Showing posts with label koje n life. Show all posts
Showing posts with label koje n life. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

relieve n release

benda2 yg berlaku di keliling kita ni, adalah untuk kita belajar. samada menjadi lebih baik, lebih teruk atau kekal di situ.

benda2 yg berlaku pada kita, juga akan buat kita lebih hati-hati. baik dlm kehidupan rumahtangga, pekerjaan, persahabatan dan dlm apa jua yg mampu memberi impak kepada life kita.

kadang2, kita perlu lepaskan jauh2 sesuatu yg kita ada demi menjaga hati dan perasaan org lain.

kadang2, kite perlu genggam erat apa yg kita ada untuk kepentingan diri sendiri juga.


kadang2, org tak sedar.. dengan sedikit provokasi, habis dikeluarkan macam2 sehingga membolehkan kita mengagak apa yg ada difikiran mereka sebenarnya. dan itu yg saya rasa sekarang. rasa terpukul dgn provokasi yg saya buat kemudian si fulan bin si fulan menghambur mcm hilang waras dan berkata saya itu saya ini. mmg itu tujuan saya. saya provok utk lihat apa sebenarnya yg dipendam menjadi dendam.dan saya dah dpt jawapannya. mcm2 yg buruk saya dipandangannya rupanya. apapun saya berterima kasih, Allah masih sygkan saya dengan memberi sy dugaan begini. walaupun kecil dipandangan org lain, ia besar impaknya pada life saya. Terima Kasih Ya Rabb kerana dengan dugaan ini banyak yg saya belajar.
semoga saya tak jadi "paku dulang paku serpih.."

saya menulis dari hati.

Wednesday, February 15, 2012

smiling ear to ear

tatau mana nak start. smlm antara hari yg terbaik dan terseronok bagi aku.

alhamdulillah, dipermudahkan Allah urusan aku smlm.


ok, kite direct je citer.

aku dah bekerja dgn sorang bos ni for the past 7 yrs (2000-2007). 3 thn pertama i enjoyed. lama2 aku ada sikit rasa bosan sbb semuanya rutin sahaja, tak ade yg mencabar otak aku langsung. ibaratnya, kemampuan aku terbatas dan tersekat kat situ aje.


2007, aku dah make a move (like jagger), sbb aku rasa keautokratikannya semakin ketara.

bos aku ni baik actually tp aku rasa dia mcm byk lepas tgn kat aku utk semua benda termasuk benda2 yg bukan level aku selaku kuli ni. dah klu kerja kuli aku buat, kerja separa kuli aku buat, kerja mandur aku buat, kerja PR aku buat, menatangpiang tu buat mende. aku akan simpan sendiri apa yg aku eprnah saksikan. aku takkan reveal. cukuplah aku katakan di sini, lesson learnt. klu kau kerja dgn gaji ko ala-ala dan bos ko gaji alibaba, jgn pandai2 tunjuk terror dan amalkan konsep Malaysia boleh, saya boleh. mmg boleh lingkopop jawabnya.


how do i make a move? aku ambil keputusan sendiri, jumpa bos besar, cerita hal sbnr yg aku dah tepu kerja di situ. aku coter (aku tipu) yg aku dapat satu offer dr tmpt lain.. bos besar gabra, sbb sayang katanya (entah ye entah tak, wallahualam) expertise aku dlm field tu akan lenyap mcm tu aje klu aku pindah. pastu, masa dia tgh pikir2 tu aku bagi cadangan kat dia.

"apa kata Dr.XX tukarkan saya ke team XXX since Pn.XXX yg handle team XXX nak carik org back up sblm dia pegi oversea. sbnrnya aku dah kawtim dgn org yg nak sambung PhD kat obesi tu utk take over kerja2 dia and aku willing to learn from a-z since wpun dlm tmpt yg sama, bidang tu mmg sesuatu yg baru buat aku.

aku rasa korang boleh agak la apa lps tu.

menatangpiang tu rs mrh dan korang agakla apa berlaku lps tu.


menjadi manusia yg sangat berterus terang dan tak puashati klu tak ckp, maka aku telah menyekolahkan menatangpiang tu dr a-z. suddenly baru sampai huruf m, dia dah pangkah. aku mls nak ingat balik. pedih. so, start dr hari tu aku mmg lancarkan perang dingin dgn dia. slowly aku kelaur dr team asal aku... sikit2 aku buang.. sampailah smlm, aku rasa dah tiba masanya aku di fully release. alhamdulillah, ok semua. aku rasa lbh senang begini. aku tak tersepit, dia tak mengepit.


so secara rasminya 14/2/2012 slps 12 thn, aku kini BEBAS.


mana2 yg satu opis ngn aku yg boleh jumpa blog aku ni, jgnla hendaknya mengopipes dan bagi benda alah ni pada x-boss aku. klu korang buat, mmg menatangpiang kuasa dua la korang.

smlm mood aku lps pukul 4 tu baik gile... hahahhaha,... puashati aku dpt keluar terus, bebas 100% dr pemerintahan beraja autokratik dia.


semoga aku terus memanfaatkan ilmuMu dengan penuh keikhlasan dan istiqamah dalam melaksanakannya.


nota: tak de la apa pun kan bagi yg tertanya2 status fb saya smlm. ini AJE sebenarnya. tp kegembiraan saya ini, hanya bos baru dan en suami aje yg paham .

