumah.
hahahahha. aku malas nak bukak pintu dapur,. nnt jiran aku bau, dan nampak aku msk apa, WAJIB bagi... klu dia dah terbau dan teringin. berdosa tak bagik. heheh.
selingan.

pastu masukkan udang hidup, mase ni kena get ready sayur leek tadi dah tos...
jaga2 cik salmah, aku klu buat udang jadik main ingredients esp dlm sayur, tak suke overcooked udang ni, hilang manis,...daging keras.. tak besh.
dlm 1 minit pas masuk udang, terus masuk leek ni...
biar leek ni layu kat minyak dulu klu korang nk tambah air.
tu rahsia klu nak sayur tu nampak segar.
tak caya, klu lepas masuk sayur, dia lom layu kat minyak, ko dah boh air... ko tgk la nnt, sayur ke mesti LODHOR (ckp jawa), atau lebam (ckp melayu).. tak lawo.

boh leek tu, kacau laju2 api besau... then kecikkan api -sederhana besau, menten la..mase ni klu nak boh air boh la 3-4 sdb... sayur ni tak sedap basah, nnt leek tu berlendiaq.

boh garam sikit je sbb selalu nya belacan dah masin. rasa la ikut tekak memasing.
siap.
boleh hidang dan tutup pintu dapur yg laki ko bukak tadik.
ahaks.

Thursday, October 6, 2011

Al kisah, tragis


Semalam, hari kedua aku puasa ganti..
Hajat hati nak buat puding karamel. Aku bukan sweet tooth, tp puding karamel ni mmg fav aku...
Setakat ni aku suke mkn puding karamel yg akak sulung aku buat. Lembut, lemak berkrim dan gulanya just nice caramelized.
Selain yg ori tu, yg tak ori aku suka mkn beli kat Amway kot.. Ready made punye. Gile lembut dan licinnnnnn zasss lalu kat tekak..
So gugel gugel few recipe dan tny org sana sini tiba2 ternmpk resepi puding gula hangus tanpa telur.
Tilik punye tilik resepi tu rasanya yesss! This is d one yg zassss lalu kat tekAk ni.,, feedback dr org yg dah cuba pun kaw2.. Mcm best!

So, a day before dah beli lah bahan2.
Excited sbb nak guna pudding mould dr tupperware yg aku br beli..
So follow recipe tu step by step. Semua smooth as planned. Aku sj buat gula hangus tu lebih sikit,
sbb aku suka gula tu melimpah ruah buat kuah. Apapun aku mmg slter recipe ni, sbb bg aku dah ada gula hangus, the puddiing shud not
contain any sugar dah...
Dah siap semua, aku sejukkan utk bekukan. Tp masa tu jam dah pukul 5, haiii karang tak sejuk pulak masa berbuka...
Aku pun amik penutup tuppeware tu dan tutup la mould tu.. Mould tu sblm
Tu aku ltk dlm loyang isi air sejuk peti ais konon nk bg cpt cool. Once aku tutup je cover dia,
dengggghhh!! penutup mould belah bawah tu terbuka due to pressure aku rasa. Korang tau tak
Pudding mould tu mcmana gaya.. Dia ada penutup atas dan bawah..
Hmmph boleh imejin apa jadik??? Puding yg tak brp nk beku lagi tu tersplash masuk dln loyang yg ada air tu..ha!!!! Sodaqallah!!!
Nak mencarut, puasa... Salah sendiri pulak tu..
So, being smart in every single way... Aku masukkan semua puding tu beserta air dlmnloyang tu masuk periuk balik dan masak lagik.
Then tak serik masukkannjugak dlm mould tu (nak sangat okehhhhhh guna mould puaka tu).....

End up, azan maghrib je... Aku x minum pun. Terys tuju puding tadi. Bismillah....,
Mak aihhh! Terbuntang bijik mata aku mkn, manis nauzubillah. Finally, puding tadi (yg cantik tu) masuk bakul sampah, sblm laki aku
menjadi saksi kegagalan aku.. Hahahaha!

Mould puaka... Ko tunggu.. Aku akan buat puding tu sampai sukses. Ko tunggu!

Monday, October 3, 2011

Ahli baru: LIYANA NAJLA AHMAD KAMAL HASRIN

Bagi yg tau aku preggy (lagi) tahun ni.. Maknanya anak no 3 dan 4 aku lahir selang setahun.
Selamat datang, Liyana Najla binti Ahmad Kamal Hasrin. She was born at Hosp Selayang on
August 21st @10.28 am. Satu2 nya anak aku yg lahir waktu siang. Yg kakak2nya semua lahir waktu mlm.
Khaleeda wktu maghrib, Raihanah tgh mlm, dan Adilia around 9++pm.

Bersalin kali ni mmg dipermudahkan. Cuma waktu
Mengandung je yg tak la susah tp jerih sikit sbb faktor umur kot.. Dan jarak kehamilan yg agak dkt..
Apapun syukur rahmat tuhan.. Walaupun sebaik Najla lahir, she was detected having hypoglycaemia dan few days
later with jaundice, aku pasrah je la.. Tp part plg best among prem babiez, she was the biggest! Org lain 800 g je pun
ada... Dia, ha... 3kg!! Cuba bygkan klu aku termed 40 wks? Mau dkt 5kg kot.

Bila bersalinkannthe 4th one ni hampir semua org yg tak rapat dgn aku ckp, ok kens try lg satu ni sampai dpt boy.
Thanks for the advice, bukan kita yg tentukan jantina anak ni. Sblm kita lahir lagi, Allah dah tentukan dugaan
Dan ujian, rezeki, dan segalanya. Semuanya sesuai dgn kesanggupan kita. Makanya jgnlah hendaknya aku jd hambaNya
yg terlalu meminta2.. Bohongla klu aku tak mahu anak lelaki.. Mestilah nak, tapi siapa kita nak mempersoalkan rezeki yg
diberiNya. Fikirkan dan renungkan kat luar sana brp ramai org yg belum sampai rezeki mereka nk timang baby..,

Apapun disaat entry ini ditulis, Najla sudahpun berusia 45 hari. Alhamdulillah, dia sihat dgn berat mencecah 4 kg..
Adilia, kinda jealous and try to adapt herself, accepting the fact that she is now, kak chik!!

Thursday, August 11, 2011

Masaelah

Salam. Aku taktau ada lg ke org yg baca blog ni.
Aku dah ilang minat nk berblog..byk benda nk ckp, tp tak terluah dgn tulisan.
Tgk title ni, dah lama.. Isinya belum tertulis tulis lagi.

Dlm dunia ni, sapa yg tak ada masalah?
Aku juga ada masalah. Susah nak
Ckp macamana and oso, it's not nice to b shared eventho aku nak sgt luahkan kat cni.
Skrg, blog aku ni wpun hakikatnya nampak sepi dan sunyi mcm tak ada kehadiran org,tp
aku tau ada mata yg membaca. Aku dah x bebas mcm
dlu lagi...

Apa yg au dpt luahkan ialah doa aku mohon dibukakan pintu hati "org itu" utk melunaskan
apa yg patut dia lunaskan terhAdap kami anak beranak. Jgn hanya pandai berckp sampai lupa nak
muhasabah dan pandang diri sendiri. Kami tersepit, diluah mati mak.. Ditelan mati bqpak.

Ya Allah, dengarkan lah permintaan kami.. Moga2 lembutlah hati nya!

Wednesday, May 18, 2011

aku boleh rasa

dah lama aku boleh sense yg dia tak berapa ikhlas dgn aku. dah lama jugak aku boleh rasa dia rasa tercabar dgn aku yg tak de pape. dah lama jugak aku rs dia selalu nak challenge aku. ok, u go girl, my pleasure. selamat lah kamu hendaknya.

