Wednesday, March 30, 2011

sambal goreng jawa

makcik yg pakai glasses tu, kata laki aku, mmg dia tak sabo nak ngambik sambal goreng tu. hahahhaha...laki aku yg snap ga,bar ni. aku mane leh tunjuk muka kat situ, buatnya tak sedap, org point kat aku, mau setahun aku nanges.


hari ni aku nak mcm2 pulak.
mcm nak share resepi.
mcm nak cerita benda yg buat aku geram dan menyampah.
tp agak2 dr aku menegatifkan diri aku, baik je la aku positif. buang karan ok nak menyampah2 kat orang. cuma org yg buat aku menyampah tu, tolong2 la sedor, jgn la berperangei mcm budak2 lagik dah. cemuih teman, budak kecik pun boleh mikio, takkan awak tak leh pikio.

ok, kes sambal goreng jawa ni terjadi bile MIL aku ckp nak masak lauk tambahan masa kenduri kawen adik laki aku. kire org terakhir kawen la dlm family laki aku wpun dia bukan nan bongsu ado eh. terpcaul laju dr mulut aku "buat sambal goreng nak, meh ana buat.." so, dah setuju. tibe lah masa mlm kenduri, MIL aku sure risau sbb aku tak balik2 Ulu Yam lagik. di Sri Gombak lagi... "ko jgn tak jadik pulak kak ngah buat sambal goreng ni, bhn2 semua dah beli.. kentang dah potong...tempe dah goreng" aku jawab "rilek la mak, karang pukul 1, 2 pagi, org buat le. rilek je...tau le ana.." ye le, aku ni koje tak mcm orang. payah klu org tak paham. peh tu, tunggu si sulung balik skolah, since dia ade exam hari tu, mmg le takboleh cuti. laki aku sorang2 je balik U.Yam terchenta tu, menyetelkan ape yg patut. pastu ptgnya dia balik S.gombak nak pick up aku dan anak2 nan tiga ketul.

heh. ape cerita ni. aku nak share resepi sambal goreng. pehey aku citer mende2 remeh temeh ni. straigh tu the point.

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA STYLE OMAK DEN.

suhun - jgn dibasuh atau direndam. goreng mase kejung2 tu.
pucuk - pun sama.
tempe hiris nipis ke tebal ke ikut suke kome, goreng. tok sah negngada boh garam bagai
kentang, potong ikut uske kome, nak tebal ke nipis...buang le kulit, potong cantik2..
kacang panjang (optional)
hati dan pedal ayam hiris nipis dan goreng pun optional. mana2 yg concern tak mkn organ dalaman tok sah la boh. aku boh klu buat mkn family binsahdan. klu family selain binsahdan aku tak wat. lidah org lain mana sama lidah anak2 binsahdan.
tauhu-optional.
cili kering potong haluih2, nipih2 serong2, rendam dlm ayor paneh kejap.

bhn kisar
bawang merah,bwg putih tok sah byk, kang maung baunya.
cili kering, serai halia lengkuas. lengkuas jgn byk. sangap mkn pijor rasanya klu byk.
ikan bilis ATAU udang kering. aku kisar sekali harung je dengan buah keras sekali.

santan pekat (kepala santan) ATAU buah keras. pilih.

kicap pekat maneh.

METHOD:
tumis bhn kisar sampai naik bau. sampai pecah minyak. sampai kompom masak. boh kicap manis, garam, gula.. dah pecah minyak.. boh le santan pekat tu tadik, jgn berenti kacau. ingat klu dah boh buah keras, usah ngengada boh santan. cholesterol okeh. kacau, kacau...

then boh la pucuk, santan kentang tempe semua tu termasuk cili kering yg dipotong nipis tu.. rasa la lebey kurang. siap.
benda ni mkn ngn nasik panas, nasik impit, nasi karpet kompom terangkat. kome tau ke nasi karpet tuh ape?
biasenya aku klu buat ni, aku alliquot. so, tak de la semua berkecah. benda ni, tahan lama klu betul kena gaya masak. ok, bagi yg bertanya, itu lah resepi sambal goreng jawa style arwah mak aku. beno nya, aku pun tak sempat belajar dgn dia. aku tanya akak aku. mase hari kenduri tu, aku tanya akak "kak, amacam, lulus dak?" dia tak ajwab, sbb dia rasa tercabar. dia ckp "aku nak tapau sikit" pastu akak sorang lagik ckp " LULUS dah ko"

hahahahah, bukan nye susah beno. yg susahnya nak anggar bhn, sbb aku masak dlm portion yg agak byk mlm tu. ketor sebenarnya tp sebab aku kan menantu sulung, kena la tunjuk kewl. ha ha ha.
soklan : korang tau ke nasik karpet tu ape?



