Showing posts with label resepi klu berani. Show all posts
Showing posts with label resepi klu berani. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

ENTRY KETIGA HARI INI

ok sejak saya uplod gmbr bubur tepung beras kacau utk introductory to solid food for my najla kat fesbuk tu, ramai pulak yg tanya mcamana buatnya.




ini, dah nak habis mkn baru igt nak amik gambau







saya dulu2, umur 13 thn baru dpt adik. so, selalu tgk apa mak masak nak bagi adik saya makan. arwah mak cakap, kalau budak baru nak kenalkan makanan pejal akak2 saya dulu semua start dgn ini. iaitu kacau tepung beras ni la..



so, turun temurunnya semua anak2 kakak saya (anak buah saya) semua mkn menda ni la sblm mkn menda lain. anak2 saya dari yg sulung, itu jugak la makanannya sampai la boleh mkn blended rice poridge.




saya cuba elakkan bagi makan processed food, canned food etc.




ini cara buat tepung beras kacau ni...




2 sdb tepung beras paras rata je


1 1/2 mug air
7 biji kismis/ 1 biji kurma



kacau guna handwhisk atas api yg kecil. masak sampai likat dan tepung tukar kaler jernih. petua arwah mak klu dia bunyi plop plop plop tu dan kaler dah jernih dr awal, masak la tu. api jgn besar.
masa arwah mak ajar dulu dia bubuh gula sikit guna hujung camca kecik. tp saya tak boh gula, mmg saya guna kismis. tak de manis la rasa dia, lagipun babies bukannya kenal rasa lagik. pastu nnt bile baby makin besar, pekatkan la bubur ni. eg. 2 sdb tepung beras : 1 mug air dan bile dah tgk dia cepat lapar pekatkan lagi 2 sdb tepung beras : 3/4 mug air.
then baru intro dgn fruit n vege puree..
najla start makan bubur tepung beras ni 2 hari yg lps at the age of 5 mths, 1 wk. so far acceptance dia towards bubur ni seems ok. tadi first day bawak bekal ini ke nursery. bermula dari adilia, mmg dia tak mkn nestum.... saja nak try dan kebetulan rajin masa tu.
nnt saya share pulak resepi bubur nasik utk babies dr arwah abah saya. stay tune


notakaki : wah!! aku guna "saya" la dlm entri ni. ototmatik. hihihi.. ototmatik tuuuu...

Tuesday, October 25, 2011

masak. Leek Goreng Belachan, Super Hot


Dlm cuti pantang baru ni, kerja aku mcm biasa. tgk tv. tgk tv tgk tv.
laki aku cakap, klu compile la resepi tu, mmg kompom awak dah bulih bukak kedai.
aku ckp ape brg salin2 resepi, org main ingat je la.tak main la tulis2.
hihi. cakap kena besar. klu tak, tak padan la ngn saiz aku.

so segala cerita masakan - masterchef ntah brp punye season , Top Chef, Junior Masterchef, Desanko cooking (org korea yg masak, aku rasa sup dia mesti rasa stoking), cef skuter, cef wan zaman muda, salih yaacob ngn aza sari rasa, nyonya pakai kebaya masak cakap pintal2 lidah ckp melaka, tu cef yg boops dia boleh thn besau padahal bdn dia kecik je, cef filipine yg botak tu dengan pengacara pompuan yg seksi, ho-chak, rncngn carik mkn singapore yg naik vespa tu...pendekata semua ada sudu garpu, minyak masak semua aku mesti tengok la...

masa tu mastercef mesia belum start lagi. aku dah amsuk ekrja baru mastercef mesia start.
by the way, mukaddimah ni bapak panjang. aku nak cerita, aku terinspire dgn cara diorang masak. bubuh tu bubuh ni, berani la... kdg2 akus endiri imejin rasa dia mesti tak sedap ntah pape combination foods diorang. tapi personally, aku nak suruh adilia jadik chef. TOP CHEF, who owned her own restaurant yg boleh kekal lama, bukan rest beroperasi 2-3 tahun atau hangat2 tahik ayam moneei. kenapa adilia? entah, aku rasa adilia berbakat kot masak2 ni. hahahhaha.... pepandai je aku pun.

pastu diorg ni masak nama masakan giler baboon gempak. tu yg nama sayur aku masak tu jadik mcm tu. ni klu arwah mak ada ni, mau dia kate aku ngengada boh nama sayur cenggitu. ahaks.

ok, dah..ni resepi.
LEEK GORENG BELACHAN, SUPER HOT BERSAMA UDANG HIDUP JANGAN MASAK LAMA2.


3 btg leek - potong serong. belah dua dulu. rendam, basuh dan tos.

3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah .
7-8 biji cabai burung.
1/2 inci belacan bakar.
10 ekor udang hidup.
5 tangkai cili kering super hot yg tersalah beli kat giant.

tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api bersama belacan. klu masak sayur aku tak suke tumbuk halus.. tumbuk kasor2 je.
satu lagi aku mmg suke bawang byk, bau wangi jeeeee
cili kering tadi,, potong besar 2-3 bahagian.

okeh. panaskan minyak (lps ni aku tak cerita la panaskan minyak dah dlm next recipe. pepandai la korang)
masukkan bahan tumbuk dan cili kering tu. tumis smpai satu rumah bersin2.
sampai laki ko lari bukak pintu dapur nak bagik bau tu tak terkuap dlm rumah.
hahahahha. aku malas nak bukak pintu dapur,. nnt jiran aku bau, dan nampak aku msk apa, WAJIB bagi... klu dia dah terbau dan teringin. berdosa tak bagik. heheh.
selingan.