Tuesday, April 26, 2011

selamat hari jadi yg pertama, Laila Adilia.

utk anak ketiga Ibu,
Selamat Hari Lahir yg pertama.

jadi anak solehah.
jadi manusia yg baik-baik, yg berguna pada Agama.
semoga hidup mu di limpahi berkat dan rahmat dunia akhirat.
semoga dilindungi dari segala mala petaka, mara bahaya, bala bencana dan perkara2 keji.
semoga dikurniakan sifat2 mahmudah..
semoga murah dan penuh barokah rezekimu.
semoga sihat selalu.

semoga semoga semoga smeua yg elok2 menjadi milikmu.
semoga dilindungi Allah, senantiasa hendaknya.

Happy Birthday!!
LAILA ADILIA AHMAD KAMAL HASRIN
21 April, 2010.

gmbr bday celebration, nnt2 ibu letak ye. tak sompek..

boh la tajuk sendiri.

tidak dinafikan klu aku sedang marah, aku akan lepas sahaja. mmg jenis aku aku tak suke simpan2 dlm hati apa yg aku nak marahkan. tp, dlm marah tu, aku akan beringat supaya tidak menghina kejadian Allah. contohnya... klu ko bencikan perangai dan sikap seseorang cukuplah sekadar ko luahkan benci dan marah dgn perangai orang. jgn lah sampai ko menghina kejadian dan fizikal org yg ko tak suke tahap gaban tu.
antara contoh2 penghinaan fizikal seperti "amboih, dah la jongang, jendul, mulut nya laser nak mampus" atau "tak padan dgn gemok, muka tak lawo mcm jamban tak siap, perangai huduh ya rabbi" cukup lah sekadar ko mengomen "perangai atau attitude" kerana perangai dan attitude itu adalah peribadi yg terbina sendiri samada kurang didikan, atau mmg dilahirkan sebagai org bermulut ceplos dan laser. jgn lah sekali-kali ko menghina kejadian tuhan dengan rupa bentuk fizikal seseorang.
mungkin yg menghina kejadian Allah tu merasakan dirinya lebih serba-serbi.. cukup serba serbi rupa parasnya, bentuk fizikalnya dirasakan sehabis mantap dan enak dipandangan mata yg memandang. mungkin. terpulang la pada mata masing2.

aku tahu, aku pun tidaklah secantik ngko, sebijak ngko, sepandai-pandai ko yg mcm tupai melompat jatuh ke tanah, semanis ko, bak kata yg lebih-lebih tu semua ko ambiklah klu ko mahu. cukuplah sekadar aku bahagia dgn apa yg aku ada, dengan org2 sekeliling aku yg tak perlu di ampu utk mendapatkan perhatian, cukuplah dgn apa yg aku ada setakat ini, yg menjadikan aku sebagai aku.
jgn menilai aku, kalau ko tak kenal siapa aku. dan, aku tak pernah rasa rugi klu aku tak kenal ngko pun. malah mungkin dunia aku lebih aman klu ko tak de. tak rugi, dan tak untung apa2 pun .
bukan aku tak tahu cerita-cerita org ttg ko. tp aku bukan jenis penjaja cerita yg menjaja dari satu rumah ke rumah. no no no... klu lah aku diberi peluang bercerita apa yg diceritakan org ttg ko, mungkin ko menangis kuar air mata darah. tp, it's not my type. it's your type. bagi aku, wpun aku tidak sesempurna org lain, aku sentiasa berusaha mencapai kesempurnaan. biarlah buruk di mata manusia rupa fizikal aku, aku tak kisah. tak kisah langsung.
semua manusia sama aje di sisi Allah, yg aku pohonkan hari2 adalah supaya aku tidak tergolong dlm golongan yg rugi. so, klu ko nak mengutuk fizikal aku, silakanlah. my pleasure... aku mungkin tidak dapat membalas wpun hati aku sakit. dan aku tidak pohon Allah balas yg buruk2 utk kamu. aku harap ALlah balas yg baik2 utk kamu dan keluarga kamu. Amin.

memetik kata seorang sahabat "jangan bencikan org yg cemburu dgn kamu, kerana cemburunya itu membawa makna dia menjadikan kamu idolanya" he he he. lu pikirlah sendiri. aku, ttp macam ni..semalam, esok lusa tulat dan tungging.... insya Allah.

terima kasih en suami, yg mempunyai hati dan perasaan memahami aku, isterimu yg gemok, huduh, muka buruk tp ttp manis dipandangan matamu. itu yg penting. bukan begitu?

Thursday, April 7, 2011

marble choc cheese brownies



bleh tak, aku skrg tgh mengidam benda yg mmg aku kena buat sendiri. tak boleh tidak mmg kena buat. nak order, sure tak sama rasanya sbb aku mmg buat ni resepi sendiri. tidak la aku inovise this thing on my own. aku tgk few recipes pastu aku olah mana aku rasa leceh. aku ni malas buat kerja leceh2 rumit2 ni. nak yg senang aje. pemaleh le katakan. so, back in 2008-2009 aku gile mkn brownies. selalu order dr kawan. brownies dia mmg sedap. ulang2 aku order. sampai dia pindah dan tak buat bisnes ni dah baru aku stop order. so, tertanya2 aku mcmana brownies dia begitu sedap dan buat aku ketagih. lepas satu, satu aku order. tp dia tak buat choc-cheese combination. dia buat plain choc, choc=white chos (sedaps eh) dan choc + nuts. so, aku rasa, try la buat brownies choc n cheese. heheh, combination yg baik jugak.

so, nak buat ni terpulanglah masing2. ad eyg suke buat 2 layer betul2 bawah choc atas cheese. aku tak suke benda2 rigid. suke yg simple. so mcm tu lah ghope marble choc cheese aku. korang jgn tanya resepi, sbb setiap kali aku buat, seriously mmg aku campak2 aje. ha ha ha. kena tgk camana aku buat.
persoalannya, bila aku nak buat ni. tolonglah bagi aku sedikit kerajinan, untuk melunaskan keterliuran aku terhadap menda alah ini. huish.

Wednesday, April 6, 2011

get well soon Kapt Ajax

Kapt Ajax. - during small gath 2010, Kuantan.


a fren of mine, involved in a car accident few weeks ago. he's having amnesia, at this moment. hope he'll survive n recover soon. to his wife, be strong.
oh, anak nya paling sulung sebesar khaleeda, yg kecik sebesar adilia. moga dia dpt ingat balik anak2, isteri dan keluarganya. Ajax, doa kami rakan-rakan ko di ASBTAR kuantan dulu sentiasa mengiringi ko sepanjang rawatan ko. Moga ko pulih dan dapat kenal kami semua balik.

Gugel dari en wiki:
"Post-traumatic amnesia is generally due to a head injury (e.g., a fall, a knock on the head). Traumatic amnesia is often transient, but may be permanent of either anterograde, retrograde, or mixed type. The extent of the period covered by the amnesia is related to the degree of injury and may give an indication of the prognosis for recovery of other functions.Mild trauma, such as a car accident that results in no more than mild whiplash, might cause the occupant of a car to have no memory of the moments just before the accident due to a brief interruption in the short/long-term memory transfer mechanism. The sufferer may also lose knowledge of who people are".




