Thursday, December 2, 2010

nah. amik kao.

hari ni ade satu perassan kurang enak yg menyelonot menerobos dlm kalbu saya.
mcmana ye. adakah korang rs korang boleh kenal seseorang tu dgn sepenuhnya let say dlm tempoh berapa tahun korang amik masa utk kenal seseorang? soklan ni saya betul2 nak tanya lah.

aku ni jenis org yg mudah percaya, mudah kesian, mudah tertipu, mudah ditipu , mudah lupakan sengketa. klu aku bergaduh dgn org wpun lama tak bertegur, sekali je org tu tegur aku aku akan terus lupa segala kejahatan dan perkara tak baik yg dia pernah buat kat aku. selalu aku bertekad, utk "mampus la ko pas ni aku tak port" tp aku slalu tak berjaya. taktau kenapa. tak pernah aku berdendam sampai lama-lama dgn org. tp aku tak lupa, aku sentiasa beringat. sekali kena mmg nampak bodoh, kalau aku benarkan kena 2 kali, mmg aku bangang. jadi, aku mmg akan beringat.

tp tu lah kata org, sabar kita ade batasnya. org yg kita percaya tak semestinya seperti yg kita sangka. ade org mulut busuk tp hati wangi. ada org mulut wangi, manis tapi hati busuk. lagik malang kalu mulut dah la busuk, hati laaaaaaaaaaaaagi busuk mcm bangkai.

sifat menyampai2 dalam sesebuah perhubungan kawan ke, sedara mara ke, rakan sepejabat ke, hatta adik beradik pun adalah sgt tidak sihat. sebelum menyampai, kena pikirkan apa implikasi yg mungkin akan berlaku slps itu. ada yg menaympai jadik positif bile betul cara dan approachnya. ada implikasi negatif yg berlaku bila sesuatu yg disampaikan itu diibaratkan bagai menyimbah minyak ke atas api.
pucuk pangkalnya, penyampai tu samada bertauliah atau tidak haruslah menggunakan otak untuk berfikir, bukan menggunakan buku lali untuk digest apa yg org ckp.
sekian.

Monday, October 25, 2010

Yatim Piatu

hmph, tak tau la korang sedia maklum atau tidak bahawasanya pada 17 Okt 2010 secara rasminya aku dan 6 lagik adik beradik dah jadi anak Yatim Piatu. Dari hari ke sehari aku nak menulis dan bercerita, tp aku tak rasa kuat dan kebal nak menulis. mcm tak de idea dan mcm taktau mana nak mula, mcm tak de kata2 yg nak tolong keluar dr kepala dan jari aku.
Abah pergi ni, rasanya satu tamparan hebat utk aku. Lebih teruk rasanya pukulan ni dr waktu aku kematian Mak. Mungkin sbb abah pergi sgt mengejut, tanpa signal tanpa apa. Masa Mak dulu, sbb mak mmg sakit dan terlantar, jd pemergian Mak lebih aku relakan sbb tak sanggup tgk dia menderita sakit. Sedihkan, dah tak de Mak, pastu Abah pulak meninggal. Hah!!melancholic. Aku tanak la ajak korang bersedih dgn cerita aku. Jauh sekali menagih simpati orang. Cuma, apa yg terbuku kat hati aku ni selagi aku tak keluarkan aku rasa mcm sesak dada.

Aku ingat aku okay. atau aku pura-pura okay. tp mlm tadik, aku rasa sedih aku berganda2 bila tiba2 aku teringat abah. 10 thn lepas mak pergi, abah la yg aku ada. wpun tak semua benda aku cerita dgn abah, tak semua benda aku kongsikan dgn abah, tp aku rasa syg aku pada abah melebihi segala nya. cuma, silap aku ..aku tak pernah nyatakan pada abah secara terus "Abah, Kak Na syg abah" TAK PERNAH!!
aku mula bukak satu2 kenangan dgn abah, esp saat akhir masa dia kat spital. mase aku berbuka puasa dan bersahur dgn dia 52 hari yg lalu. mase slm tgn dia beraya pada 39 hari yg lalu. aku teringat cara dia mkn, cara dia sembahyang, dia keluar bilik air, dengusan dia, cara dia goreng lempeng, cara dia marah, cara dia main dgn cucu. adoi, semua tu buat aku menangis. Gila, sedih gila.

