Friday, February 25, 2011

bile hari jumaat


setiap kali tibe je jumaat, aku mesti berdebor.
ye lah, kiamat kan hari jumaat.
mana tahu jumaat ni, jumaat terakhir kita.

setiap kali hari jumaat, aku selalu pikir mcm2 ..tp lebih menjurus kepada tazkirah utk diri sendiri.
contohnya, sampai bile aku nak macam ni. huhuhuhahahah...
bile aku mula nak betul2 amar maa'ruf nahi mungkar.
bile aku mula nak betul2 100% tutup aurat..
bile aku mula nak rindu-rinduan mendengar alunan dari kalamullah dari asik mendonlod lagu2 terkini...
serius, bukan hari -hari lain aku tak fikir, tp jumaat selalunya mmg buat aku berdebor dan berfikir lebih dr hari yg lain.

kdg2 bile aku berbaju, aku takut jadi org yg berbaju tp sebenarnya telanjang. (errr..paham dak maksud aku)..
bab menutup aurat sepenuhnya yg tiap2 thn menjadi azam aku pun selalunya lebur mcm tu aje. kononnya, step out aje dr rumah, nak tutup kepala. haram, dah masuk bulan kedua tahun ini benda tu mcm tuh jugak. tak de progress. (mcm nak sidai kain, angkat kain, buang sampah mcm tu lah, kepala aku selalu nya togel)
nak bace quran koman2 satu hari dpt 5-6 ayat pun jadiklah, hmmph... awal thn hari tuh, kejung2 aku buat jugak...
nak sembahyang awal waktu, hmmph... hampeh. mcm tu jugak.
nak lebih dan carik jln bagaimana utk lebih khusyu' dlm solat, sampai aku dah mula menghafal maksud baccan dlm solat agar aku lebih fokus... usaha ada tp tidak istiqamah...

aku selalu harapkan anak2 jadi yg terbaik, jadi anak solehah, jadi anak yg kuat imannya etc, tp klu aku ttp mcm ni, dr mana cth yg dia akan tgk. hari2 doa, biarlah anak aku menjadi salafussolehah dan teguh imannya, tegas pendiriannya, cekal hatinya, cerdas otaknya. tp klu aku masih mcm ni, agak2 korang dr mana anak2 tu nak tgk cth nya.
moga-moga, tutup lah hatiku dr mencintai dunia lebih dr akhirat...
biarlah dikata kolot atau ketinggalan.
aku takut, bile anak aku malu tgk ibunya masih seksi. takut di soalnya, knp ibu suruh kite ngaji, knp ibu tanak ajar sendiri... knp ibu tak tutup aurat, knp ibu itu ibu ini. ui, takutnya.
sejujurnya, anak-anak sgt ikhlas dan telus bile bertanya. apa yg mereka tanya adlah yg benar2 keluar dari hati dan otak mereka.
pernah satu ketika, adik aku usianya 6 thn masa tu, tak mahu ikut kakak aku ke pasar. bile ditanya knp..jawabnya "adik malu akak pakai mcm tu, seluar ketat nampak bontot" seusia 6 thn mereka sudah tahu erti malu.
aku kagum tgk ibu-ibu dan bapa2 yg mampu mendidik anak mereka bertudung dan membaca al-quran seawal umur mereka 5-6 thn. ibu bapa yg berlemah lembut dlm lisannya, tinggi sabarnya... yg mana sifat itu setelah dikorek2 mmg tak de pd aku. aku malu.

entah, sejak akhir2 ni mmg aku lebih fikirkan perkara2 ini. klu org berlumba-lumba nak hntr anak ke kelas piano, kelas apa pun, kelas bahasa ketiga keempat, aku tidak pula ke arah itu. pernah dikata, "nnt anak ko klu interview, mesti jd last choice sbb tak tahu third language, skang third language ni dah jadik satu perkara penting" begitukah???
aku lebih malu klu ditanya "subuh berapa rakkat ?" dan dia menggeleng...
aku tidak object/against mana2 parents yg tidak bersetuju dgn aku, itu pilihan masing2. apa yg aku suarakan adalah isi hati aku...

semoga aku, tidak tergolong dlm golongan yg rugi.
semoga aku, dan keturunanku dikurniakan istiqamah dlm mentaatimu, Ya Rabbi.