Wednesday, March 30, 2011

sambal goreng jawa

makcik yg pakai glasses tu, kata laki aku, mmg dia tak sabo nak ngambik sambal goreng tu. hahahhaha...laki aku yg snap ga,bar ni. aku mane leh tunjuk muka kat situ, buatnya tak sedap, org point kat aku, mau setahun aku nanges.


hari ni aku nak mcm2 pulak.
mcm nak share resepi.
mcm nak cerita benda yg buat aku geram dan menyampah.
tp agak2 dr aku menegatifkan diri aku, baik je la aku positif. buang karan ok nak menyampah2 kat orang. cuma org yg buat aku menyampah tu, tolong2 la sedor, jgn la berperangei mcm budak2 lagik dah. cemuih teman, budak kecik pun boleh mikio, takkan awak tak leh pikio.

ok, kes sambal goreng jawa ni terjadi bile MIL aku ckp nak masak lauk tambahan masa kenduri kawen adik laki aku. kire org terakhir kawen la dlm family laki aku wpun dia bukan nan bongsu ado eh. terpcaul laju dr mulut aku "buat sambal goreng nak, meh ana buat.." so, dah setuju. tibe lah masa mlm kenduri, MIL aku sure risau sbb aku tak balik2 Ulu Yam lagik. di Sri Gombak lagi... "ko jgn tak jadik pulak kak ngah buat sambal goreng ni, bhn2 semua dah beli.. kentang dah potong...tempe dah goreng" aku jawab "rilek la mak, karang pukul 1, 2 pagi, org buat le. rilek je...tau le ana.." ye le, aku ni koje tak mcm orang. payah klu org tak paham. peh tu, tunggu si sulung balik skolah, since dia ade exam hari tu, mmg le takboleh cuti. laki aku sorang2 je balik U.Yam terchenta tu, menyetelkan ape yg patut. pastu ptgnya dia balik S.gombak nak pick up aku dan anak2 nan tiga ketul.

heh. ape cerita ni. aku nak share resepi sambal goreng. pehey aku citer mende2 remeh temeh ni. straigh tu the point.

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA STYLE OMAK DEN.

suhun - jgn dibasuh atau direndam. goreng mase kejung2 tu.
pucuk - pun sama.
tempe hiris nipis ke tebal ke ikut suke kome, goreng. tok sah negngada boh garam bagai
kentang, potong ikut uske kome, nak tebal ke nipis...buang le kulit, potong cantik2..
kacang panjang (optional)
hati dan pedal ayam hiris nipis dan goreng pun optional. mana2 yg concern tak mkn organ dalaman tok sah la boh. aku boh klu buat mkn family binsahdan. klu family selain binsahdan aku tak wat. lidah org lain mana sama lidah anak2 binsahdan.
tauhu-optional.
cili kering potong haluih2, nipih2 serong2, rendam dlm ayor paneh kejap.

bhn kisar
bawang merah,bwg putih tok sah byk, kang maung baunya.
cili kering, serai halia lengkuas. lengkuas jgn byk. sangap mkn pijor rasanya klu byk.
ikan bilis ATAU udang kering. aku kisar sekali harung je dengan buah keras sekali.

santan pekat (kepala santan) ATAU buah keras. pilih.

kicap pekat maneh.

METHOD:
tumis bhn kisar sampai naik bau. sampai pecah minyak. sampai kompom masak. boh kicap manis, garam, gula.. dah pecah minyak.. boh le santan pekat tu tadik, jgn berenti kacau. ingat klu dah boh buah keras, usah ngengada boh santan. cholesterol okeh. kacau, kacau...

then boh la pucuk, santan kentang tempe semua tu termasuk cili kering yg dipotong nipis tu.. rasa la lebey kurang. siap.
benda ni mkn ngn nasik panas, nasik impit, nasi karpet kompom terangkat. kome tau ke nasi karpet tuh ape?
biasenya aku klu buat ni, aku alliquot. so, tak de la semua berkecah. benda ni, tahan lama klu betul kena gaya masak. ok, bagi yg bertanya, itu lah resepi sambal goreng jawa style arwah mak aku. beno nya, aku pun tak sempat belajar dgn dia. aku tanya akak aku. mase hari kenduri tu, aku tanya akak "kak, amacam, lulus dak?" dia tak ajwab, sbb dia rasa tercabar. dia ckp "aku nak tapau sikit" pastu akak sorang lagik ckp " LULUS dah ko"

hahahahah, bukan nye susah beno. yg susahnya nak anggar bhn, sbb aku masak dlm portion yg agak byk mlm tu. ketor sebenarnya tp sebab aku kan menantu sulung, kena la tunjuk kewl. ha ha ha.
soklan : korang tau ke nasik karpet tu ape?



Monday, March 21, 2011

dialog/lailog-lailog terkesima.

hmmph. cube baca ini.

2002 : selamat pengantin baru, kamal dan ana.. semoga bla bla bla.. bla bla bla..
2002-2003 : ehm, masih berdua? belum ade pape lagik ke?
2003-2004: hai, honeymoon lagi ke...bile nak bertambah ni...
2004: oh, tahniah... dapat pun sorang... tahniah. lepas ni, cuba lagi, dapatkan sepasang..
2005 : dah berjalan pun ni, dah boleh jadik kak long dah ha....
2006 : alhamdulillah, perempuan lagik??? tak pe, nnt cuba lagik anak laki pulak ye...
2007: bile nak tambah ni... mana cukup 2 aje?
2008 : lama dah bongsu ni.. dah sampai haul 2 thn ha...
2009 : isk, takkan 2 org aje... nnt kalau 2-2 kahwin semua ikut laki.. kamu dah la semua pompuan anaknya..
2010 : ui..................... pompuan LAGIK???
2011 : mengandung lagik??? rapat2 nya anak kamu, baik2 jaga kesihatan dalaman tu... kenapa tak merancang? jarak2 kan la sikit..

2012: bla bla bla... tunggu dan lihat.

manusia2 ni jenis tak eprnah nak puas hati. dan kerap komen mcmlah kerja buat anak dan mengandung ni kerja manusia. tak beranak salah, beranak semua pompuan pun salah, beranak kerap.. pun salah...
memanglah antara adilia dan yg sedang dlm perut ni, jaraknya agak dekat. semua org pun tanya "Accident ke?" aku kadang2 rasa nak carik2 je mulut org ni. ade pulak accident. dah kalau nama kerja suami isteri apa ke hal accident pulak... aku malas jawab selalunya. aku biarkan je dia melopong, dengan tidak provide apa2 jawapan.
dalam hati aku banyak istighfar dan alhamdulillah aje lah...
kawan2 aku ckp "bukan nya tak berlaki..klu tak berlaki tu lain la ko nak hairankan"

so, utk kawan2 yg belum ade zuriat sendiri, sabarlah...
amalkanlah doa nabi zakaria memohon keturunan dari Allah... kalau belum sapai rezeki korang, percayalah..Allah sedang mengaturkan sesuatu yg lebih baik utk korang... biarkan aje la mulut2 org sbb hakikatnya, manusia mmg tak pernah puas... di beri tak puas, tak diberi meminta2 pula.
yg penting suami isteri, sokonglah antara satu sama lain...

utk anak2 ibu.. semoga kalian menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini....


