Tuesday, October 25, 2011

masak. Leek Goreng Belachan, Super Hot


Dlm cuti pantang baru ni, kerja aku mcm biasa. tgk tv. tgk tv tgk tv.
laki aku cakap, klu compile la resepi tu, mmg kompom awak dah bulih bukak kedai.
aku ckp ape brg salin2 resepi, org main ingat je la.tak main la tulis2.
hihi. cakap kena besar. klu tak, tak padan la ngn saiz aku.

so segala cerita masakan - masterchef ntah brp punye season , Top Chef, Junior Masterchef, Desanko cooking (org korea yg masak, aku rasa sup dia mesti rasa stoking), cef skuter, cef wan zaman muda, salih yaacob ngn aza sari rasa, nyonya pakai kebaya masak cakap pintal2 lidah ckp melaka, tu cef yg boops dia boleh thn besau padahal bdn dia kecik je, cef filipine yg botak tu dengan pengacara pompuan yg seksi, ho-chak, rncngn carik mkn singapore yg naik vespa tu...pendekata semua ada sudu garpu, minyak masak semua aku mesti tengok la...

masa tu mastercef mesia belum start lagi. aku dah amsuk ekrja baru mastercef mesia start.
by the way, mukaddimah ni bapak panjang. aku nak cerita, aku terinspire dgn cara diorang masak. bubuh tu bubuh ni, berani la... kdg2 akus endiri imejin rasa dia mesti tak sedap ntah pape combination foods diorang. tapi personally, aku nak suruh adilia jadik chef. TOP CHEF, who owned her own restaurant yg boleh kekal lama, bukan rest beroperasi 2-3 tahun atau hangat2 tahik ayam moneei. kenapa adilia? entah, aku rasa adilia berbakat kot masak2 ni. hahahhaha.... pepandai je aku pun.

pastu diorg ni masak nama masakan giler baboon gempak. tu yg nama sayur aku masak tu jadik mcm tu. ni klu arwah mak ada ni, mau dia kate aku ngengada boh nama sayur cenggitu. ahaks.

ok, dah..ni resepi.
LEEK GORENG BELACHAN, SUPER HOT BERSAMA UDANG HIDUP JANGAN MASAK LAMA2.


3 btg leek - potong serong. belah dua dulu. rendam, basuh dan tos.

3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah .
7-8 biji cabai burung.
1/2 inci belacan bakar.
10 ekor udang hidup.
5 tangkai cili kering super hot yg tersalah beli kat giant.

tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api bersama belacan. klu masak sayur aku tak suke tumbuk halus.. tumbuk kasor2 je.
satu lagi aku mmg suke bawang byk, bau wangi jeeeee
cili kering tadi,, potong besar 2-3 bahagian.

okeh. panaskan minyak (lps ni aku tak cerita la panaskan minyak dah dlm next recipe. pepandai la korang)
masukkan bahan tumbuk dan cili kering tu. tumis smpai satu rumah bersin2.
sampai laki ko lari bukak pintu dapur nak bagik bau tu tak terkuap dlm rumah.
hahahahha. aku malas nak bukak pintu dapur,. nnt jiran aku bau, dan nampak aku msk apa, WAJIB bagi... klu dia dah terbau dan teringin. berdosa tak bagik. heheh.
selingan.

pastu masukkan udang hidup, mase ni kena get ready sayur leek tadi dah tos...
jaga2 cik salmah, aku klu buat udang jadik main ingredients esp dlm sayur, tak suke overcooked udang ni, hilang manis,...daging keras.. tak besh.
dlm 1 minit pas masuk udang, terus masuk leek ni...
biar leek ni layu kat minyak dulu klu korang nk tambah air.
tu rahsia klu nak sayur tu nampak segar.
tak caya, klu lepas masuk sayur, dia lom layu kat minyak, ko dah boh air... ko tgk la nnt, sayur ke mesti LODHOR (ckp jawa), atau lebam (ckp melayu).. tak lawo.

boh leek tu, kacau laju2 api besau... then kecikkan api -sederhana besau, menten la..mase ni klu nak boh air boh la 3-4 sdb... sayur ni tak sedap basah, nnt leek tu berlendiaq.

boh garam sikit je sbb selalu nya belacan dah masin. rasa la ikut tekak memasing.
siap.
boleh hidang dan tutup pintu dapur yg laki ko bukak tadik.
ahaks.

