Thursday, August 20, 2009

sharing itu caring.

baru balik dari ceramah sempena menyambut Ramadhan al Mubarak tadi. bagus ceramah ni. Ustaz yg bagi ceramah pun best. tak boring mcm selalu. kirenya tak sia-sia le aku menapak ke auditorium dgn baju batik yg cun nih.

Ustaz bercerita ttg Roh dan Ramadhan. Dlm bulan Ramadhan, roh-roh yang berada di Loh Mahfuz memohon dr Allah utk pulang melihat jasad mereka dan melawat (aku tak berapa dgr mase ustaz ckp ni..aku dengar org seblah aku ckp kat tipon..benci org yg tak reti on silent mode during ceramah ke seminar ke..tak hormat org langsung)..pusaka dan ahli keluarga kot. sbb Ustaz ckp bile roh si mati balik melihat jasad mereka, mereka sedih kerana ada yg sudah reput dll. lps tu roh akan mencari waris mereka, melihat adakah waris mereka melakukan amalan yg baik atau mungkar. cth yg best, ustaz tu ckp.."roh tu balik rumah cari anak nya.. anaknya tak de, roh kemudian cari ke surau..pun tak ada..rupanya anak nya sedang lepak tgk gusti kat kedai kopi" itu perumpamaan nya lah kan..cth yg ustaz beri.. hmmph.. aku tanak jadik cam tuh bile roh mak dtg tgk aku...
yg menarik perhatian aku..ustaz ada sampaikan bagaimana nak jadi Manusia yg reti bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Ye lah, aku pun selalu ckp tak cukup duit tak cukup duit. itu pun slh satu tanda tidak menysukuri nikmat yg Allah beri. Lepas ni, aku takmo ckp lagik!! heh.
Caranya dengan memohon untuk bukakan pintu rezeki. Bagaimana?..
begini,

setiap kali sebelum sembahyang subuh, buat sembahyang sunat ..then lps solat sunat tuh, baca :
1. Subhanallahi wabihamdih
2. subhanallahil'azim
3.astaghfirullah
(actually aku prefer tulis jawi..)
Baca 100x, selama 40 hari berturut... then baru perform solat Subuh. Maksudnya, aku kena bangun awal lah dari selalu kan... heh. harapnya. Ustaz ade cerita fadhilat mengamalkan benda ni..

dan, ustaz juga ajar cara mkn kurma.. ambil kurma dengan ibu jari dan jari manis (cara rasulullah mkn).. janggal kan, tp klu kita selalu buat, lambat laun oklah ..then lepas mkn, buang bijinya dengan menadah belakang tapak tangan (bulih imagine dak..?)..so gitulah cara mkn kurma.

sikit lagi yg aku nak sampaikan,
bila kita tidur, roh akan keluar dari jasad melalui hidung dan duduk di kepala.
bila kita mati, roh akan keluar dr jasad melalui ubun2. Kita juga boleh meminta untuk berjumpa roh ibu bapa kita yg sudah meninggal dunia dengan cara sebelum tidur, berwudhu' dan baca surah al-ikhlas, ..mimpi berjumpa org yg sudah mati aalah mimpi yg benar. kalau si mati itu berada dlm keadaan daif, sugul dan susah, lusuh pakaiannya maka cepat2 lah kita bantu si mati dengan memanjangkan amalan yg baik cth bersedekah bagi pihaknya, dan amalan2 kebajikan yg lain yg diniatkan untuk mereka.. ..(wah!! rasa mcm ustazah pulak aku... ok lah tu kan..sekali sekala).. alam barzakh ni satu tempat di mana Allah 'pending'kan supaya si mati boleh ditolong. itulah gunanya anak-anak yg soleh dan solehah (semoga kite dan anak2 kite tergolong dlm golongan ini, aminnn..)