Monday, March 21, 2011

dialog/lailog-lailog terkesima.

hmmph. cube baca ini.

2002 : selamat pengantin baru, kamal dan ana.. semoga bla bla bla.. bla bla bla..
2002-2003 : ehm, masih berdua? belum ade pape lagik ke?
2003-2004: hai, honeymoon lagi ke...bile nak bertambah ni...
2004: oh, tahniah... dapat pun sorang... tahniah. lepas ni, cuba lagi, dapatkan sepasang..
2005 : dah berjalan pun ni, dah boleh jadik kak long dah ha....
2006 : alhamdulillah, perempuan lagik??? tak pe, nnt cuba lagik anak laki pulak ye...
2007: bile nak tambah ni... mana cukup 2 aje?
2008 : lama dah bongsu ni.. dah sampai haul 2 thn ha...
2009 : isk, takkan 2 org aje... nnt kalau 2-2 kahwin semua ikut laki.. kamu dah la semua pompuan anaknya..
2010 : ui..................... pompuan LAGIK???
2011 : mengandung lagik??? rapat2 nya anak kamu, baik2 jaga kesihatan dalaman tu... kenapa tak merancang? jarak2 kan la sikit..

2012: bla bla bla... tunggu dan lihat.

manusia2 ni jenis tak eprnah nak puas hati. dan kerap komen mcmlah kerja buat anak dan mengandung ni kerja manusia. tak beranak salah, beranak semua pompuan pun salah, beranak kerap.. pun salah...
memanglah antara adilia dan yg sedang dlm perut ni, jaraknya agak dekat. semua org pun tanya "Accident ke?" aku kadang2 rasa nak carik2 je mulut org ni. ade pulak accident. dah kalau nama kerja suami isteri apa ke hal accident pulak... aku malas jawab selalunya. aku biarkan je dia melopong, dengan tidak provide apa2 jawapan.
dalam hati aku banyak istighfar dan alhamdulillah aje lah...
kawan2 aku ckp "bukan nya tak berlaki..klu tak berlaki tu lain la ko nak hairankan"

so, utk kawan2 yg belum ade zuriat sendiri, sabarlah...
amalkanlah doa nabi zakaria memohon keturunan dari Allah... kalau belum sapai rezeki korang, percayalah..Allah sedang mengaturkan sesuatu yg lebih baik utk korang... biarkan aje la mulut2 org sbb hakikatnya, manusia mmg tak pernah puas... di beri tak puas, tak diberi meminta2 pula.
yg penting suami isteri, sokonglah antara satu sama lain...

utk anak2 ibu.. semoga kalian menjadi Khalifah di muka bumi Allah ini....


