Monday, January 24, 2011

2011

salam,
tak tau la ade readers/follower ke tak blog ni. but aku tak mengharapkan itu. blog ni hanya utk aku meluahkan apa benda yg aku rasa nak cerita tp tidak mengharapkan org membaca atau bersama2 mendengar luahan aku. juga bukan utk suka-suka.

2011 dah masuk. dah nak habis 1/12 bulan pun. tahun ni, mcm tahun2 dulu aku jugak letakkan azam wpun azam aku yg dulu2 smeua sekerat jalan. tp aku tak de azam yg jenis kena buat dlm masa satu tahun. biasenya azam aku adalah azam general. contohnya, tahun ni aku nak solat di awal waktu. itu perkara pertama yg aku nak buat. ehm, masih tak boleh perfect ni. selalu jugak lewat esp maghrib.
juggling with house chores dan anak-anak-anak yg 1 daripadanya belum memahami bahasa aku, dan 2 anak yg dah paham tp buat-buat tak reti bahasa aku. sudahnya, maghrib aku selalunya dekat2 nak pukul 8 gitu. tak pe, azam kena ade, niat kena pasang..mohon Allah permudahkan sahaja... benda yg baik, mesti Allah tolong, kan.

antara benda lain yg aku azamkan adalah nak tutup aurat. aku bukanle org yg bukak sana bukak sini dedah sana/i tu. tutup aurat full time, maksud aku. selalunya sidai kain, atau sapu sampah kat depan rumah tu, tudung aku mcm lupe taruk kat mana. tulah, tahun ni, aku rasa mcm nak jaga benda tu lah. aku ade satu perasaan mcm ni, :aku tak mahu jadi antara golongan-golongan yg rugi:.
dunno how to eloborate more. but that's it. klu org berfesen sana sini, look younger than her real age, seksi, make up cantik2, aku hanya rasa nak jadi aku. biarlah org kata isteri kena la bergaya sikit, baru suami tak carik lain. sekarnag, aku hanya rasa, biarlah biasa-biasa sahaja asal suami tak bising dan tidak sama menaggung dosa. cuma tulah... terlaksana nya tu mcm selow pulak. sekali algi Ya Allah, mohon Kau permudahkan.

aku suka tgk perempuan cantik, bergaya. selalu aku rasa "cantiknya dia ni, tp anak dia mesti malu tgk dia seksi mcm ni" kolotkah aku berperasaan mcm tu. atau aku cemburu. atau aku yg tak reti dan tak paham .
aku bukan nak jadik golongan extraordinary. bila dah berkeluarga dan beranak pinak ni, aku rasa, selain minta anak-anak menjaga air muka aku dan suami sebagai ibu dan ayah, aku juga kena menjaga air muka anak-anak. . mcm bile ke sekolah, rambut si ibu berkaler perang, berkain belah, dan berbaju ketat.. sedangkan kawasan sekaolah itu adalah sekolah agama... klu aku jadik anak dia, mesti aku ada rasa sikit malu. tp itulah, klu mmg itu cara hidup mereka, sudah tentu mereka tidak rasa semua itu.

utk tahun 2011 dan akan dtg ini, Ya Allah, aku memohon padaMU utk mengurniakan aku istiqamah dalam mentaatimu. mengurniakan anak-anakku kecerdasan minda dan otak, ketajaman akal dan fikiran, kesihatan tubuh badan yg baik... aku memohon dariMu agar melindungi kami dan anak-anak kami dari pandangan dan perkara-perkara jahat. mohon dijauhkan bala bencana, musibah dan penyakit2 merbahaya... klu aku terlalu meminta-minta Ya Allah, kau kurniakan lah apa yg terbaik utk diri ku, suamiku dan anak-anakku serta ahli keluargaku. Amin.

3 comments:

Huszaini said...

Amin... moga tercapai azam ko!

CAK said...

insya ALlah

leezsa said...

aminnnnnnn