Thursday, October 6, 2011

Al kisah, tragis


Semalam, hari kedua aku puasa ganti..
Hajat hati nak buat puding karamel. Aku bukan sweet tooth, tp puding karamel ni mmg fav aku...
Setakat ni aku suke mkn puding karamel yg akak sulung aku buat. Lembut, lemak berkrim dan gulanya just nice caramelized.
Selain yg ori tu, yg tak ori aku suka mkn beli kat Amway kot.. Ready made punye. Gile lembut dan licinnnnnn zasss lalu kat tekak..
So gugel gugel few recipe dan tny org sana sini tiba2 ternmpk resepi puding gula hangus tanpa telur.
Tilik punye tilik resepi tu rasanya yesss! This is d one yg zassss lalu kat tekAk ni.,, feedback dr org yg dah cuba pun kaw2.. Mcm best!

So, a day before dah beli lah bahan2.
Excited sbb nak guna pudding mould dr tupperware yg aku br beli..
So follow recipe tu step by step. Semua smooth as planned. Aku sj buat gula hangus tu lebih sikit,
sbb aku suka gula tu melimpah ruah buat kuah. Apapun aku mmg slter recipe ni, sbb bg aku dah ada gula hangus, the puddiing shud not
contain any sugar dah...
Dah siap semua, aku sejukkan utk bekukan. Tp masa tu jam dah pukul 5, haiii karang tak sejuk pulak masa berbuka...
Aku pun amik penutup tuppeware tu dan tutup la mould tu.. Mould tu sblm
Tu aku ltk dlm loyang isi air sejuk peti ais konon nk bg cpt cool. Once aku tutup je cover dia,
dengggghhh!! penutup mould belah bawah tu terbuka due to pressure aku rasa. Korang tau tak
Pudding mould tu mcmana gaya.. Dia ada penutup atas dan bawah..
Hmmph boleh imejin apa jadik??? Puding yg tak brp nk beku lagi tu tersplash masuk dln loyang yg ada air tu..ha!!!! Sodaqallah!!!
Nak mencarut, puasa... Salah sendiri pulak tu..
So, being smart in every single way... Aku masukkan semua puding tu beserta air dlmnloyang tu masuk periuk balik dan masak lagik.
Then tak serik masukkannjugak dlm mould tu (nak sangat okehhhhhh guna mould puaka tu).....

End up, azan maghrib je... Aku x minum pun. Terys tuju puding tadi. Bismillah....,
Mak aihhh! Terbuntang bijik mata aku mkn, manis nauzubillah. Finally, puding tadi (yg cantik tu) masuk bakul sampah, sblm laki aku
menjadi saksi kegagalan aku.. Hahahaha!

Mould puaka... Ko tunggu.. Aku akan buat puding tu sampai sukses. Ko tunggu!

Monday, October 3, 2011

Ahli baru: LIYANA NAJLA AHMAD KAMAL HASRIN

Bagi yg tau aku preggy (lagi) tahun ni.. Maknanya anak no 3 dan 4 aku lahir selang setahun.
Selamat datang, Liyana Najla binti Ahmad Kamal Hasrin. She was born at Hosp Selayang on
August 21st @10.28 am. Satu2 nya anak aku yg lahir waktu siang. Yg kakak2nya semua lahir waktu mlm.
Khaleeda wktu maghrib, Raihanah tgh mlm, dan Adilia around 9++pm.

Bersalin kali ni mmg dipermudahkan. Cuma waktu
Mengandung je yg tak la susah tp jerih sikit sbb faktor umur kot.. Dan jarak kehamilan yg agak dkt..
Apapun syukur rahmat tuhan.. Walaupun sebaik Najla lahir, she was detected having hypoglycaemia dan few days
later with jaundice, aku pasrah je la.. Tp part plg best among prem babiez, she was the biggest! Org lain 800 g je pun
ada... Dia, ha... 3kg!! Cuba bygkan klu aku termed 40 wks? Mau dkt 5kg kot.

Bila bersalinkannthe 4th one ni hampir semua org yg tak rapat dgn aku ckp, ok kens try lg satu ni sampai dpt boy.
Thanks for the advice, bukan kita yg tentukan jantina anak ni. Sblm kita lahir lagi, Allah dah tentukan dugaan
Dan ujian, rezeki, dan segalanya. Semuanya sesuai dgn kesanggupan kita. Makanya jgnlah hendaknya aku jd hambaNya
yg terlalu meminta2.. Bohongla klu aku tak mahu anak lelaki.. Mestilah nak, tapi siapa kita nak mempersoalkan rezeki yg
diberiNya. Fikirkan dan renungkan kat luar sana brp ramai org yg belum sampai rezeki mereka nk timang baby..,

Apapun disaat entry ini ditulis, Najla sudahpun berusia 45 hari. Alhamdulillah, dia sihat dgn berat mencecah 4 kg..
Adilia, kinda jealous and try to adapt herself, accepting the fact that she is now, kak chik!!