Thursday, March 10, 2011

adilia

mula-mula, aku nak cerita pasal kisah adilia yg buat aku laki bini kecut perut on last tuesday.
isnin tu, mcm biasa bagi aku seorang pembawa budak ni ade monthly check up. balik dr check up lepak2 tengok cerita gemilang. adilia ni tgh buaih panjat sana/i.. nak jadik cerita dia jatuh. dia ni jenis klu sakit sikit2 mmg tak nangis. klu sakit lebih sikit dia nangis dalam few seconds aje. klu sakit sgt dia nangis lama. so, mlm tu lps dia jatuh masa panjat ayahnya, dia nangis lama jugak. sambil gosok2 kepala dia. lepas tu mcm biasa... tak de pape yg luar biasa. bgn pagi soknya hntr ke nursery dia ok dan mcm biasa jugak.
during lunch hr, jam 1 mcm tu aku dpt call dr nursery kata adilia dah muntah 6 kali. cikgu nya ckp, klu free, balik la tengok jap sbb dia mcm restless dan melepek sesangat. aku dah kalut dah tak boleh pikir pape dah.. bawak kereta pun mmg fikiran melayang jauh aje. doa byk2 dia muntah bukan sbb jatuh . mungkin sbb alah fuds etc... sampai aje kat nursery tgk dia hati aku jad sebak sgt.. dia tak mcm dia..mmg nampak sgt lemah dan tak bermaya.. masa aku amik dia, aku try suruh dia berdiri... ikut logik...klu ade head injury slh satu effect ialah lost balance.. dia mmg tak boleh berdiri langsung. hadoi, lagik la naluri aku sbg ibu dah pikir mcm2 perkara buruk.. then dia muntah. muntah kahak dan air saja. dah kosong isi perutnya, a mungkin dia loya. bile tgk dia muntah lps aku suruh berdiri tu lagik la aku jadik ntahapa2ntah.
aku tunggu laki aku dtg. dr opis dia di JRL, dia naik cab. aku ckp, aku mungkin tak mampu buat sorang2..tu dia dtg jugak. then kitorang gi klinik. doc check then she said.. "she gives good respons, but she's too weak. sbb dia dah muntah byk kali, energy dah tak de, i dont think this is because of head injury" aku lega. tp tipulah klu lega byk. lega sikit aje.
doc bg ubat angin, ubat muntah dan ubat demam, sbb adilia showed sign of fever. camana ni, aku berbelah bagi. sbb aku kena rush balik ke office.. kerja aku bukan mcm kerja org. maklum la kuli-kuli batak di gomen.. pulak tu tuntutan kerja aku jenis mcm ni. bile ko komited satu experiment so kena komited dari step pertama sampai habis. missed one step whole experiment burn mcm tu aje. hari selasa tu, step ketiga dlm expt aku. lagi 2 step, settle la. syg pulak nak repeat semua benda wpun aku rs aku selfish klu aku pergi lab utk siapkan labwork aku. laki aku ckp, itnggal jap kat nursery bagi mkn ubat... ptg kang habis je expt rush la balik. how la, expt aku start at 4pm.. klu aku pantas dan cekap dptla setel within 1 hr. i kind of challenging myself. huh, ni klu bos aku tau, mesti dia bagi award pekerja cemerlang kat aku.
so, aku balik ke opis dan laki aku pun balik opis.
hari tu aku balik sharp at 5. maknanya? alah, maknanya aku cekap dan pantas la tu... kerja yg patutnya habis 1 jam setengah aku boleh siapkan 1 jam aje. hihihi. bukan senang ok.
ko nak kena prepare 5 kepekatan berbeza, kali dengan 12 sampel, bla bla bla bla triplicate, bla bla bla... mmg mcm lipas kudung aku dibuatnya. target aku : no mistake at first step..

balik je amik adilia, dia dah tak sepucat mase aku amik dia jam 1 tadi.tp dia masih lemah dan amsa aku dukung dia dia muntah lagi. ni yg aku tanak. doc dah pesan klu sampai jam 9 mlm ni dia muntah2 terus pergi hosp utk further checkup. balik tu dia mmg tanak duduk tempat lain.. di riba aku je... cube korang jadi aku..tgk anak yg lasak dan ceria jadi lesu dan pendiam hanya dlm masa beberapa jam sahaja. aku bagi dia makan nestum, nampak mcm dia kebulur mase mkn. pastu minum susu, dia dah mcm ade energy dan dia start main mcm biasa.. tp kejap2 dia baring. aku risau balik. pening gamaknya budak nih. lepas tu dia mcm tak boleh nak pegang apa2 yg aku cuba bagi dia.. mana aku tak risau, klu korang jadi aku???
sure risau dan pikir mcm2 kan?

mlm tu, dia nampak makin ok bile jumpa akak-akaknya... dia main... tp mmg aku kontrol la takut dia jatuh dan terhantuk lagik. sampai kan baru aku sedar dah jam 10 mlm, aku tak mkn apa2pun lagik sejak dr breakfast.. aku hilang selera sbb pikir bukan-bukan.byk buruk dari baik yg aku pikir. tak tau lah, mungkin cara aku berfikir tu slelau fikir the worst scenario dan option yg aku ada kalau itu dan kalau ini. sekurang2nya, klu betul aku dah bersedia nak hadapi segala kemungkinan yg bakal tiba. laki aku pulak asyik ej la ckp aku kelam kabut, too carried away bla bla bla. aku malas nak layan dia. sejak mengandung ni, aku ngn dia lagik byk yg tak setuju dari yg setujunya. menyampah sgt dgn dia. berbeza sgt mengadnung yg dulu2. dulu, dia balik keja je, sibuk nak cium ketiak dia. skang ni, dia dah wangi2 pun ttp ckp dia busuk.
mengada.

