wpun, saya ada hypertension yg bermusim.
wpun, penat juggling dgn kerja di office (cliche ok... )
wpun, kena masak dan siap on time.
saya bangga sbb saya ibu.
smlm, sy ckp dgn khaleeda.. 'kakak, esok PJ pakai baju lengan pendek la, sbb rabu boleh pakai baju lengan panjang sbb awak ade kelas tasmik on wednesday"
dia terpinga-pinga ..
"ibu, dr ofis ibu boleh dgr ke cikgu sharwani ckp"
aku pulak terpinga-pinga.
"errr, kenapa khaleeda ckp mcm tuh.. "
dia masih terpinga-pinga
"mcmana ibu tahu, cikgu sharwani suruh pakai lengan panjang mase hari tasmik"
dlm hati, aku gelak... kah kah kah... geli hati aku.
"ibu kan ibu... ibu kana de banyak mata, banyak telinga, banyak hati... special"
itukan logik sebenarnya, ade kelas tasmik, kena pakai tudung, pakai la bj lengan pjg, lagi sopan. keh keh keh. tp aku kagum tengok dia terpinga-pinga siap berenti minum susu botol (oops), sbb nak tanya mcmana aku tau... hehhe.. "ibu kan ibu"
eceli, aku sgt-sgt bz kat rumah. bygkan, seawal jam 5.15 pagi aku dah bangun (yg ni aku dah ready mase adilia nak lahir lagi...bangun awal)... so, basuh muka, gosok gigi... amik periuk, tanak bubur adilia. sambil tanak bubur, aku buat breakfast utk 2 ketul umat yg nak keluar kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg. dan breakfast utk 2 ketul umat yg berjihad fisabilillah...
sambil tuh, naik atas, susun baju utk bawak ke nursery (mlm-mlm aku malas.. hahha sejak sejak preggy ni, semua buat pagi)...
kena make sure spentot budak2 ni cukup utk skolah pagi ptg, stokin dah bawak turun... sambil2 bancuh 3 btl susu utk 3 ketul umat yg ade di rumah ni. 6 pagi, laki aku dah start mandikan 2 budak yg berjihad fisabilillah tu. while 6.30 yg seketul paling kecik saiznya akan bangun.. bagi dia semekut, bukak tv suruh dia tgk tv. by 6 normally aku dah siap semua, kecuali bubur adilia akan siap dlm sejam selepas itu.
sebelum2 ni aku tak hnt bubur kat nursery sbb MALAS nak masak. tp baru ni berat bdn dia dari 7 bulan -9 bulan menten at 7.6kg tak naik2 aku jadik risau. makan nestum aje. kesian dia. amse akak2 nya, gagah jugak aku memasak pagi2. so, dah seminggu ni buat bubur dan dia pun mcm suke aje mkn bubur. mlm baru mkn nestum...
yg bercintanya bile nak suruh si khaleeda pakai baju. hadoi, dialog aku hari2 "nak ibu ckp berapa kali baru nak pakai baju, sikat rambut, carik tudung, pakai stokin. awak tahu tak klu letak - dia sambung "letakk kura2, dah lama kura-kura tu siap".. ha... ko tau tak pe.
sambil diorang tgk la ape yg ade kat tv tu, berita pagi ke, wiggles ke sambil minum susu dlm botol. tak senonoh mulut dah nak jongos, botol tak boleh tinggal jugak.
then by 7.00pm, make sure pintu dah kunci pagar dah kunci off to nursery.
yg mudahnya bagi aku, owner nursery ni ade bas, ada transit, ada tadika. so aku one shot aje. hantar adilia kat nursery budak2 bwh 4 yrs old, then off to transit (selang 8-9 rumah) letak laily dan khaleeda kat situ. by 7.20 khaleeda off to KAFA dan 8.20 laily off to TADIKA. naik bas. nnt 10.30 khaleeda balik mandi mkn semua kat situ, ready nak gi sek keb pulak. laily balik around 11.30 mkn dan ptg kang baru aku amik dia.
ptg, dlm 5.30 tu aku set aku paling lewat balik. tanak balik lewat2 sgt. aku berkhidmat utk negara ni, cukup2 la mase yg ade..8-5.30. setengah jam yg aku lebihkan tu stok mase tambahan aku berblog ni ha. hahhaha...