pastu masukkan udang hidup, mase ni kena get ready sayur leek tadi dah tos...
jaga2 cik salmah, aku klu buat udang jadik main ingredients esp dlm sayur, tak suke overcooked udang ni, hilang manis,...daging keras.. tak besh.
dlm 1 minit pas masuk udang, terus masuk leek ni...
biar leek ni layu kat minyak dulu klu korang nk tambah air.
tu rahsia klu nak sayur tu nampak segar.
tak caya, klu lepas masuk sayur, dia lom layu kat minyak, ko dah boh air... ko tgk la nnt, sayur ke mesti LODHOR (ckp jawa), atau lebam (ckp melayu).. tak lawo.

boh leek tu, kacau laju2 api besau... then kecikkan api -sederhana besau, menten la..mase ni klu nak boh air boh la 3-4 sdb... sayur ni tak sedap basah, nnt leek tu berlendiaq.

boh garam sikit je sbb selalu nya belacan dah masin. rasa la ikut tekak memasing.
siap.
boleh hidang dan tutup pintu dapur yg laki ko bukak tadik.
ahaks.

Wednesday, March 30, 2011

sambal goreng jawa

makcik yg pakai glasses tu, kata laki aku, mmg dia tak sabo nak ngambik sambal goreng tu. hahahhaha...laki aku yg snap ga,bar ni. aku mane leh tunjuk muka kat situ, buatnya tak sedap, org point kat aku, mau setahun aku nanges.


hari ni aku nak mcm2 pulak.
mcm nak share resepi.
mcm nak cerita benda yg buat aku geram dan menyampah.
tp agak2 dr aku menegatifkan diri aku, baik je la aku positif. buang karan ok nak menyampah2 kat orang. cuma org yg buat aku menyampah tu, tolong2 la sedor, jgn la berperangei mcm budak2 lagik dah. cemuih teman, budak kecik pun boleh mikio, takkan awak tak leh pikio.

ok, kes sambal goreng jawa ni terjadi bile MIL aku ckp nak masak lauk tambahan masa kenduri kawen adik laki aku. kire org terakhir kawen la dlm family laki aku wpun dia bukan nan bongsu ado eh. terpcaul laju dr mulut aku "buat sambal goreng nak, meh ana buat.." so, dah setuju. tibe lah masa mlm kenduri, MIL aku sure risau sbb aku tak balik2 Ulu Yam lagik. di Sri Gombak lagi... "ko jgn tak jadik pulak kak ngah buat sambal goreng ni, bhn2 semua dah beli.. kentang dah potong...tempe dah goreng" aku jawab "rilek la mak, karang pukul 1, 2 pagi, org buat le. rilek je...tau le ana.." ye le, aku ni koje tak mcm orang. payah klu org tak paham. peh tu, tunggu si sulung balik skolah, since dia ade exam hari tu, mmg le takboleh cuti. laki aku sorang2 je balik U.Yam terchenta tu, menyetelkan ape yg patut. pastu ptgnya dia balik S.gombak nak pick up aku dan anak2 nan tiga ketul.

heh. ape cerita ni. aku nak share resepi sambal goreng. pehey aku citer mende2 remeh temeh ni. straigh tu the point.

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA STYLE OMAK DEN.

suhun - jgn dibasuh atau direndam. goreng mase kejung2 tu.
pucuk - pun sama.
tempe hiris nipis ke tebal ke ikut suke kome, goreng. tok sah negngada boh garam bagai
kentang, potong ikut uske kome, nak tebal ke nipis...buang le kulit, potong cantik2..
kacang panjang (optional)
hati dan pedal ayam hiris nipis dan goreng pun optional. mana2 yg concern tak mkn organ dalaman tok sah la boh. aku boh klu buat mkn family binsahdan. klu family selain binsahdan aku tak wat. lidah org lain mana sama lidah anak2 binsahdan.
tauhu-optional.
cili kering potong haluih2, nipih2 serong2, rendam dlm ayor paneh kejap.

bhn kisar
bawang merah,bwg putih tok sah byk, kang maung baunya.
cili kering, serai halia lengkuas. lengkuas jgn byk. sangap mkn pijor rasanya klu byk.
ikan bilis ATAU udang kering. aku kisar sekali harung je dengan buah keras sekali.

santan pekat (kepala santan) ATAU buah keras. pilih.

kicap pekat maneh.

METHOD:
tumis bhn kisar sampai naik bau. sampai pecah minyak. sampai kompom masak. boh kicap manis, garam, gula.. dah pecah minyak.. boh le santan pekat tu tadik, jgn berenti kacau. ingat klu dah boh buah keras, usah ngengada boh santan. cholesterol okeh. kacau, kacau...

then boh la pucuk, santan kentang tempe semua tu termasuk cili kering yg dipotong nipis tu.. rasa la lebey kurang. siap.
benda ni mkn ngn nasik panas, nasik impit, nasi karpet kompom terangkat. kome tau ke nasi karpet tuh ape?
biasenya aku klu buat ni, aku alliquot. so, tak de la semua berkecah. benda ni, tahan lama klu betul kena gaya masak. ok, bagi yg bertanya, itu lah resepi sambal goreng jawa style arwah mak aku. beno nya, aku pun tak sempat belajar dgn dia. aku tanya akak aku. mase hari kenduri tu, aku tanya akak "kak, amacam, lulus dak?" dia tak ajwab, sbb dia rasa tercabar. dia ckp "aku nak tapau sikit" pastu akak sorang lagik ckp " LULUS dah ko"

hahahahah, bukan nye susah beno. yg susahnya nak anggar bhn, sbb aku masak dlm portion yg agak byk mlm tu. ketor sebenarnya tp sebab aku kan menantu sulung, kena la tunjuk kewl. ha ha ha.
soklan : korang tau ke nasik karpet tu ape?