dan satu lagi yg aku nak share,
cthnya untuk penyakit H1N1 ni, tak ada petua yg spesifik, cuma ustaz pesan kita bertanggungjawab ke atas roh dan jasad kita utk elak dari terkena apa2 jenis penyakit. penyakit adalah bersifat roh, jadi kita boleh control penyakit dengan berckp dengannya. menurut ustaz, sebelum tidur, kita pesanlah pada roh kita supaya menjaga jasad kita dari penyakit yg dtg. (kire roh vs.roh, korang imagine la..aku nak cerita ni tak reti, harap korang dpt tangkap apa aku ckp)..so bile penyakit dtg kepada roh kita, ia akan meminta izin untuk memasuki jasad kita, so roh kita kena pertahankan bahawa penyakit itu tidak boleh masuk. andaikata penyakit itu berkata " aku perlu masuk untuk menyucikan dosa kamu", andai roh kita bersetuju, maka terjadilah penyakit pada diri kita. tetapi andai kita bertegas dan memohon roh untuk menjawab "aku ingin mencuci dosaku sendiri dengan taubat dan istighfar" maka penyakit tidak akan masuk ke dalam jasad kita. agak2 korang dpt tak ape aku ckp ni... so, start hari ni, marilah kite beramai2 ckp dgn roh masing2 sblm tidur. dan untuk anak2 yg masih mumayyiz belum aqil baligh, kita juga boleh berpesan kepada roh anak kita semasa anak sedang tidur. ingat, bahawa roh orang yg sedang tidur berada di kepala memasing... klu anak malas, nakal.. suka menjerit dan menangis (laily)boleh juga praktikkan..
mcm teori sichida kan??? sedangkan dlm islam dah lama dah..kite je tak tau.. indahnya islam.. subhanallah..

dan boleh juga gunakan cara itu untuk kebahagiaan rumahtangga dan keluarga.. pandai2 koranglah menyeru roh suami masing2... heh.. ustaz pesan ; soa dibelakang orang yg sedang berjln (suami keluar rumah cthnya, atau anak2 keluar gi skolah) adalah mustajab.. mohonlah diberkati perjalanan pergi dan pulang mereka, jauh dr fitnah manusia dan sihir..jgn lepaskan pasangan pergi dlm keadaan ragu2 kata ustaz.. kalau ragu2 tuh yg boleh suami kawen 2 tuh.. ha..part tuh la yg paling benci nk dengar.. kan?? nauzubillah.

last sekali , waktu sahur dan waktu subuh adalah antara waktu yg byk kelebihan... rasa-rasa ramadhan kali ni, aku nak jadi lebih baik dr ramadhan yg lepas. sesungguhnya ceramah Ihya' Ramadhan kali ini byk memberi pengetahuan pada aku.. korang pun sabar je la membaca, harapnya sedikit sebanyak entri aku yg agak berhemah ni dpt membantu korang dlm menjalani hidup sbg muslim sejati.
sudah pasti sharing itu caring..kan??

5 comments:

leezsa said...

worth sharing nyah..best

CAK said...

thanks for ur time to read those stories. aku sayu hari nih nyah!!

fauzi-maya said...

thanks for sharing nyah:) and slmt berpose.. peluk cium kat menantu2 aku di sana ye... muahsss...

rinnchan said...

Salam Ramadhan Cak and da gang.
Dah pindah rumah ya. Hmmm..... masuk2 terus baca "ceramah". Tqvm...manyak informative tuuu.
Selamat menyempurnakan ibadah puasa hingga ke penghujungnya. Lya puasa dak?? Heh heh heh.... half day kot !!!
Apa pun, mohon maaf zahir batin sempena masuk Ramadhan ni ya Cak. Ceria-ceria selalu...jgn tensen tensen...

zakiah z said...

salam cak, zakiah terjumpa blog cak ni, just nak komen pasal roh tu.. dalam quran kata, bila roh terlepas dari jasad, akan dikunci, takkan kemana2 (tak taulah dikunci kemana, mungkin dlm kubur kot) sehinggalah hari kiamat nanti.. tu quran kata... so camna yer ustaz ni boleh kata roh marayau ni.?