Wednesday, October 14, 2009

menang.. muahahahha..

aku pun tatau nak start camana... tp nak jugak share dgn korang pengalaman aku bg talk kat org. aku nih dilahirkan dlm kategori yg lantang bersuara, kaki gaduh dan kaki borak serta kaki mengarut.. mmg aku klu borak, mcm2 citer boleh citer... klu gaduh, mmg tak boleh habis satu dua jam, mesti mkn tahun punye... kalau bawak keta, ramai la org kena maki dgn aku..pernah aku accident dgn satu cina.. perghhh mmg kena carut tak hingat punye la.. siap keluar mencarut bhs jawa dan uganda.. tp itu dunia aku aje... dunia aku dan kawan2 aje.. bile disuruh bg talk berhemah didepan org ramai, aku gugup..gemuruh, segala peluh jantan betina tok sah cerita la... berebut2 mangalir dr segenap sisi tubuh bdn aku.

pertama kali aku 'present' hasil kerja aku di satu hotel kat ipoh.aku pun tak ingat hotel pe..dan talk aku psl herba..yolah.dah koje aku nih lebih kepada plants n herbs, takkan aku nk bagi talk psl accounting lak kan... dan aku masih ingat, thn 2003 masa tu.. percaya atau tidak, aku bermula dgn baik sekali.. takat kata2 aluan je la yg ok.. pastuh aku dah gabra bile org semua makin memberi perhatian dan dewan semakin diam. tu dia.......... suara aku tersekat tak boleh keluar. jenuh aku berdehem berpuluh kali.. mmg aku tak boleh teruskan... tarik nafas dalam-dalam dan aku continue jugak sampai habis. oklah.. sampai sessi soal jawab, hmm,ph.. well aku kan kaki gaduh.. menegakkan benang yg bsh dan kering mmg koje aku.. jawab dengan cemerlang sekali...

lps tuh, aku jadik bidan terjun untuk jadi MC bagi satu majlis penutup seminar kat Legend Hotel kot klu tak silap... wpun aku hanya jd MC penutup yg kebanyakan peserta seminar dah cabut aku ttp gementar. skrip yg disediakan aku baca aje...sampai aku tak taupun itu pantun ke sajak ke atau gurindam... imejin. ...

dan kemudian, ade satu lakonan aku kena berlakon. nasib aku baik sbb aku terpilih menjadi narrator sahaja..bukan pelakon. ade beberapap kemungkinan la kenapa aku dipilih menjadi narrator...maybe sbb aku punye suara sedap dan fluent... atau sbb aku mmg gemuk dan tak layak jadi pelakon. pilih.

dan yg paling mencabar... aku menyertai satu pertndingan di tempat kerja aku. (dirahsiakan, utk keselamatan org lain).. mula2 aku ingat hasil kerja hanya akan dipaparkan di dalam bentuk poster dan sessi soal jawab di meja2 mcm tahun dulu2. rupanya kali ini diorang buat perubahan. persembahan dibuat secara live, - talk - in front of org ramai.. humang aih... kenapa lepas aku hantar borang baru nk bgtau smeua nih. nak tarik balik dah tak boleh sbb dah accepted.
dan, yg mmg jenis aku tk suke amik tau perkara remeh temeh ni, buatkan aku lebih gabra bile aku perasan, hanya tinggal 2 hari utk aku prepare slide pembentangan. Oh tidak!!

1 OKT. hari yg dinanti2 (oleh org lain la... aku mengharapkan hari ini tidak tiba...nak amik mc aje pun ade) pun tiba... oh tuhan.. sebahyang subuh tadi, doa aku lebih pjg dari solat fardhu itu sendiri. lps salam, aku sujud lagi, mohon dikurangkan ketakutan dan perasaan stage fright aku ni...sampai dlm dewan.. jantung aku dah rasa nak jatuh bila aku tgk rostrm diletakkan di atas pentas... ya rabbi..ape lak atas pentas rostrum ni buat.... letak la kat bwh mcm ceramah ustaz2 sebelum ni... aduyai....
makan? tak lalu dah...
tangan? toreh pun dah tak kelura darah punye
muka?dah tak yah pakai foundation, mmg dah putih.

peserta 1, 2 dan 3 dari ketgori pengurusan selesai membuat persembahan dan plg mantop... diorang siap buat lakonan!!! aduyaiiiii... sednagkan aku one man show..aku salah competition ke nih...betul ke hari ni 1 oktober nih...dlm pd tuh sempat lagi aku komen (yg kebanyakanna tidak membina, antaranya:
"ek elleh... kata-kata aluan..mcm nak bg pidato"
"tu dia... baju sesondon tuh.... tudung semua sama"
"aiks...siap sorang citer satu bab?... masa dah habis la woi..tolak markah kang baru tau"
"la... tak menjawab soklan juri langsung... "
cam tu lah lebey kurang. aku standarla..pegulas sukan hasbullahawang tu pun belajar dr aku mengulas... hahahha...

then masuk kategori teknikal..
peserta pertama... done.. second .. done (tudia... bawak satu rombongan tuh)..ketiga.. aku daaaaaaaa....