Thursday, March 10, 2011

adilia

mula-mula, aku nak cerita pasal kisah adilia yg buat aku laki bini kecut perut on last tuesday.
isnin tu, mcm biasa bagi aku seorang pembawa budak ni ade monthly check up. balik dr check up lepak2 tengok cerita gemilang. adilia ni tgh buaih panjat sana/i.. nak jadik cerita dia jatuh. dia ni jenis klu sakit sikit2 mmg tak nangis. klu sakit lebih sikit dia nangis dalam few seconds aje. klu sakit sgt dia nangis lama. so, mlm tu lps dia jatuh masa panjat ayahnya, dia nangis lama jugak. sambil gosok2 kepala dia. lepas tu mcm biasa... tak de pape yg luar biasa. bgn pagi soknya hntr ke nursery dia ok dan mcm biasa jugak.
during lunch hr, jam 1 mcm tu aku dpt call dr nursery kata adilia dah muntah 6 kali. cikgu nya ckp, klu free, balik la tengok jap sbb dia mcm restless dan melepek sesangat. aku dah kalut dah tak boleh pikir pape dah.. bawak kereta pun mmg fikiran melayang jauh aje. doa byk2 dia muntah bukan sbb jatuh . mungkin sbb alah fuds etc... sampai aje kat nursery tgk dia hati aku jad sebak sgt.. dia tak mcm dia..mmg nampak sgt lemah dan tak bermaya.. masa aku amik dia, aku try suruh dia berdiri... ikut logik...klu ade head injury slh satu effect ialah lost balance.. dia mmg tak boleh berdiri langsung. hadoi, lagik la naluri aku sbg ibu dah pikir mcm2 perkara buruk.. then dia muntah. muntah kahak dan air saja. dah kosong isi perutnya, a mungkin dia loya. bile tgk dia muntah lps aku suruh berdiri tu lagik la aku jadik ntahapa2ntah.
aku tunggu laki aku dtg. dr opis dia di JRL, dia naik cab. aku ckp, aku mungkin tak mampu buat sorang2..tu dia dtg jugak. then kitorang gi klinik. doc check then she said.. "she gives good respons, but she's too weak. sbb dia dah muntah byk kali, energy dah tak de, i dont think this is because of head injury" aku lega. tp tipulah klu lega byk. lega sikit aje.
doc bg ubat angin, ubat muntah dan ubat demam, sbb adilia showed sign of fever. camana ni, aku berbelah bagi. sbb aku kena rush balik ke office.. kerja aku bukan mcm kerja org. maklum la kuli-kuli batak di gomen.. pulak tu tuntutan kerja aku jenis mcm ni. bile ko komited satu experiment so kena komited dari step pertama sampai habis. missed one step whole experiment burn mcm tu aje. hari selasa tu, step ketiga dlm expt aku. lagi 2 step, settle la. syg pulak nak repeat semua benda wpun aku rs aku selfish klu aku pergi lab utk siapkan labwork aku. laki aku ckp, itnggal jap kat nursery bagi mkn ubat... ptg kang habis je expt rush la balik. how la, expt aku start at 4pm.. klu aku pantas dan cekap dptla setel within 1 hr. i kind of challenging myself. huh, ni klu bos aku tau, mesti dia bagi award pekerja cemerlang kat aku.
so, aku balik ke opis dan laki aku pun balik opis.
hari tu aku balik sharp at 5. maknanya? alah, maknanya aku cekap dan pantas la tu... kerja yg patutnya habis 1 jam setengah aku boleh siapkan 1 jam aje. hihihi. bukan senang ok.
ko nak kena prepare 5 kepekatan berbeza, kali dengan 12 sampel, bla bla bla bla triplicate, bla bla bla... mmg mcm lipas kudung aku dibuatnya. target aku : no mistake at first step..

balik je amik adilia, dia dah tak sepucat mase aku amik dia jam 1 tadi.tp dia masih lemah dan amsa aku dukung dia dia muntah lagi. ni yg aku tanak. doc dah pesan klu sampai jam 9 mlm ni dia muntah2 terus pergi hosp utk further checkup. balik tu dia mmg tanak duduk tempat lain.. di riba aku je... cube korang jadi aku..tgk anak yg lasak dan ceria jadi lesu dan pendiam hanya dlm masa beberapa jam sahaja. aku bagi dia makan nestum, nampak mcm dia kebulur mase mkn. pastu minum susu, dia dah mcm ade energy dan dia start main mcm biasa.. tp kejap2 dia baring. aku risau balik. pening gamaknya budak nih. lepas tu dia mcm tak boleh nak pegang apa2 yg aku cuba bagi dia.. mana aku tak risau, klu korang jadi aku???
sure risau dan pikir mcm2 kan?

mlm tu, dia nampak makin ok bile jumpa akak-akaknya... dia main... tp mmg aku kontrol la takut dia jatuh dan terhantuk lagik. sampai kan baru aku sedar dah jam 10 mlm, aku tak mkn apa2pun lagik sejak dr breakfast.. aku hilang selera sbb pikir bukan-bukan.byk buruk dari baik yg aku pikir. tak tau lah, mungkin cara aku berfikir tu slelau fikir the worst scenario dan option yg aku ada kalau itu dan kalau ini. sekurang2nya, klu betul aku dah bersedia nak hadapi segala kemungkinan yg bakal tiba. laki aku pulak asyik ej la ckp aku kelam kabut, too carried away bla bla bla. aku malas nak layan dia. sejak mengandung ni, aku ngn dia lagik byk yg tak setuju dari yg setujunya. menyampah sgt dgn dia. berbeza sgt mengadnung yg dulu2. dulu, dia balik keja je, sibuk nak cium ketiak dia. skang ni, dia dah wangi2 pun ttp ckp dia busuk.
mengada.

aku cuti the next daynya utk monitor dia. pagi tu dia muntah sikit. mak mentua aku call bgtau jgn bagi minum atau mkn byk2 sgt takut perut nya terkejut. pengalaman org tua, kena apply jugak... diorang byk pengalaman... aku hntr adilia ke nursery kejap sbb bawak khaleeda jumpa pakar mata. ok, khaleeda punye citer nnt aku citer.
so, dlm kul 12 mcm tu, lepas selesai appointment, amik dia, nampak dia makin cergas dan sihat. satu hari main aje, tp still aku bg mkn sikit2 tp kerap... minum pun sama. bagi minum air zamzam dan air masak. dia ok je, menguatkan semangat kami laki bini yg dia dah ok. tp dlm hati tetap berdebar2 dan berharap dia tidak akan muntah2 lagik. so, far sampai mlm tadik dan hari ini beluma de report dr cikgu dia muntah balik.. harapanya dia ok, kuat dan sihat seperti sediakala...
terima kasih kat kawan2 semua uncle2 auntie2 yg menenangkan aku di kala aku kalut dan kecoh.. serius aku tak pernah serisau semalam. menangis-menangis mcm tak pernah di buat dek orang.

Tuesday, March 1, 2011

seronok kah menjadi ibu?

jawapan saya, sudah tentu seronok.
wpun, saya ada hypertension yg bermusim.
wpun, penat juggling dgn kerja di office (cliche ok... )
wpun, kena masak dan siap on time.
saya bangga sbb saya ibu.

smlm, sy ckp dgn khaleeda.. 'kakak, esok PJ pakai baju lengan pendek la, sbb rabu boleh pakai baju lengan panjang sbb awak ade kelas tasmik on wednesday"
dia terpinga-pinga ..
"ibu, dr ofis ibu boleh dgr ke cikgu sharwani ckp"
aku pulak terpinga-pinga.
"errr, kenapa khaleeda ckp mcm tuh.. "
dia masih terpinga-pinga
"mcmana ibu tahu, cikgu sharwani suruh pakai lengan panjang mase hari tasmik"
dlm hati, aku gelak... kah kah kah... geli hati aku.
"ibu kan ibu... ibu kana de banyak mata, banyak telinga, banyak hati... special"

itukan logik sebenarnya, ade kelas tasmik, kena pakai tudung, pakai la bj lengan pjg, lagi sopan. keh keh keh. tp aku kagum tengok dia terpinga-pinga siap berenti minum susu botol (oops), sbb nak tanya mcmana aku tau... hehhe.. "ibu kan ibu"