tak ade signal yg abah tunjukkan mahupun tak de apa2 petunjuk yg terlintas dlm kepala otak aku yg abah akan pergi terus waktu abah kat hosp. Sabtu, 16 Okt, kami adik beradik rush balik ke Jengka bila dpt sms dari abang aku ckp abah sakit. sangat2 sakit. ehm, siap lebih kurang dan mcm jugak aku dpt rasa feeling dia ada sikit lain mcm. aku pack baju extra, in case apa2 jadi boleh aku stay lama kat kampung sbb cuti aku byk lagi. mase aku sampai hosp kak ipau, kak ya, kak ola dan abg ham semua dah ada. bile aku tanya, katanya abah masih dlm emergency ward. diagnosed? still tak de result. mcm ala-ala misteri gitu.
tak lama dlm 40 minit, abah masuk ke wad lelaki so kitorang smeua berderu tunggu abah kat wad. mase tuh abah nampak dah ok, tak nampak mcm org sakit cuma dia nampak penat dan lesu. lapar kot. lps salam abah, aku pegang kaki dia. sejuk. mmg sejuk mcm air batu. hari tu saja, tak silap aku 3 kali ganti tiub IV tu. sbb abah aku ni ganas tak macam org sakit dia punye motion. darah bercampur dgn air kat salur tiub tu. aku sempat pesan abah jgn la ganas2 sgt, penat nurse tuh ganti tiub tu... mase kitorang nak balik, dia kata nak tido. kakak sulung aku tunggu kat hosp. kitorang balik dan masak utk dia. mcm biasa, klu dia tak sihat dia suka makan bubur kosong dgn sambal ikan bilis garing. itu lah yg kitorang buatkan utk dia. oh, dkt board katil abah, dia tulis :UTI dan dehydrated. hosp jengka ni wiken mcm tak de doc n nurses. nurse ade, lepak kat kaunter mcm tulis sesuatu. aku tanya psl e-GL pun jawab ala-ala mcm org tak skolah. sorry.
yg ganti tiub abah aku tu, semua student practical dr kolej mana2 ntah. selain buat orientasi wad kepada sapa yg nak jaga pesakit. "ehm, kerusi malas kat bilik tu, sidai kain kat situ, toilet kat situ, bla bla bla" bile tanya psl patient tak leh jwb.
aku bukan nak menghina mana2 doc atau nurses, tp bagi aku mana2 karier yg membabitkan nyawa dan kesihatan org ni, responsibility korang kena lah lebih. anggapla yg sakit tu mcm ahli keluarga korang. bagi aku klu kita cintakan kerjaya kita, cthnya doc haiwan.. klu binatang tu rasa sakit, kite juga boleh rasa sakitnya. inikan pulak yg dealt dgn nyawa manusia.
aku tak salahkan mana2 pihak, sbb bagi aku ajal tu mmg perjanjian Allah dgn hambaNya. takkan terlebih dan terkurang walau satu saat sekalipun...takkan terdelay wlu dimana kita berada sekalipun.
Entah mcm mana aku nak kata pasal ralatnya aku bila pihak hosp tulis dekat surat kematian COD= acute myocardial infarction. ko tulis la dgn bahasa medikal ko mcmana sekalipun, tp aku cuma nak korang mengaku "ayah puan jatuh kat bilik air" tu je. jgn ckp dan bagi reason yg mcm2. bagi penerangan dgn bhs ko yg org kampung tak boleh faham.
bagi doc n nurses yg berkhidmat kat hosp terpencil dan tak maju, please la.. sama je duty korang di mana-mana. jgn anggap korang treat org kampung, org tak de nama, so korang boleh lebih kurang. jgn ada dabel standard. cuba bapak aku tu ADUN ke kat jengka tu.. mesti sepcial treatment dia. betul?
dari mula aku nak suruh anak aku jadik doc, nampaknya aku kena mintak dia fikirkan profession lain lps ni yg tak emlibatkan nyawa org. klu ko nak jadik doc n nurses kerana minat mmg berbeza klu ko jadik doc n nurses sbb terpaksa dan tiada pilihan. Hoh, emo.

balik kampung kali ni, tak mcm selalu. selalu nya kamera, laptop mmg aku tak eprnah tinggal. taktau kenapa, aku jadik malas nak bawak semua tu. klu aku bawa hari tu.. isk.. kalau.