"dengan tajuk Rapid & Reliable Antioxidant-Free Radical Testing, dipersilakan Puan............." aku tak dengar apa dah... jln ke rostrum dengan penuh gementar aku pura2 ketuk2 mic. betul2kan tudung dan bukak kasut... aku pun tak tau motif apa aku bukak kasut, tp aku selesa...

"ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA untuk semua yg hadir" pastuh aku dgr org bersorak. aku tau suku dewan tuh kawan2 satu opis aku yg dtg nak dengar kegemuruhan dan kenervousan aku tuh... dan 5-6 org yg dtg mmg bg support kat aku..sib baik diorang tak bwk sepanduk "VOTE FOR ANA!!" muahahha
dewan mmg penuh.. 4 org juri, 2 daripadanya org luar. satu dr kementerian dan satu dr MPC.
aku pun bermula.. alhamdulillah... ok.. tp mata aku tiba2 terpandang ketua juri.. mata dia semakin sepet dan dahi dia makin berkerut.. dlm hati aku ckp "kompom tak paham mamat nih"... dan aku mula gemnetar...gementar tahap gaban.. gaban pun tak mcm aku.
dah mula dah suara aku ni tak mo keluar.. dia mula dahhhhhh...
tiba2 terkeluar dialog yg aku pun tatau mcmana aku boleh keluarkan..iskkk
"saya mohon maaf kalau saya terhenti dan tergagap di sana sini, sbb sepanjang 9 thn saya berkerja di sini, ini adalah kali pertama saya membuat pembentangan di hadapan begitu ramai manusia" ha, amik kao....
pastuh, aku continue aku citer psl kos, psl statistik, psl revenue generated dari kaedah yg aku develop ni..sampaila kepada benefit kenapa aku bangunkan method baru ni....mmg menggeletar... aku harap diorang paham la aku ckp apa...

dan, mcm biasa...bile sampai sessi soal jawab..aku dah mula bangun dengan semangat patriot aku nih... mmg kaki gaduh kan.. aku berlawan dgn juri.. aku turn je pentas, kawan2 ckp " SAH!! ko mmg kaki gaduh, sessi soal ajwab, langsung tak menggeletar, laju je ko jawab"..hahahhahahaha...
betul kot...aku nih mmg kaki gaduh..sbb aku jawab kat juri tuh mmg mcm nak gaduh... .
mase aku duduk kat tempat akus emula,,,kawan2 seangkatan (yg sama jawatan dgn aku) pakat mengucap tahniah kerana sesungguhnya diorang bgtau.."that's what we called innovative idea!!, cuma cara penyampaian kena tunjukkan kat juri bahawa perbezaan method tu kena bagi dia nampak.. bla bla bla bla..."
ade juga yg ckp " banyak la markah kamu kena tolak sbb kamu one man show"lantak la.. janji dah lepas... ade yg ucap tahniah, ade yg bg thumbs uo..ade yg tak de perasaan pun...mungkin diorang tak paham apa yg aku sampaikan,..tak pe..background masing2 berbeza...
then next presentation, mmg gempak.. tp personally aku rasa ia adalah inovasi yg bersifat sementara.. cuma penyampaian dia menarik dan menarik... mmg menarik. juri suka. lagi gelap mase depan aku. heheh..takpe..exposure konon nya aku punye objektif masuk competition ni..

result?? diorang simpan result sampai jumaat 16 okt which is another 2 days. dan aku dah dpt surat dr pihak pengurusan. Tahniah, anda adalah pemenang pertandingan kreativiti dan inovasi kumpulan kategori teknikal. sila hadir ke majlis anugerah dan hari ulangtahun *&^% dan duduk di tempat yg disediakan. hati?..berbunga-bunga. tp tak tau aku dpt tempat ke berapa... sagu hati ke, 2nd ke, 3rd ke..1st ke..
setelah ku korek2 dan ku selidik2 dengan mengugut beberapa org ahli j/kuasa majlis.. aku mendapat tahu.. aku JOHAN.. mwahahahah... gelak syaiton.

.:tambahan: kalau kite tgh gabra, ade je benda yg sangkut. that's what happened to me, atas pentas tadi. boleh pulak piala aku org tanak bagik..hampeh... mcm kerang busuk la aku atas pentas ..jenuh menten cute dengan perut yg makin membesar ni.. terkial2 aku emnunggu piala aku yg orgtanak bagik tuh. hampeh...
tp tak pe, aku pasrah... dr situ... dpt gak aku slm dengan bini tan sri salleh..dia siap recognize aku... sbb jadik org paling lama atas pentas selain husband dia yg kena bagi sepatah dua kata... hohoho... :.
the end