Thursday, February 24, 2011

this is totally not ME.

ntah apa2 rasanya bila aku rasa akhir2 ni, aku bukan lagi aku.
dengan benda2 kecik yg sangat tak masuk dek akal boleh buat aku rasa jauhhhh hati, tersentuh kaw2.
sakit je bile teringat.
smlm, masa keluar dgn kamal, ahh cerita laki-bini tak patut didedahkan kepada umum, perasan artis pulak nnt.
cuma, aku nak menggambarkan macamana rasa yg ntahapa2 tu, boleh dok ada dalam diri aku.
dialog aku lebih kurang mcm ni la, bunyi nak carik pasal dgn laki sendiri

saya : awak, (tipu, sy tak panggil dia mcm ni, tp untuk menjaga kemaslahatan diri dan tidak ada unsur-unsur yg boleh menjengkelkan org lain, selamatnya sy guna begini sahaja)
awak, saya nak bawak khaleeda pergi Hosp Selayang, check mata dia

dia: senyap.

saya : cengar ke tak, ke buat2 tanak dengar, ke dah tak minat nak dengar org tua nak beranak 4 ni berckp (provoke kan, namanya?)

dia : isk, dengarlah... cuma tak ada masa...

saya : (dlm hati- wah! pandai pulak tak de masa. ) ni start hangat hati dah.
eh,a wak tahu, saya bab anak-anak, bab education anak2, saya tak ade kompromi tau tak (tinggi sikit tune). saya bukan jenis boleh tolak ansur bab anak2. ha.

dia : isk... tak ade masa yg sesuai.. kite kena fikirkan bila boleh bawak dia sekali ke hosp. dah tentu-tentu kena carik masa yg dia boleh pergi sekali. awak ada, saya ada, tp tuan bdn tak de ...tak guna jugak kan?

saya : hamboih !!! pandai lak kona-kona. tadik kata tak de masa. dah la, (bunga-bunga merajuk dah kuar)..klu saya ckp, semua nya nak bangkang, semuanya nak kena pikir, semuanya tak betul.
tak pe la, nnt sy pergi je buat semua sendiri. biar saya je yg perg tanya hosp apa prosedur dia. susah sgt.. (nak terkeluar dr mulut :ade bapak pun tak nak bagi kerjasama, tp rasa mcm kasor dan teringat sy ni membawa budak, cepat2 istighfar)...dah la tu. tak pe je la. sy pergi sorang je. dari a-z biar saya buat. awak jgn sibuk2 masuk campur.

dia: la, mcm tu pulak. (dia mmg klu saya ugut-ugut mcm tu, dia akan ngalah punye... wpun tadi keras2 dia nak menang awalnya).. ok, jap gi kite terus gi spital selayang sama-sama, kite tny prosedur dulu.

saya : tak yah. tadi memula awak tanak kan. kalau tanak dari mula, baik tak yah. tak ikhlas,tak suka org tak ikhlas. (tawar-menawar bermula..jual beli diteruskan)

dia : ala, jgn la cam tu... ni mesti ad ekes tak puas hati dgn saya ni, sbb tu meleret2 ni.. 8 thn, sy kenal sgt awak. mesti ad epape ni, baik ckp.

saya : ape mende? mana ade. org ckp betul2. (mata dah berair. ha, ini lah dia yg sy nak bgtau. ini bukan sy..nangis2, mentel2, gedik2, manja2, emo2 ni, this is not totally ME ok)

dia : isk, ape lak nangis2 ni. eh, dah la dah la.. (hulur kain tuala bekas hingus adilia) iskk jgn la, malu la nangis2 ni. dah tua eh, dah besar dah...

saya : dah la tak suke saya ckp je la. tak yah nak bangkang2 semua benda yg sy bgtau. tak suke ckp tak suke. senang.

dia : eh, ape lak ni... (lagi lembut). ha ko. berjurai ayor mata aku pas tuh. cube bgtau, knp sampai jd mcm ni?

saya : awak lah.. (dah tak boleh simpan lagik dah)... klu dgn saya, satu ebnda kena ckp 2, 3 kali baru nak paham. baru nak buat. klu sy ckp semua nak fire. awak tu... cube tgk msg dlm hp awak ..

dia : msg yg mana pulak ni. klu ade 1000 msg awak, 990 tu msg awak. baki tu msg boss n opis met.

saya : yg nih.. (scroll scroll scroll)

"bang kam, tolong belikan goreng pisang rm 2 boleh tak... mekasihhhhhhh"


dia : laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!itu je?
ceh, mengabihkan bogheh yo.

ok, sekali lagi highlight, benda tu kecik, sy rasa mcm tak puas hati dia tlg belikan goreng pisang utk opismet dia. mcm tak patut. kan. tp itulah...sy dah jadik bukan saya. sgt tak patut.