byk kenangan aku dan abah. abah yg ajar aku mengaji sampai aku rasa nak semput belajar dgn dia. org lain naik quran darjah 4. darjah 6 dah khatam. aku darjah 6 baru naik quran. bukan sebab aku bebal. tp sbb abah aku ajar detail sgt ngaji sekali complete tajwid, makhraj tartilnya. bukan aku aje, abg2 dgn akak2 aku pun sama. rotan mmg tak lepas dr tgn. kena maki mmg dah jadik makanan kami adik beradik klu mengaji dgn dia. sbb tak tahan, darjah 6 aku mintak ngaji dgn org lain.. aku tau dia tak suka dan mungkin dia ekcik hati aku gi ngaji ngn org lain. magic, setahun aku khatam. sbb aku dpt rasa aku akan masuk asrama sama mcm kakak2 dan abg aku. klu dgn dia kompom tingkatan 3 baru khatam. tp tulah, aku mengaku kualitinya tak sama dgn dia yg ajar. adik beradik aku semua masuk asrama (alahmdulillah) bila tingkatan 1. habis spm sambung masuk U, maktab etc. abah mmg berhabis utk kami adik beradik belajar. gadaikan kereta. kerja siang mlm. aku, tau mintak duit aje. isk. sedih lagik.
bile kena marah dgn abah, aku selalu merajuk blkg pintu. jadik anak bongsu selama 12 thn, mmg aku antara yg termanja. periksa la nombor berapa pun, abah tak pernah marah. cuba akak dgn abg aku. jatuh no 3 mmg kena la. dulu, aku selalu dpt upah dr abg dan kakak aku bile time sain report kad. diorang takut kena marah, jadik diorang upah aku hntr report kad kat abah. ah, semua nya kenangan.
mase mak meninggal abah yg pesan byk2 kali, jgn menangis. aku tgk abah mmg tak menangis sampai timbul rasa geram kat abah seolah2 abah tak syg mak. tp betul la, menangis bukan bermakna dan tanda kasih syg kita pada si mati. bila abah kahwin lain 2 thn selapas mak meninggal sekali lagi aku protes dlm hati abah tak syg mak. tp aku tak cuba pikir keperluan dia bila adik bongsu aku time tuh dlm darjah 6 yg akan masuk tingkatan1 dan kompom duduk asrama dan abah tinggal sorang. itu perkara standard bile dpt mak baru. aku tak mahu sentuh psl mak baru. biarlah..

psl kronologi kematian abah, aku mls nak cerita. korang boleh baca kat blog anak yatim piatu ni. tabahkah aku?tabahkah abg dan kakak2 aku, adik aku menghadapai satu lagi kematian dlm hidup kami. aku tak tabah sbb air mata aku tumpah byk.. dlm hati lagik sedih. alhamdulillah urusan pengkebumian abah mmg dipermudahkan. raut wajah abah sangat tenang dan tak jemu utk dipandang. semoga abah dikumpulkan dikalangan habibullah dan para solihin.

utk org kampung(klu terbaca dan membaca), andai kata arwah abah saya ada melakukan kesilapan, mengecikkan hati sepanjang hidup dia terutama semasa dia jadi ketua kampung, saya bagi pihak arwah memohon berbyk2 maaf.. andai kata dia berhutang (saya tahu dia tak suka berhutang dan tak pernah berhutang, sbb kantin felda pun dia byr cash) mintak diberitahu kepada kami waris nya.
utk kawan2 sekalian, terima kasih atas doa kalian. berada ditempat org yg kehilangan akan merasa betapa pentingnya ucapan takziah dan alfatihah korang..
utk kawan2 terapat, (korang tahu siapa korang) aku hargai sms, call, email, etc.
utk yg masih hidup dan masih punya mak dan ayah, ungkap dan ucapkan lah sebelum terlewat. buatlah bakti sebelum menyesal.
utk kak ipau, kak lili, abg ham, kak ya, kak ola dan adik.. aku syg korang. dah tak de harta lain dlm dunia ni selain korang, dan semoga hubungan adik beradik kta tidak putus wpun kita dah jadik anak yatim piatu.

rohana sahdan
25okt2010.

utk arwah mak Bonda Rusmi binti Othman (8 Disember 1947-19 November 2000) dan arwah Ayahanda Sahdan bin Amri (3 November 1944-17 Oktober 2010) terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku, mohon halalkan titis susu mak, mohon halalkan segalanya, maafkan salah silap Kak Na pd mak dan abah. Al Fatihah.

Al-Fatihah.

Friday, February 5, 2010

tatau

tatau nak teruskan blog ni.atau nak stop
masuk hari ni, dah 18kali aku log in dan tekan button new post.
tp terus bawak mouse ke bhgn plg kanan dan klik x.
hmmph. is it a sign to stop blogging?

too many thing to share, too many thing to tellyet you dont have idea where to start.
sounds weird for me.
ho ho ho...