eceli, aku sgt-sgt bz kat rumah. bygkan, seawal jam 5.15 pagi aku dah bangun (yg ni aku dah ready mase adilia nak lahir lagi...bangun awal)... so, basuh muka, gosok gigi... amik periuk, tanak bubur adilia. sambil tanak bubur, aku buat breakfast utk 2 ketul umat yg nak keluar kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg. dan breakfast utk 2 ketul umat yg berjihad fisabilillah...
sambil tuh, naik atas, susun baju utk bawak ke nursery (mlm-mlm aku malas.. hahha sejak sejak preggy ni, semua buat pagi)...
kena make sure spentot budak2 ni cukup utk skolah pagi ptg, stokin dah bawak turun... sambil2 bancuh 3 btl susu utk 3 ketul umat yg ade di rumah ni. 6 pagi, laki aku dah start mandikan 2 budak yg berjihad fisabilillah tu. while 6.30 yg seketul paling kecik saiznya akan bangun.. bagi dia semekut, bukak tv suruh dia tgk tv. by 6 normally aku dah siap semua, kecuali bubur adilia akan siap dlm sejam selepas itu.
sebelum2 ni aku tak hnt bubur kat nursery sbb MALAS nak masak. tp baru ni berat bdn dia dari 7 bulan -9 bulan menten at 7.6kg tak naik2 aku jadik risau. makan nestum aje. kesian dia. amse akak2 nya, gagah jugak aku memasak pagi2. so, dah seminggu ni buat bubur dan dia pun mcm suke aje mkn bubur. mlm baru mkn nestum...

yg bercintanya bile nak suruh si khaleeda pakai baju. hadoi, dialog aku hari2 "nak ibu ckp berapa kali baru nak pakai baju, sikat rambut, carik tudung, pakai stokin. awak tahu tak klu letak - dia sambung "letakk kura2, dah lama kura-kura tu siap".. ha... ko tau tak pe.

sambil diorang tgk la ape yg ade kat tv tu, berita pagi ke, wiggles ke sambil minum susu dlm botol. tak senonoh mulut dah nak jongos, botol tak boleh tinggal jugak.
then by 7.00pm, make sure pintu dah kunci pagar dah kunci off to nursery.
yg mudahnya bagi aku, owner nursery ni ade bas, ada transit, ada tadika. so aku one shot aje. hantar adilia kat nursery budak2 bwh 4 yrs old, then off to transit (selang 8-9 rumah) letak laily dan khaleeda kat situ. by 7.20 khaleeda off to KAFA dan 8.20 laily off to TADIKA. naik bas. nnt 10.30 khaleeda balik mandi mkn semua kat situ, ready nak gi sek keb pulak. laily balik around 11.30 mkn dan ptg kang baru aku amik dia.


ptg, dlm 5.30 tu aku set aku paling lewat balik. tanak balik lewat2 sgt. aku berkhidmat utk negara ni, cukup2 la mase yg ade..8-5.30. setengah jam yg aku lebihkan tu stok mase tambahan aku berblog ni ha. hahhaha...
5.30 balik dlm 5.50 sampai rumah. bukak peti, masak la pape patut. since dah siap2 solat asar kat opis, around 6.15 aku mandi dan ready nak amik adilia dan laily dr school. by 6.30 aku gi amik diorang dan balik rumah sbb by 6.50 normally khaleeda sampai rumah dengan bas skolah.

jam 7.00 dah make sure 3-3 ketul mandi. sementara tunggu mkn mlm aku goreng nuggets atau bg mkn goreng pisang, atau karipap atau ape2 lah stock yg ade. paling cokia biskut tiger la habuan diorang isi perut sementara tunggu dinner. dlm 7.45 hntr diorang gi ngaji (klu laki aku belum sampai... aku la hntr... klu dia dah sampai, dia la hntr). dlm 8.30 diorang balik .. dinner.

so, around 9 monitor khaleeda punye homework dan apa yg dia belajar,. soal-siasat lebih kurang apa diorang buat satu hari kat school. ape diorang buat kat taska... sambil monitor kerja skolah/bacaan iqra' diorang..

dlm kul 10, pakat ramai2 main lomba-lomba naik atas, sambung potpetpotpet smabil bancuh susu dlm botol lagik.. bace doa..tutup lampu smeua kena tidur sambil aku terkebil2 tahan mata sebab belum solat isya'...klu aku tak tertidur, aku isya' klu tertidur alamt isya aku jam 4 pagi la, mase adilia melalak nak susu kali kedua.

itu lah.. penatkan jadik mak.
tp berbaloi-baloi, kalau :
1. anak itu dengar ckp
2. anak-anak pandai kemas lps main
3. suami byk tolong.
4. korang tambah sendrik.

apapun, smeoga aku istiqamah la menjlnkan tnaggungjawab aku sbg mak beranak 3 nak amsuk 4 ni. hui, cabaran beb... pitching mesti baik, tone suara mesti lantang... tgn mesti laju... keh keh keh...
mak-mak diluar sana. semoga korang juga berjaya tabah, klu tak mcm aku pun (sbb aku tau ade lagik yg lagik teruk dr aku - cthnya maya), tabah lah mcm mana mak korang tabah besarkan korang. apapun, bapak2, mana2 yg korang blh tolong korang tolong-tolonglah, terutama nya kalau tak dpt tolong dr segi fizikal, tolonglah kerap2 ucapakan ucapan penghargaan utk bini-bini korang, sbb sesungguhnya bini-bini korang ni sebenarnya nak korang nampak, diaorang bertungkus lumus jaga anak-anak korang. tp, aku mujur, sbb laki aku mmg byk tolong aku..gosok baju anak 6 lai, dia buat.
spentot anak, stokin anak, handkerchief anak, buat air, buat susu, masuk bekal dlm beg, susun buku ikut jadual semua laki aku yg buat. sebenarnya, aku buat apa aje nih???

Friday, February 25, 2011

bile hari jumaat


setiap kali tibe je jumaat, aku mesti berdebor.
ye lah, kiamat kan hari jumaat.
mana tahu jumaat ni, jumaat terakhir kita.

setiap kali hari jumaat, aku selalu pikir mcm2 ..tp lebih menjurus kepada tazkirah utk diri sendiri.
contohnya, sampai bile aku nak macam ni. huhuhuhahahah...
bile aku mula nak betul2 amar maa'ruf nahi mungkar.
bile aku mula nak betul2 100% tutup aurat..
bile aku mula nak rindu-rinduan mendengar alunan dari kalamullah dari asik mendonlod lagu2 terkini...
serius, bukan hari -hari lain aku tak fikir, tp jumaat selalunya mmg buat aku berdebor dan berfikir lebih dr hari yg lain.

kdg2 bile aku berbaju, aku takut jadi org yg berbaju tp sebenarnya telanjang. (errr..paham dak maksud aku)..
bab menutup aurat sepenuhnya yg tiap2 thn menjadi azam aku pun selalunya lebur mcm tu aje. kononnya, step out aje dr rumah, nak tutup kepala. haram, dah masuk bulan kedua tahun ini benda tu mcm tuh jugak. tak de progress. (mcm nak sidai kain, angkat kain, buang sampah mcm tu lah, kepala aku selalu nya togel)
nak bace quran koman2 satu hari dpt 5-6 ayat pun jadiklah, hmmph... awal thn hari tuh, kejung2 aku buat jugak...
nak sembahyang awal waktu, hmmph... hampeh. mcm tu jugak.
nak lebih dan carik jln bagaimana utk lebih khusyu' dlm solat, sampai aku dah mula menghafal maksud baccan dlm solat agar aku lebih fokus... usaha ada tp tidak istiqamah...