Friday, February 18, 2011

mimpi

mlm tadik. aku mimpi.
aku mimpi makan puding raja.
mase mkn puding raja tu, aku pakai tudung cantik.
tudung tu, dari RIA'S collection, bini member skolah aku jual.
aku sangat2 tertarik dgn tudung tu, dengan puding tu,. sampai amsuk2 dlm mimpi aku.

nak buat puding raja, tp takut tak di makan. sbb aku bukanlah penggemar tegar puding kecuali puding jagung.
hadoi.
ini semua. ..ini semua. gara FB.
puding raja tu digembar-gemburkan oleh ex-opismet aku si yanie dgn kakaknya si yurnie.
tudung tu, ria's collection jual on9 thru fb.
parah dah aku.

Wednesday, February 16, 2011

meluat

aku tak tau lah samada ni hal pembawakan atau sifat mazmumah yg mmg sedia ada dlm diri aku, seorang manusia yg super duper biasa. lately, aku cepat meluat tgk byk benda di sekeliling aku. setiap kali nampak benda2 yg boleh buat aku meluat, aku cepat2 istighfar dan mintak2 aku dijauhkan daripada jadi bahan 'luatan' org pulak. yelah, rambut sama hitam.. hati lain-lain. semoga, semoga semoga aku tidak sebegitu.. Aminn..

apapun, pesanan khidmat masyarakat nan satu ini, dibawakan khas utk silence reader blog aku ini. "biarlah kita ikhlas, seikhlasnya dlm melakukan satu perkara..bukan mengharapkan balasan atau pujian mahupun dipandang 'baik' oleh semua orang"

hari ini, aku meluat.




Monday, February 14, 2011

hari-hari tua.




Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat

ni, lirik lagu Sudirman, dia pun dah arwah. . bile dgr lagu ni, selalu pilih utk tidak dengar sampai habis.
cuti CNY yg lepas, kitorang adik beradik balik ke kampung sbb nak naik batu nisan abah. dah cukup 100hari++, so rasanya tanah pun sudah cukup padat untuk naikkan batu nisan.. pagi jumaat lepas subuh..dah tunggu semua siap2, dlm kul 9 mcm tu berangkat la kami adik beradik ke "kampung baru" mak dan abah. nah, peralatannya...lengkap. tajak, cangkul, shovel,cop.. kata adik aku "ce ko tengok diorang ni bawak barang, dah mcm nak gali kubur lagik satu pulak" heheh, aku pun br perasan, aku yg sibuk2 pinjam dari rumah sebelah.. keh keh keh.

sampai kat kubur, mcm ade satu feeling. "mak ngn abah aku dua-dua kat sini dah..." sedih beb. tp aku tahan je, mcm macho gitu. tp aku rasa sorang2 ade feeling tu, tp sebab semua tunjuk kool..mase abang dan abg2 ipar dan adik lelaki aku siapkan lubang utk pacak batu nisan tu, aku pergi kubur mak. kubur mak bersih, elok terjaga except tepi kubur tu ade taik lembu kering. aiseh. sbb adik beradik aku balik kg secara rotation, rumah tinggal tu nak kena tengok, alang2 balik terus la lawat mak dan abah. agaknya sbb tu kubur mak elok terjaga.
abah mmg cukup mrh klu kubur diletak dan dihias2 dengan benda2 yg tak sepatutnya. dia dah pesan byk2 kali, "klu sape2 mati, tak perlulah baca yaasin atas kubur. ..tak perlulah belikan dia batu2 mahal utk diletakkan dikubur. itu adat semata-mata... bacalah yaasin dan sedekahkan fatihah utk mak (masa tu abah ada lagik, dia tengok kitorang bawak surah yaasin pergi kubur) setiap kali rasa rindu pada dia.. baca yaasin panas bedengung matahari tegak atas kepala tuh nak buat apa" katanya... aku ingat lagik.
klu buat tahlil pulak, sibuk2 suruh org kampung baca kan yaasin bacakan tahlil..kite tuan rumah empunya si mati tu sibuk2 menghdiang makanan etc. bukan kah lebih afdhal, yaasin dan tahlil itu dtg dari keturunan si mati sendiri. .. itulah abah aku...mcm itulah dia. sbb itu, kitorang jarang berkenduri tahlil dan panggil satu kampung. selalunya, bile berkumpul adik beradik anak cucu semua kami yg buat tahlil untuk arwah...