Monday, January 4, 2010

lya dan laily

hari ni hari pertama lya ke skolah baru.
hari ni, hari pertama laily ke nursery tak berteman.
hari ni, hari pertama di thn 2010 aku punye digitime kompom kaler merah.
sbb..
1. ayah dia lupa masukkan beg skolah lya dlm keta. yg ade beg nursery aje. aku kena patah balik.ade hikmahnya tuh.
2.lori sampah accident di lane kedua MRR2 aku nak ke opis. jammed.
3. laily tamplom buat hal tanak skool (nursery) today..

oh...mlm tadi sblm tido..layan laily jap. ajar dia alif ba ta..
sampai huruf lam alif dia sebut - lamalash...
hamzah - adam...
ya-ya..
wassalamu -salamlekom.

laily laily... pastuh dia nyanyi lagu air psg dalam..surut pukul tiga..
bla bla bla..smapai one part "itik tebelo ayam mangang"
heh
ntah mane dia dpt ajaran sesat nih. kompius aku.

smlm buat jualan tudunga riapan di rumah.
alhamdulillah.
jualan memberansangkan dan mendpt sambutan.
akan buat satu lagik jualan before deliver april ni.
terima kasih yg sudi dtg rumah kecik aku tuh.

since ramai yg dtg dan mintak aku online kan business tudung ni, lps nih aku update kat blog ni la kot.
tp, aku mls betul nak pos2 ni.
aku benci gi pos opis.
so, ape aku blh buat...
korang cop/tweet/book kat gambar yg aku upload.
then dtg amik.
klu nak suruh aku pos jugak aku bleh pos
tp krg kalau muka dia tak muat, mcmana aku nak alter.
sbb tuh aku prefer klu korang try depan aku, dan aku jahit on the spot.
bukan aku jahit.partner aku jahit.
hehehe.

mana dapat org jual tudung, harga murah pastuh bleh lagik ko nak alter dgn FOC.
ade??? tak de kan....
aku la orangnya..
mane ade org jual tudung, sambil mkn-mkn kek yg fresh kuar dr oven , ade bihun, tea-o, puding jagung yg sedaps sehingga menjilat loyang.. ade?? tak de kan..
aku la orangnya..yg buat semua tuh.

dpt mkn free, dpt hadiah kecik, dpt tudung murah, ade servis baikpulih.
ha...
ape tunggu lagik..
call aku, aku dtg tmpt korang utk kirai tudung aku. ARIAPAN.

eh bukan tadik kite cerita psl anak ke?? ehmm bolehlah....

Monday, December 21, 2009

bengang

lama dah tak hapdet eh.
bz
mls
all in one

papepun today rasa mcm tak besh je
tanak ckp byk.. satu je nak ckp..

dunia ni luas, jgnlah kamu menyekat rezeki org lain, sbb Allah itu Maha Adil...
what u give u'll get back my dear... kan??kan???kan???

okie dokie.. semoga Allah memberkati usaha ku..amin..

Thursday, November 19, 2009

sembilanbelassebelasduakosongkosongkosong

genap 9 thn mak pergi meninggalkan kami. al-fatihah untuk mak, Allahyarhamah Rusmi Othman. semoga mak ditempatkan di kalangan Habibullah.. amin, ya Rabbal alamin..

Friday, November 6, 2009

biz.. cash flow.. time..

oh..usah terpedaya.
tajuk sahaja dlm bhs omputeh.
selebihnya bhs aku la..
aku tak reti ckp omputeh bertabur2 ni.
grammar lintang pukang.
akak aku slalu ckp, ko ckp english bunyi jawa.
no hal.

aku sedikit (byk beno nya) bz skang nih.
kdg2 rasa mcm menjerat diri sendiri pun ada.
org biz, aku pun nak berbisnis.
oh,.. andai korang belum tahu.. aku bisnis tudung.
tudung ariapan. mcm2 brand ada...
ariacak...ariana.. mcm2 nama kawan2 aku bagi.
bg yg minta online kan biz nih, aku minta maaf.
aku lebih suka korang cuba dulu, klu elesa dan kena dgn muka, baru amik
so, skang aku menega tudung..