aku selalu harapkan anak2 jadi yg terbaik, jadi anak solehah, jadi anak yg kuat imannya etc, tp klu aku ttp mcm ni, dr mana cth yg dia akan tgk. hari2 doa, biarlah anak aku menjadi salafussolehah dan teguh imannya, tegas pendiriannya, cekal hatinya, cerdas otaknya. tp klu aku masih mcm ni, agak2 korang dr mana anak2 tu nak tgk cth nya.
moga-moga, tutup lah hatiku dr mencintai dunia lebih dr akhirat...
biarlah dikata kolot atau ketinggalan.
aku takut, bile anak aku malu tgk ibunya masih seksi. takut di soalnya, knp ibu suruh kite ngaji, knp ibu tanak ajar sendiri... knp ibu tak tutup aurat, knp ibu itu ibu ini. ui, takutnya.
sejujurnya, anak-anak sgt ikhlas dan telus bile bertanya. apa yg mereka tanya adlah yg benar2 keluar dari hati dan otak mereka.
pernah satu ketika, adik aku usianya 6 thn masa tu, tak mahu ikut kakak aku ke pasar. bile ditanya knp..jawabnya "adik malu akak pakai mcm tu, seluar ketat nampak bontot" seusia 6 thn mereka sudah tahu erti malu.
aku kagum tgk ibu-ibu dan bapa2 yg mampu mendidik anak mereka bertudung dan membaca al-quran seawal umur mereka 5-6 thn. ibu bapa yg berlemah lembut dlm lisannya, tinggi sabarnya... yg mana sifat itu setelah dikorek2 mmg tak de pd aku. aku malu.

entah, sejak akhir2 ni mmg aku lebih fikirkan perkara2 ini. klu org berlumba-lumba nak hntr anak ke kelas piano, kelas apa pun, kelas bahasa ketiga keempat, aku tidak pula ke arah itu. pernah dikata, "nnt anak ko klu interview, mesti jd last choice sbb tak tahu third language, skang third language ni dah jadik satu perkara penting" begitukah???
aku lebih malu klu ditanya "subuh berapa rakkat ?" dan dia menggeleng...
aku tidak object/against mana2 parents yg tidak bersetuju dgn aku, itu pilihan masing2. apa yg aku suarakan adalah isi hati aku...

semoga aku, tidak tergolong dlm golongan yg rugi.
semoga aku, dan keturunanku dikurniakan istiqamah dlm mentaatimu, Ya Rabbi.




Thursday, February 24, 2011

this is totally not ME.

ntah apa2 rasanya bila aku rasa akhir2 ni, aku bukan lagi aku.
dengan benda2 kecik yg sangat tak masuk dek akal boleh buat aku rasa jauhhhh hati, tersentuh kaw2.
sakit je bile teringat.
smlm, masa keluar dgn kamal, ahh cerita laki-bini tak patut didedahkan kepada umum, perasan artis pulak nnt.
cuma, aku nak menggambarkan macamana rasa yg ntahapa2 tu, boleh dok ada dalam diri aku.
dialog aku lebih kurang mcm ni la, bunyi nak carik pasal dgn laki sendiri

saya : awak, (tipu, sy tak panggil dia mcm ni, tp untuk menjaga kemaslahatan diri dan tidak ada unsur-unsur yg boleh menjengkelkan org lain, selamatnya sy guna begini sahaja)
awak, saya nak bawak khaleeda pergi Hosp Selayang, check mata dia

dia: senyap.

saya : cengar ke tak, ke buat2 tanak dengar, ke dah tak minat nak dengar org tua nak beranak 4 ni berckp (provoke kan, namanya?)

dia : isk, dengarlah... cuma tak ada masa...

saya : (dlm hati- wah! pandai pulak tak de masa. ) ni start hangat hati dah.
eh,a wak tahu, saya bab anak-anak, bab education anak2, saya tak ade kompromi tau tak (tinggi sikit tune). saya bukan jenis boleh tolak ansur bab anak2. ha.

dia : isk... tak ade masa yg sesuai.. kite kena fikirkan bila boleh bawak dia sekali ke hosp. dah tentu-tentu kena carik masa yg dia boleh pergi sekali. awak ada, saya ada, tp tuan bdn tak de ...tak guna jugak kan?

saya : hamboih !!! pandai lak kona-kona. tadik kata tak de masa. dah la, (bunga-bunga merajuk dah kuar)..klu saya ckp, semua nya nak bangkang, semuanya nak kena pikir, semuanya tak betul.
tak pe la, nnt sy pergi je buat semua sendiri. biar saya je yg perg tanya hosp apa prosedur dia. susah sgt.. (nak terkeluar dr mulut :ade bapak pun tak nak bagi kerjasama, tp rasa mcm kasor dan teringat sy ni membawa budak, cepat2 istighfar)...dah la tu. tak pe je la. sy pergi sorang je. dari a-z biar saya buat. awak jgn sibuk2 masuk campur.

dia: la, mcm tu pulak. (dia mmg klu saya ugut-ugut mcm tu, dia akan ngalah punye... wpun tadi keras2 dia nak menang awalnya).. ok, jap gi kite terus gi spital selayang sama-sama, kite tny prosedur dulu.

saya : tak yah. tadi memula awak tanak kan. kalau tanak dari mula, baik tak yah. tak ikhlas,tak suka org tak ikhlas. (tawar-menawar bermula..jual beli diteruskan)

dia : ala, jgn la cam tu... ni mesti ad ekes tak puas hati dgn saya ni, sbb tu meleret2 ni.. 8 thn, sy kenal sgt awak. mesti ad epape ni, baik ckp.

saya : ape mende? mana ade. org ckp betul2. (mata dah berair. ha, ini lah dia yg sy nak bgtau. ini bukan sy..nangis2, mentel2, gedik2, manja2, emo2 ni, this is not totally ME ok)

dia : isk, ape lak nangis2 ni. eh, dah la dah la.. (hulur kain tuala bekas hingus adilia) iskk jgn la, malu la nangis2 ni. dah tua eh, dah besar dah...

saya : dah la tak suke saya ckp je la. tak yah nak bangkang2 semua benda yg sy bgtau. tak suke ckp tak suke. senang.

dia : eh, ape lak ni... (lagi lembut). ha ko. berjurai ayor mata aku pas tuh. cube bgtau, knp sampai jd mcm ni?

saya : awak lah.. (dah tak boleh simpan lagik dah)... klu dgn saya, satu ebnda kena ckp 2, 3 kali baru nak paham. baru nak buat. klu sy ckp semua nak fire. awak tu... cube tgk msg dlm hp awak ..

dia : msg yg mana pulak ni. klu ade 1000 msg awak, 990 tu msg awak. baki tu msg boss n opis met.

saya : yg nih.. (scroll scroll scroll)

"bang kam, tolong belikan goreng pisang rm 2 boleh tak... mekasihhhhhhh"


dia : laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!itu je?
ceh, mengabihkan bogheh yo.

ok, sekali lagi highlight, benda tu kecik, sy rasa mcm tak puas hati dia tlg belikan goreng pisang utk opismet dia. mcm tak patut. kan. tp itulah...sy dah jadik bukan saya. sgt tak patut.

Friday, February 18, 2011

mimpi

mlm tadik. aku mimpi.
aku mimpi makan puding raja.
mase mkn puding raja tu, aku pakai tudung cantik.
tudung tu, dari RIA'S collection, bini member skolah aku jual.
aku sangat2 tertarik dgn tudung tu, dengan puding tu,. sampai amsuk2 dlm mimpi aku.

nak buat puding raja, tp takut tak di makan. sbb aku bukanlah penggemar tegar puding kecuali puding jagung.
hadoi.
ini semua. ..ini semua. gara FB.
puding raja tu digembar-gemburkan oleh ex-opismet aku si yanie dgn kakaknya si yurnie.
tudung tu, ria's collection jual on9 thru fb.
parah dah aku.