ini ade tips, utk melawat kubur. ye la. mungkin yg belum pernah rasa kehilangan rasa tak penting pun tips ini.. tp benda yg elok, meh la kite share sama2.
akak no, jap... no 4 aku ckp... klu masuk je area kubur ucapkan ini :

اَلسَّلاَمُ عَلَى اَهلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ اَنْتُمْ لَنَا فَرْطٌ وَنَحْنُ اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ


maksudnya " Salam atas para penghuni kubur, muslimin dan muslimat.. kamu telah emndahului kani, dan Insya Allah, kami akan menyusulmu"

ye lah, Kematian itu pasti, cepat dan lambat aje... berckp psl ini jugak, mlm tadi aku ngn suami berckp2 psl hal kematian. dia kata, seronok tengok org2 tua yg bersama hingga kahir hayat. walaupun yang pasti, sorang tu, akan pergi dulu.. tp ade masa hari-hari tua bersama.. aku ckp dgn dia, aku mohon dan doa banyak2... bile aku tua, klu aku berkesempatan utk tua dan dipanjangkan umur.. aku mohon sangat2 dari Allah, agar aku tidak menyusahkan anak-anak... agar aku tidak sempat nyanyuk..agar sihat tubuh badan meniti hari-hari tua.
pastuh laki aku ckp " kurangkan la mengupat dan bercerita hal orang"
gulp.
amik.
"yes boss"

pastuh laki aku sambung "klu boleh biarlah abg yg pergi dulu" ah, sudah. dia mula dah. dia tahu, aku ni sangat2 bergantung pd dia, semua pun depends pada dia. sejak akwen dgn dia, 8 thn dulu, aku dah tak reti naik public transport. sejak kawen aku dah tak reti drive dlm KL. sejak aku akwen urusan bil, semua aku hand over kat dia. mcmana dia boleh ckp biar dia pergi dulu. oh, encik kamal. walaupun sy ni kuat melawan, kuat memberontak, biarlah saya yg pergi dulu.... susah saya klu awak tak de. tp klu saya tak de, sy rasa awak boleh hidup lagi. JANGAN nnt dekat kubur, org tgh talkin awak menangis tp mata melilau carik pengganti!!koman2 tunggulah lepas awak letak batu nisan saya, then carikla ganti klu awak mahu....

ingat dulu,mak selalu pesan kat abah... "kalau ros mati, abah jgn kahwin dgn anak dara... carik org tua jugak..klu kahwin anak dara, nnt abah susah lagi".. heheh... mmg abah aku kawen dgn org tua. tp no komen.
tak leh citer, menjaga sensitiviti masyarakat setempat yg boleh membaca blog ini, adanya.
dulu, dulu-dulu... aku belum lahir, mak kerja kawen bunga. apa menatang akwen bunga tuh aku taktau, tp dari cerita kakak aku baru2 ni mase perjlnn balik dr kubur-rumah... aku agak kawen bunga ni =pollination.
sawit pollination, manually. kiranya dulu 5 org atas aku ni, merasa la susahnya abah dan emak tu mencarik duit. diorang (kaka+abg aku) banyak2 kali ckp kat aku "ko untung Na, ko lahir je, letrik daha da. jln tar dah ada" wah, rasa mcm tengok cerita lurah bilut tu pulak feeling imagine zaman2 diorang ni semua. susah betul gamaknya.
akak aku pernah cerita, dulu klu mkn lauk ikan, abah akan ckp "jgn mkn banyak2 sgt, nnt perut bercacing" rasionalnya, abah kena berjimat cermat membesarkan diorang 5 beradik (aku ngn adik aku belum ade time tu). pernah jugak org kampung aku bercerita, "kitorang dulu pernah 1 tahun tak makan aiskrim, bapak ko tampo cina jual aiskrim tu" mana taknya, arwah mak cerita, cina tu, satu hari 5-6 kali lalu depan rumah. org lain anak sorang, dua... abah aku 5 org. kalu dah 5 kali lalu? sudahnya bapak aku tampar cina tu, setahun aiskrim tak masuk kampung. koman-koman, setahun tu tak de la budak2 kampung tu sakit gigi, kan?.
abah aku pulak, nama je peneroka, tp aku bet...dia tak pernah pegang galah kait sawit. ..menoreh ape tah lagik.
next entry aku cerita psl aku anak peneroka.
ok, melarat nampaknya cerita aku....

