Thursday, August 20, 2009

laily oh laily



setiap kali pandang wajah montok dan gebu si kecik hati aku tenang. klu ada masalah di office, balik aje ke rumah, semua masalah tu seakan2 hilang bila tgk anak2 tersenyum. tapi, kdg2 (selalu jugak), si kecik aku yg sorang ni menduga kesabaran aku.
aku flashback sikit ttg aku.. (saje story, tak de pape reason pun)
di lahirkan sebagai anak kedua bongsu yg membongsu selama 13 thn, perangai aku sedikit 'mengada' menurut kata akak2 dan abang aku. manja dengan mak abah, standardla kan, anak bongsu... klu dulu adik beradik aku sgt2 takut dengan abah.. aku pun pelik kdg2 bile time dpt report card, akak2 ngn abg2 aku punye la takut nak suruh abah sign. musim2 mcm tu adalah musim aku 'membuat' duit. kenapa?? sbb untuk dptkan sign abah pd report card diorang, diorang merasuah aku dengan mengupah 2posen untuk pass kad diorang kat abah. mase tuh aku kecik lagi.. tak tau pape.. bawak buku berderet 5 keping, dengan upah sehinggit.. suruh abah sign.
arwah mak pun pelik kenapa diorang takut sgt dengan abah, sdgkan kedudukan diorang dlm kelas tak pernah jatuh no 1 atau 2. dan paling koman no 3 la... tak de pun pen kaler merah. remarks (kata mak aku...) atau ulasan cikgu pun baik2... bile hujung thn mmg BIN/BINTI Shahdan jugak yg naik ke pentas... pelik kan abg n akak2 aku... results ok pun takut nak tunjuk.
AKu??? time aku skolah, akak2 ngn abg aku smeua dah masuk secondary school dan mostly gi boarding school. so, aku tinggal kat rumah ngn mak dan abah. sabit la depa kata aku manja sbb aku sorang je anak yg ade kat rumah tu selain anak tekak mak ngn abah. aku, periksa paling corot aku pernah dpt no 9 dlm kelas. akak2 ngn abg aku pelik tgk abah sign report card aku tanpa bising pun. bile diorang buat muka tak puas hati aku buat muka blur.. dalam hati "lu pehal.. jeles la tuh"... "heh, aku tak payah upah org nak dptkan sign abah". hebatkan..

sikit2 lain entry aku flashback sikit psl family aku. nnt lah.

ni nak cerita psl minah tamplom lat talilat laily tuh... dia lahir thn 2006, bulan nov. kalau ikut thn dia dah 3 thn...tp ikut bulan dia baru 2 thn plusplus.
yg aku jaki sikit dengan perangai laily ni.. kuat menjerit. ya Rabbi tolonglah... kalau dia menjerit, boleh lumpuh la deria pendengaran kite dibuatnya,. entah berapa desibel tatau. setiap kali dia menjerit aku ngn lya terpaksa tutup telinga.. itu baru psl dia menjerit. belum psl kita tak paham apa yg dia ckp apa yg dia nak... dia mengamuk... mmg hilang gak la sabar aku kdg2. dia pelat (tak hengat punye pelat ye... sama kes mcm aku mase kecit, umur 5 thn masih pelat..), so untuk memahami kehendak dia tuh agak sukar bagi aku. terpksa meneka itu ini few times baru betul.. dan lagik satu klu dia menangis.. tolonglah.. aku sanggup lagik siang ikan 30 kilo dr dengar dia menangis. bukan menangis. MELALAK yg beno nya...
tp dlm pada dia mcm tuh, ade jugak yg aku tgk dia nih ok dr beberapa segi. pertamanya dia kalau pergi kedai... dia belek2 jugak brg.. jajan ke, cekelat ke...sugus ke, toys ke.. tp klu kite ckp "nnt kite beli ni ye, ibu bawak duit tak cukup (heh..sigh)" dia letak dan blah tanpa sebarang hal.. mcm paham je kan. belum pernah dia mengamuk kat kedai bila tak dibleikan apa2. samada dia belum tahu dan belum paham atau mmg perangai dia mcm tuh.
keduanya, dia jenih tak buat hal klu ngantuk/letih. aku tak pernah tgk dia letih dan mengantuk. tak pernah meragam la wlupun waktu tido dia dah terlepas. COOL kan?? ha'ah!!.. kalau dia main, mmg dia main sungguh2... sampai lupa nak tido. kena paksa tido baru dia tido.
ketiganya.. kalau semua org tido (esp tido mlm la, aku cepat je lena...) dia tak pernah kacau org lain kalau dia tak tido lagik. dia akan main sendiri apa yg ada dlm bilik tido tu. dia tak keluar dan main dgn senyap..(aku pernah perati bile lampu gelap, aku pura2 tido) sungguh la bahagia... dan bile dia ngantuk dia tido sendiri..cuma lately pandai mintak " ibu ..laillahailawam?"..heh...

keempatnya, dia nih, kemana aku pergi dia akan follow. klu aku hilang kejap, naik mandi..dia akan tunggu depan pintu toilet. klu aku solat, dia tunggu tepi sejadah.. mmg loyal la dgn aku. hehe. harapnya mcm tu lah sampai dia besar..
TAPI!! awas, bab menyepah, menerbalikkan, memunggah dan yg seangkatan dengannya, mmg dia MASTER!!
papepun, dia mmg comel di mata aku....

2 comments:

Anonymous said...

perangai anak2 ni walaupun kekadang boleh kita hilang sabar...tapi bila tengok diorang tidur after aktiviti memunggah n menyepah tu...rasa sayu la pulak....

double razai said...

kalau semua org tido (esp tido mlm la, aku cepat je lena...) dia tak pernah kacau org lain kalau dia tak tido lagik. dia akan main sendiri apa yg ada dlm bilik tido tu. dia tak keluar dan main dgn senyap..
black churidar with colourful dupatta
black churidar with red dupatta