Wednesday, February 16, 2011

meluat

aku tak tau lah samada ni hal pembawakan atau sifat mazmumah yg mmg sedia ada dlm diri aku, seorang manusia yg super duper biasa. lately, aku cepat meluat tgk byk benda di sekeliling aku. setiap kali nampak benda2 yg boleh buat aku meluat, aku cepat2 istighfar dan mintak2 aku dijauhkan daripada jadi bahan 'luatan' org pulak. yelah, rambut sama hitam.. hati lain-lain. semoga, semoga semoga aku tidak sebegitu.. Aminn..

apapun, pesanan khidmat masyarakat nan satu ini, dibawakan khas utk silence reader blog aku ini. "biarlah kita ikhlas, seikhlasnya dlm melakukan satu perkara..bukan mengharapkan balasan atau pujian mahupun dipandang 'baik' oleh semua orang"

hari ini, aku meluat.




Monday, February 14, 2011

hari-hari tua.




Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

ni, lirik lagu Sudirman, dia pun dah arwah. . bile dgr lagu ni, selalu pilih utk tidak dengar sampai habis.
cuti CNY yg lepas, kitorang adik beradik balik ke kampung sbb nak naik batu nisan abah. dah cukup 100hari++, so rasanya tanah pun sudah cukup padat untuk naikkan batu nisan.. pagi jumaat lepas subuh..dah tunggu semua siap2, dlm kul 9 mcm tu berangkat la kami adik beradik ke "kampung baru" mak dan abah. nah, peralatannya...lengkap. tajak, cangkul, shovel,cop.. kata adik aku "ce ko tengok diorang ni bawak barang, dah mcm nak gali kubur lagik satu pulak" heheh, aku pun br perasan, aku yg sibuk2 pinjam dari rumah sebelah.. keh keh keh.

sampai kat kubur, mcm ade satu feeling. "mak ngn abah aku dua-dua kat sini dah..." sedih beb. tp aku tahan je, mcm macho gitu. tp aku rasa sorang2 ade feeling tu, tp sebab semua tunjuk kool..mase abang dan abg2 ipar dan adik lelaki aku siapkan lubang utk pacak batu nisan tu, aku pergi kubur mak. kubur mak bersih, elok terjaga except tepi kubur tu ade taik lembu kering. aiseh. sbb adik beradik aku balik kg secara rotation, rumah tinggal tu nak kena tengok, alang2 balik terus la lawat mak dan abah. agaknya sbb tu kubur mak elok terjaga.
abah mmg cukup mrh klu kubur diletak dan dihias2 dengan benda2 yg tak sepatutnya. dia dah pesan byk2 kali, "klu sape2 mati, tak perlulah baca yaasin atas kubur. ..tak perlulah belikan dia batu2 mahal utk diletakkan dikubur. itu adat semata-mata... bacalah yaasin dan sedekahkan fatihah utk mak (masa tu abah ada lagik, dia tengok kitorang bawak surah yaasin pergi kubur) setiap kali rasa rindu pada dia.. baca yaasin panas bedengung matahari tegak atas kepala tuh nak buat apa" katanya... aku ingat lagik.
klu buat tahlil pulak, sibuk2 suruh org kampung baca kan yaasin bacakan tahlil..kite tuan rumah empunya si mati tu sibuk2 menghdiang makanan etc. bukan kah lebih afdhal, yaasin dan tahlil itu dtg dari keturunan si mati sendiri. .. itulah abah aku...mcm itulah dia. sbb itu, kitorang jarang berkenduri tahlil dan panggil satu kampung. selalunya, bile berkumpul adik beradik anak cucu semua kami yg buat tahlil untuk arwah...

ini ade tips, utk melawat kubur. ye la. mungkin yg belum pernah rasa kehilangan rasa tak penting pun tips ini.. tp benda yg elok, meh la kite share sama2.
akak no, jap... no 4 aku ckp... klu masuk je area kubur ucapkan ini :

اَلسَّلاَمُ عَلَى اَهلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ اَنْتُمْ لَنَا فَرْطٌ وَنَحْنُ اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ


maksudnya " Salam atas para penghuni kubur, muslimin dan muslimat.. kamu telah emndahului kani, dan Insya Allah, kami akan menyusulmu"

ye lah, Kematian itu pasti, cepat dan lambat aje... berckp psl ini jugak, mlm tadi aku ngn suami berckp2 psl hal kematian. dia kata, seronok tengok org2 tua yg bersama hingga kahir hayat. walaupun yang pasti, sorang tu, akan pergi dulu.. tp ade masa hari-hari tua bersama.. aku ckp dgn dia, aku mohon dan doa banyak2... bile aku tua, klu aku berkesempatan utk tua dan dipanjangkan umur.. aku mohon sangat2 dari Allah, agar aku tidak menyusahkan anak-anak... agar aku tidak sempat nyanyuk..agar sihat tubuh badan meniti hari-hari tua.
pastuh laki aku ckp " kurangkan la mengupat dan bercerita hal orang"
gulp.
amik.
"yes boss"

pastuh laki aku sambung "klu boleh biarlah abg yg pergi dulu" ah, sudah. dia mula dah. dia tahu, aku ni sangat2 bergantung pd dia, semua pun depends pada dia. sejak akwen dgn dia, 8 thn dulu, aku dah tak reti naik public transport. sejak kawen aku dah tak reti drive dlm KL. sejak aku akwen urusan bil, semua aku hand over kat dia. mcmana dia boleh ckp biar dia pergi dulu. oh, encik kamal. walaupun sy ni kuat melawan, kuat memberontak, biarlah saya yg pergi dulu.... susah saya klu awak tak de. tp klu saya tak de, sy rasa awak boleh hidup lagi. JANGAN nnt dekat kubur, org tgh talkin awak menangis tp mata melilau carik pengganti!!koman2 tunggulah lepas awak letak batu nisan saya, then carikla ganti klu awak mahu....

ingat dulu,mak selalu pesan kat abah... "kalau ros mati, abah jgn kahwin dgn anak dara... carik org tua jugak..klu kahwin anak dara, nnt abah susah lagi".. heheh... mmg abah aku kawen dgn org tua. tp no komen.
tak leh citer, menjaga sensitiviti masyarakat setempat yg boleh membaca blog ini, adanya.
dulu, dulu-dulu... aku belum lahir, mak kerja kawen bunga. apa menatang akwen bunga tuh aku taktau, tp dari cerita kakak aku baru2 ni mase perjlnn balik dr kubur-rumah... aku agak kawen bunga ni =pollination.
sawit pollination, manually. kiranya dulu 5 org atas aku ni, merasa la susahnya abah dan emak tu mencarik duit. diorang (kaka+abg aku) banyak2 kali ckp kat aku "ko untung Na, ko lahir je, letrik daha da. jln tar dah ada" wah, rasa mcm tengok cerita lurah bilut tu pulak feeling imagine zaman2 diorang ni semua. susah betul gamaknya.
akak aku pernah cerita, dulu klu mkn lauk ikan, abah akan ckp "jgn mkn banyak2 sgt, nnt perut bercacing" rasionalnya, abah kena berjimat cermat membesarkan diorang 5 beradik (aku ngn adik aku belum ade time tu). pernah jugak org kampung aku bercerita, "kitorang dulu pernah 1 tahun tak makan aiskrim, bapak ko tampo cina jual aiskrim tu" mana taknya, arwah mak cerita, cina tu, satu hari 5-6 kali lalu depan rumah. org lain anak sorang, dua... abah aku 5 org. kalu dah 5 kali lalu? sudahnya bapak aku tampar cina tu, setahun aiskrim tak masuk kampung. koman-koman, setahun tu tak de la budak2 kampung tu sakit gigi, kan?.
abah aku pulak, nama je peneroka, tp aku bet...dia tak pernah pegang galah kait sawit. ..menoreh ape tah lagik.
next entry aku cerita psl aku anak peneroka.
ok, melarat nampaknya cerita aku....

apapun, abgi yg masih punye mak bapak, kenang-kenangkan lah cerita aku. cuma bagi mak-bapak pulak (termasuk aku), esok dah tua-tua jgn mcm2 sgt, mulut kena jaga supaya anak menantu tak sakit hati... ha, sudah. jgn yg bukan-bukan...