aku cuti the next daynya utk monitor dia. pagi tu dia muntah sikit. mak mentua aku call bgtau jgn bagi minum atau mkn byk2 sgt takut perut nya terkejut. pengalaman org tua, kena apply jugak... diorang byk pengalaman... aku hntr adilia ke nursery kejap sbb bawak khaleeda jumpa pakar mata. ok, khaleeda punye citer nnt aku citer.
so, dlm kul 12 mcm tu, lepas selesai appointment, amik dia, nampak dia makin cergas dan sihat. satu hari main aje, tp still aku bg mkn sikit2 tp kerap... minum pun sama. bagi minum air zamzam dan air masak. dia ok je, menguatkan semangat kami laki bini yg dia dah ok. tp dlm hati tetap berdebar2 dan berharap dia tidak akan muntah2 lagik. so, far sampai mlm tadik dan hari ini beluma de report dr cikgu dia muntah balik.. harapanya dia ok, kuat dan sihat seperti sediakala...
terima kasih kat kawan2 semua uncle2 auntie2 yg menenangkan aku di kala aku kalut dan kecoh.. serius aku tak pernah serisau semalam. menangis-menangis mcm tak pernah di buat dek orang.

Tuesday, March 1, 2011

seronok kah menjadi ibu?

jawapan saya, sudah tentu seronok.
wpun, saya ada hypertension yg bermusim.
wpun, penat juggling dgn kerja di office (cliche ok... )
wpun, kena masak dan siap on time.
saya bangga sbb saya ibu.

smlm, sy ckp dgn khaleeda.. 'kakak, esok PJ pakai baju lengan pendek la, sbb rabu boleh pakai baju lengan panjang sbb awak ade kelas tasmik on wednesday"
dia terpinga-pinga ..
"ibu, dr ofis ibu boleh dgr ke cikgu sharwani ckp"
aku pulak terpinga-pinga.
"errr, kenapa khaleeda ckp mcm tuh.. "
dia masih terpinga-pinga
"mcmana ibu tahu, cikgu sharwani suruh pakai lengan panjang mase hari tasmik"
dlm hati, aku gelak... kah kah kah... geli hati aku.
"ibu kan ibu... ibu kana de banyak mata, banyak telinga, banyak hati... special"

itukan logik sebenarnya, ade kelas tasmik, kena pakai tudung, pakai la bj lengan pjg, lagi sopan. keh keh keh. tp aku kagum tengok dia terpinga-pinga siap berenti minum susu botol (oops), sbb nak tanya mcmana aku tau... hehhe.. "ibu kan ibu"

eceli, aku sgt-sgt bz kat rumah. bygkan, seawal jam 5.15 pagi aku dah bangun (yg ni aku dah ready mase adilia nak lahir lagi...bangun awal)... so, basuh muka, gosok gigi... amik periuk, tanak bubur adilia. sambil tanak bubur, aku buat breakfast utk 2 ketul umat yg nak keluar kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg. dan breakfast utk 2 ketul umat yg berjihad fisabilillah...
sambil tuh, naik atas, susun baju utk bawak ke nursery (mlm-mlm aku malas.. hahha sejak sejak preggy ni, semua buat pagi)...
kena make sure spentot budak2 ni cukup utk skolah pagi ptg, stokin dah bawak turun... sambil2 bancuh 3 btl susu utk 3 ketul umat yg ade di rumah ni. 6 pagi, laki aku dah start mandikan 2 budak yg berjihad fisabilillah tu. while 6.30 yg seketul paling kecik saiznya akan bangun.. bagi dia semekut, bukak tv suruh dia tgk tv. by 6 normally aku dah siap semua, kecuali bubur adilia akan siap dlm sejam selepas itu.
sebelum2 ni aku tak hnt bubur kat nursery sbb MALAS nak masak. tp baru ni berat bdn dia dari 7 bulan -9 bulan menten at 7.6kg tak naik2 aku jadik risau. makan nestum aje. kesian dia. amse akak2 nya, gagah jugak aku memasak pagi2. so, dah seminggu ni buat bubur dan dia pun mcm suke aje mkn bubur. mlm baru mkn nestum...