5.30 balik dlm 5.50 sampai rumah. bukak peti, masak la pape patut. since dah siap2 solat asar kat opis, around 6.15 aku mandi dan ready nak amik adilia dan laily dr school. by 6.30 aku gi amik diorang dan balik rumah sbb by 6.50 normally khaleeda sampai rumah dengan bas skolah.
jam 7.00 dah make sure 3-3 ketul mandi. sementara tunggu mkn mlm aku goreng nuggets atau bg mkn goreng pisang, atau karipap atau ape2 lah stock yg ade. paling cokia biskut tiger la habuan diorang isi perut sementara tunggu dinner. dlm 7.45 hntr diorang gi ngaji (klu laki aku belum sampai... aku la hntr... klu dia dah sampai, dia la hntr). dlm 8.30 diorang balik .. dinner.
so, around 9 monitor khaleeda punye homework dan apa yg dia belajar,. soal-siasat lebih kurang apa diorang buat satu hari kat school. ape diorang buat kat taska... sambil monitor kerja skolah/bacaan iqra' diorang..
dlm kul 10, pakat ramai2 main lomba-lomba naik atas, sambung potpetpotpet smabil bancuh susu dlm botol lagik.. bace doa..tutup lampu smeua kena tidur sambil aku terkebil2 tahan mata sebab belum solat isya'...klu aku tak tertidur, aku isya' klu tertidur alamt isya aku jam 4 pagi la, mase adilia melalak nak susu kali kedua.
itu lah.. penatkan jadik mak.
tp berbaloi-baloi, kalau :
1. anak itu dengar ckp
2. anak-anak pandai kemas lps main
3. suami byk tolong.
4. korang tambah sendrik.
apapun, smeoga aku istiqamah la menjlnkan tnaggungjawab aku sbg mak beranak 3 nak amsuk 4 ni. hui, cabaran beb... pitching mesti baik, tone suara mesti lantang... tgn mesti laju... keh keh keh...
mak-mak diluar sana. semoga korang juga berjaya tabah, klu tak mcm aku pun (sbb aku tau ade lagik yg lagik teruk dr aku - cthnya maya), tabah lah mcm mana mak korang tabah besarkan korang. apapun, bapak2, mana2 yg korang blh tolong korang tolong-tolonglah, terutama nya kalau tak dpt tolong dr segi fizikal, tolonglah kerap2 ucapakan ucapan penghargaan utk bini-bini korang, sbb sesungguhnya bini-bini korang ni sebenarnya nak korang nampak, diaorang bertungkus lumus jaga anak-anak korang. tp, aku mujur, sbb laki aku mmg byk tolong aku..gosok baju anak 6 lai, dia buat.
spentot anak, stokin anak, handkerchief anak, buat air, buat susu, masuk bekal dlm beg, susun buku ikut jadual semua laki aku yg buat. sebenarnya, aku buat apa aje nih???
5 comments:
ko x nak kira ke yg nak kemas umah, mop lantai, basuh bilik air, lipat baju, sidai baju...hehehe...aku sejak beranak 3 nih dah pandai baju bertimbun dlm bakul...selang 2,3 ari baru lipat...tu pun laki aku yg lipat...sampai si abg tanya nape skrg umi dah x lipat baju ari2...ni aku ada anak besar...kalau aku kat tempat kao...aku pun x tau la camne...bab tdo mlm tu sama la...si umar menyusu badan...bila menyusu nak tdo ni dia punya lama 45 min to 1.15hour...ttido aku dbuatnya...
-nor-
sesungguhnya ko sangat rajin! tahniah ye ibu!
hahha cak, hadif pun gitu..bila intan kata "abg, kalau time solat tu jgn pandang sana sini" dia akan tanya balik "mcm mana mama tau? mama nampak ke?" ahhahahha anak..anak...
cak, jadi ibu ni hati puas walaupun penat. tengok anak2 tidur, dan masa tu kita baru nak melunjurkan badan, rasa puas hati sangat...moga kita istiqomah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu ye cak...
patut aaa aku terbau2 nama aku..kekekeke.. cak,that's so true.. biorlaa penat camne pun, aku bahagia anak2 dpn mata & aku uruskan sndirik.. *sbb tu aku tolak 3 offer gomen which aku kene dok jauh dgn anak2..aku tak kuat beb bile idup tanpa anak2*..
Penat betul Cak jadik ibu ni.. selama ni 7 tahun berdua je.. itupun semua kerje hubby buat.. bila ada anak ni rasa kelam kabut dibuatnya.. tapi yg peliknya.. sejak ada anak tak pernah kena migrain.. padahal.. dulu migrain tu mcm teman setia sab je.. pelik kan? Penat tapi happy.. berbaloi la.. hehehehe
Post a Comment