Wednesday, February 9, 2011

adilia- semilan bulan sudah


hmmph.
salam kawan2.
disahkan conceived pada usia anak bongsu anda 9 bulan. bagaimana perasaan anda?
sblm ni, aku asyikla bg nasihat kat kawan2 yg alami perkara mcm ini, sampailah
jadi kat aku, terkedu aku kejap. tp bagi aku, tak de istilah accident, incident,
tak sangka, TER, atau sbg nya. bagi aku, dah mmg Allah tuliskan di Loh Mahfuz, rezeki aku
beranak 4 pada usia muda (tolong lah, muda ke?) 33 thn tuh, satu achievement yg boleh dibanggakan juga. POsitif ok!!.
memula bile tahu, mmg menggeletar aku. mcm2 yg lalu lalang kat otak aku ni, sampai traffic jam.
lama-lama, aku cuba lebih positif, cuba ingat qada dan qadar dan cube2 menerima kenyataan. Alhamdulillah, aku OK. serius, aku dah OK.
dah scan, dah check up, dah bukak buku.. this time aku tanak tgk gender baby. Klu another girl, alhamdulillah, klu boy pun alhamdulillah. Aku tak suke jd org yg terlalu meminta2, kerana bagi aku, sebelum aku dilahirkan lagi, ALlah dah menetapkan jalan hidup aku. Jadi, apa sahaja rezeki untuk aku aku terima. Usaha?.. heheh,, itu sudah semestinya. tp sejujurnya, tak sempat nak rancang anak laki ke pompuan... biarlah, Allah tahu yg terbaik utk hambaNya,

tadi beno nya aku nak citer psl adilia. dlm usia 9 bulan ni, aku rasa dia agak cepat berprogress dibanding akak-akaknya. dia dah naik tangga sampai atas. jgn dibiarkan sorang2. cepat je dia naik tangga tu. tengok aje le muka dia ni... pelan-pelan-pelan...sayup-sayup-sayup..ilang.
satu hari tu, kitorang sefamily dok 'busy' tgk junior masterchef. perasaan aku Adilia main kat belakang aku aje. tau-tau ayah nya jerit, "eh, mana Adilia".. semua org ko pandang aku aku pandang ko cenggitu. Khaleeda bangun bingkas carik kat dapur. aku pun gi dapur. laily gi bilik air. ayah bangun tgk kot dia kuar dari grille rumah tu. tau2 dia berbunyi "ek, ek, ek"... ayah dia ngucap panjang tgk dak ekcik tu tersengih2 kat anak tangga ke 17, yg paling atas. hadoi, nak luruhnjantung aku rasanya.

aku mane leh lari laju2 dah skang ni. hihihih.. alasan.
bile ayahnya berlari naik tangga, dia lagi laju speed masuk bilik. ingat org nak amin kejor-kejor ke? isk. adilia, adilia...

org tgk dia smeua ckp "banyak2 anak ko (banyak tuuuuuuuuuuuuuu)...umur mcm ni, adilia paling kecik" sangat la tepat. at 9 mths old berat bdn dia 7.6kg sahaja. janji sihat...progress baik, aku bersyukur dah. anak2 aku below 1 yr, eh kecuali khaleeda..mmg kecik. laily umur sethun baru 9kg. tp cube tgk skang.. anak2 aku msauk darjah 1 dah sama berat guni beras 20kg. laily dah 17 kg umur 5 thn.

mcmana nak masuk gmbr kat sini, aku pun dah lupe. ha ha ha.


Monday, January 24, 2011

2011

salam,
tak tau la ade readers/follower ke tak blog ni. but aku tak mengharapkan itu. blog ni hanya utk aku meluahkan apa benda yg aku rasa nak cerita tp tidak mengharapkan org membaca atau bersama2 mendengar luahan aku. juga bukan utk suka-suka.

2011 dah masuk. dah nak habis 1/12 bulan pun. tahun ni, mcm tahun2 dulu aku jugak letakkan azam wpun azam aku yg dulu2 smeua sekerat jalan. tp aku tak de azam yg jenis kena buat dlm masa satu tahun. biasenya azam aku adalah azam general. contohnya, tahun ni aku nak solat di awal waktu. itu perkara pertama yg aku nak buat. ehm, masih tak boleh perfect ni. selalu jugak lewat esp maghrib.
juggling with house chores dan anak-anak-anak yg 1 daripadanya belum memahami bahasa aku, dan 2 anak yg dah paham tp buat-buat tak reti bahasa aku. sudahnya, maghrib aku selalunya dekat2 nak pukul 8 gitu. tak pe, azam kena ade, niat kena pasang..mohon Allah permudahkan sahaja... benda yg baik, mesti Allah tolong, kan.

antara benda lain yg aku azamkan adalah nak tutup aurat. aku bukanle org yg bukak sana bukak sini dedah sana/i tu. tutup aurat full time, maksud aku. selalunya sidai kain, atau sapu sampah kat depan rumah tu, tudung aku mcm lupe taruk kat mana. tulah, tahun ni, aku rasa mcm nak jaga benda tu lah. aku ade satu perasaan mcm ni, :aku tak mahu jadi antara golongan-golongan yg rugi:.
dunno how to eloborate more. but that's it. klu org berfesen sana sini, look younger than her real age, seksi, make up cantik2, aku hanya rasa nak jadi aku. biarlah org kata isteri kena la bergaya sikit, baru suami tak carik lain. sekarnag, aku hanya rasa, biarlah biasa-biasa sahaja asal suami tak bising dan tidak sama menaggung dosa. cuma tulah... terlaksana nya tu mcm selow pulak. sekali algi Ya Allah, mohon Kau permudahkan.

aku suka tgk perempuan cantik, bergaya. selalu aku rasa "cantiknya dia ni, tp anak dia mesti malu tgk dia seksi mcm ni" kolotkah aku berperasaan mcm tu. atau aku cemburu. atau aku yg tak reti dan tak paham .
aku bukan nak jadik golongan extraordinary. bila dah berkeluarga dan beranak pinak ni, aku rasa, selain minta anak-anak menjaga air muka aku dan suami sebagai ibu dan ayah, aku juga kena menjaga air muka anak-anak. . mcm bile ke sekolah, rambut si ibu berkaler perang, berkain belah, dan berbaju ketat.. sedangkan kawasan sekaolah itu adalah sekolah agama... klu aku jadik anak dia, mesti aku ada rasa sikit malu. tp itulah, klu mmg itu cara hidup mereka, sudah tentu mereka tidak rasa semua itu.

utk tahun 2011 dan akan dtg ini, Ya Allah, aku memohon padaMU utk mengurniakan aku istiqamah dalam mentaatimu. mengurniakan anak-anakku kecerdasan minda dan otak, ketajaman akal dan fikiran, kesihatan tubuh badan yg baik... aku memohon dariMu agar melindungi kami dan anak-anak kami dari pandangan dan perkara-perkara jahat. mohon dijauhkan bala bencana, musibah dan penyakit2 merbahaya... klu aku terlalu meminta-minta Ya Allah, kau kurniakan lah apa yg terbaik utk diri ku, suamiku dan anak-anakku serta ahli keluargaku. Amin.