yg bercintanya bile nak suruh si khaleeda pakai baju. hadoi, dialog aku hari2 "nak ibu ckp berapa kali baru nak pakai baju, sikat rambut, carik tudung, pakai stokin. awak tahu tak klu letak - dia sambung "letakk kura2, dah lama kura-kura tu siap".. ha... ko tau tak pe.

sambil diorang tgk la ape yg ade kat tv tu, berita pagi ke, wiggles ke sambil minum susu dlm botol. tak senonoh mulut dah nak jongos, botol tak boleh tinggal jugak.
then by 7.00pm, make sure pintu dah kunci pagar dah kunci off to nursery.
yg mudahnya bagi aku, owner nursery ni ade bas, ada transit, ada tadika. so aku one shot aje. hantar adilia kat nursery budak2 bwh 4 yrs old, then off to transit (selang 8-9 rumah) letak laily dan khaleeda kat situ. by 7.20 khaleeda off to KAFA dan 8.20 laily off to TADIKA. naik bas. nnt 10.30 khaleeda balik mandi mkn semua kat situ, ready nak gi sek keb pulak. laily balik around 11.30 mkn dan ptg kang baru aku amik dia.


ptg, dlm 5.30 tu aku set aku paling lewat balik. tanak balik lewat2 sgt. aku berkhidmat utk negara ni, cukup2 la mase yg ade..8-5.30. setengah jam yg aku lebihkan tu stok mase tambahan aku berblog ni ha. hahhaha...
5.30 balik dlm 5.50 sampai rumah. bukak peti, masak la pape patut. since dah siap2 solat asar kat opis, around 6.15 aku mandi dan ready nak amik adilia dan laily dr school. by 6.30 aku gi amik diorang dan balik rumah sbb by 6.50 normally khaleeda sampai rumah dengan bas skolah.

jam 7.00 dah make sure 3-3 ketul mandi. sementara tunggu mkn mlm aku goreng nuggets atau bg mkn goreng pisang, atau karipap atau ape2 lah stock yg ade. paling cokia biskut tiger la habuan diorang isi perut sementara tunggu dinner. dlm 7.45 hntr diorang gi ngaji (klu laki aku belum sampai... aku la hntr... klu dia dah sampai, dia la hntr). dlm 8.30 diorang balik .. dinner.

so, around 9 monitor khaleeda punye homework dan apa yg dia belajar,. soal-siasat lebih kurang apa diorang buat satu hari kat school. ape diorang buat kat taska... sambil monitor kerja skolah/bacaan iqra' diorang..

dlm kul 10, pakat ramai2 main lomba-lomba naik atas, sambung potpetpotpet smabil bancuh susu dlm botol lagik.. bace doa..tutup lampu smeua kena tidur sambil aku terkebil2 tahan mata sebab belum solat isya'...klu aku tak tertidur, aku isya' klu tertidur alamt isya aku jam 4 pagi la, mase adilia melalak nak susu kali kedua.

itu lah.. penatkan jadik mak.
tp berbaloi-baloi, kalau :
1. anak itu dengar ckp
2. anak-anak pandai kemas lps main
3. suami byk tolong.
4. korang tambah sendrik.

apapun, smeoga aku istiqamah la menjlnkan tnaggungjawab aku sbg mak beranak 3 nak amsuk 4 ni. hui, cabaran beb... pitching mesti baik, tone suara mesti lantang... tgn mesti laju... keh keh keh...
mak-mak diluar sana. semoga korang juga berjaya tabah, klu tak mcm aku pun (sbb aku tau ade lagik yg lagik teruk dr aku - cthnya maya), tabah lah mcm mana mak korang tabah besarkan korang. apapun, bapak2, mana2 yg korang blh tolong korang tolong-tolonglah, terutama nya kalau tak dpt tolong dr segi fizikal, tolonglah kerap2 ucapakan ucapan penghargaan utk bini-bini korang, sbb sesungguhnya bini-bini korang ni sebenarnya nak korang nampak, diaorang bertungkus lumus jaga anak-anak korang. tp, aku mujur, sbb laki aku mmg byk tolong aku..gosok baju anak 6 lai, dia buat.
spentot anak, stokin anak, handkerchief anak, buat air, buat susu, masuk bekal dlm beg, susun buku ikut jadual semua laki aku yg buat. sebenarnya, aku buat apa aje nih???