apapun, abgi yg masih punye mak bapak, kenang-kenangkan lah cerita aku. cuma bagi mak-bapak pulak (termasuk aku), esok dah tua-tua jgn mcm2 sgt, mulut kena jaga supaya anak menantu tak sakit hati... ha, sudah. jgn yg bukan-bukan...




Wednesday, February 9, 2011

adilia- semilan bulan sudah


hmmph.
salam kawan2.
disahkan conceived pada usia anak bongsu anda 9 bulan. bagaimana perasaan anda?
sblm ni, aku asyikla bg nasihat kat kawan2 yg alami perkara mcm ini, sampailah
jadi kat aku, terkedu aku kejap. tp bagi aku, tak de istilah accident, incident,
tak sangka, TER, atau sbg nya. bagi aku, dah mmg Allah tuliskan di Loh Mahfuz, rezeki aku
beranak 4 pada usia muda (tolong lah, muda ke?) 33 thn tuh, satu achievement yg boleh dibanggakan juga. POsitif ok!!.
memula bile tahu, mmg menggeletar aku. mcm2 yg lalu lalang kat otak aku ni, sampai traffic jam.
lama-lama, aku cuba lebih positif, cuba ingat qada dan qadar dan cube2 menerima kenyataan. Alhamdulillah, aku OK. serius, aku dah OK.
dah scan, dah check up, dah bukak buku.. this time aku tanak tgk gender baby. Klu another girl, alhamdulillah, klu boy pun alhamdulillah. Aku tak suke jd org yg terlalu meminta2, kerana bagi aku, sebelum aku dilahirkan lagi, ALlah dah menetapkan jalan hidup aku. Jadi, apa sahaja rezeki untuk aku aku terima. Usaha?.. heheh,, itu sudah semestinya. tp sejujurnya, tak sempat nak rancang anak laki ke pompuan... biarlah, Allah tahu yg terbaik utk hambaNya,

tadi beno nya aku nak citer psl adilia. dlm usia 9 bulan ni, aku rasa dia agak cepat berprogress dibanding akak-akaknya. dia dah naik tangga sampai atas. jgn dibiarkan sorang2. cepat je dia naik tangga tu. tengok aje le muka dia ni... pelan-pelan-pelan...sayup-sayup-sayup..ilang.
satu hari tu, kitorang sefamily dok 'busy' tgk junior masterchef. perasaan aku Adilia main kat belakang aku aje. tau-tau ayah nya jerit, "eh, mana Adilia".. semua org ko pandang aku aku pandang ko cenggitu. Khaleeda bangun bingkas carik kat dapur. aku pun gi dapur. laily gi bilik air. ayah bangun tgk kot dia kuar dari grille rumah tu. tau2 dia berbunyi "ek, ek, ek"... ayah dia ngucap panjang tgk dak ekcik tu tersengih2 kat anak tangga ke 17, yg paling atas. hadoi, nak luruhnjantung aku rasanya.

aku mane leh lari laju2 dah skang ni. hihihih.. alasan.
bile ayahnya berlari naik tangga, dia lagi laju speed masuk bilik. ingat org nak amin kejor-kejor ke? isk. adilia, adilia...

org tgk dia smeua ckp "banyak2 anak ko (banyak tuuuuuuuuuuuuuu)...umur mcm ni, adilia paling kecik" sangat la tepat. at 9 mths old berat bdn dia 7.6kg sahaja. janji sihat...progress baik, aku bersyukur dah. anak2 aku below 1 yr, eh kecuali khaleeda..mmg kecik. laily umur sethun baru 9kg. tp cube tgk skang.. anak2 aku msauk darjah 1 dah sama berat guni beras 20kg. laily dah 17 kg umur 5 thn.

mcmana nak masuk gmbr kat sini, aku pun dah lupe. ha ha ha.