pastuh, hujung minggu, aku dpt tempahan buat cupcakes dan brownies
sudah 2 hari aku tido jam 1 pagi.
smlm aku bangun jam 4 pagi, lps tunggu cupcake sejuk.
deco.
alhamdulillah... berbaloi, tp letih.
dengan keadaan aku berbadan dua (yucccks..geli aku perkataan nih)..
dengan keadaan aku sedang preggy 4 mths lebih kurang nih,..
mujur perut aku masih belum besar.
by january aku stop amik tempahan cupcakes.brownies ok lagik.
yg letih bile nak basuh utensils.
laki aku ckp jgn mengeluh, awak yg offer..
oklah... aku diam.. tp mintak dia tolong la..
mop lantai, lap meja.. jaga anak, tidokan anak..
heh..

mase?? mcm biasa..bisnesswoman kompom la bz.
tp aku suke, sbb home based biz nih idak le menjarakkan aku dgn anak2 dan laki aku.
bile nganto cupcake/brownies... pergi sama.
balik dr nganto kek, mkn sama2...
pergi hantar tudung, laki aku drive.
aku mane reti jln sana/i.
tak survive aku hatta gi KL.
amik stok tudung sama-sama.
normally weekend sambil amik/jual stok, kami jln2 cari makan.
dah jauh kami jln.
tenpat yg kami tatau, sama2 carik wpun tanpa GPS. hebat.
bukankah itu merapatkan hubungan suami isteri..kan?

ok.tamat, apa yg aku nk highlight kat sini...
sejak berbisness... aku dah lupe mcmana masak kari, singgang ikan, lomak cili api, goreng ikan, rebus maggi, goreng bihun, buat cekodok bilis....
anak aku pun makin hebat memilih mknn dr breakfast sampai supper.
breakfast roti ngn telur separuh masak. teh tarik.
tghari mkn mekdi, kfc, pizza, burger king.
mlm nasi ayam ciken rais shop, mee goreng mamak.. sup pantai murni tomyam. laici .teh o ais.
supper... roti tisu 1 ane... nan cis wof tandoori. teh sarbat. eh teh tarik.

oh, gagalnya aku.. memberikan air tgn aku pd anak2 dan suamiku.. klu dulu hari2 inilah yg aku tak pernah failed.
tak boleh jadik!

Tuesday, October 27, 2009

ntahapahape

aku dlm fasa 'hati tidak tenang, gundah gulana' yg puncanya pun aku tahu kenapa.
ujian atau dugaanNya buat akukah?atau ada musibah yg bakal berlaku (nauzibillah)?

Wednesday, October 14, 2009

menang.. muahahahha..

aku pun tatau nak start camana... tp nak jugak share dgn korang pengalaman aku bg talk kat org. aku nih dilahirkan dlm kategori yg lantang bersuara, kaki gaduh dan kaki borak serta kaki mengarut.. mmg aku klu borak, mcm2 citer boleh citer... klu gaduh, mmg tak boleh habis satu dua jam, mesti mkn tahun punye... kalau bawak keta, ramai la org kena maki dgn aku..pernah aku accident dgn satu cina.. perghhh mmg kena carut tak hingat punye la.. siap keluar mencarut bhs jawa dan uganda.. tp itu dunia aku aje... dunia aku dan kawan2 aje.. bile disuruh bg talk berhemah didepan org ramai, aku gugup..gemuruh, segala peluh jantan betina tok sah cerita la... berebut2 mangalir dr segenap sisi tubuh bdn aku.

pertama kali aku 'present' hasil kerja aku di satu hotel kat ipoh.aku pun tak ingat hotel pe..dan talk aku psl herba..yolah.dah koje aku nih lebih kepada plants n herbs, takkan aku nk bagi talk psl accounting lak kan... dan aku masih ingat, thn 2003 masa tu.. percaya atau tidak, aku bermula dgn baik sekali.. takat kata2 aluan je la yg ok.. pastuh aku dah gabra bile org semua makin memberi perhatian dan dewan semakin diam. tu dia.......... suara aku tersekat tak boleh keluar. jenuh aku berdehem berpuluh kali.. mmg aku tak boleh teruskan... tarik nafas dalam-dalam dan aku continue jugak sampai habis. oklah.. sampai sessi soal jawab, hmm,ph.. well aku kan kaki gaduh.. menegakkan benang yg bsh dan kering mmg koje aku.. jawab dengan cemerlang sekali...

lps tuh, aku jadik bidan terjun untuk jadi MC bagi satu majlis penutup seminar kat Legend Hotel kot klu tak silap... wpun aku hanya jd MC penutup yg kebanyakan peserta seminar dah cabut aku ttp gementar. skrip yg disediakan aku baca aje...sampai aku tak taupun itu pantun ke sajak ke atau gurindam... imejin. ...

dan kemudian, ade satu lakonan aku kena berlakon. nasib aku baik sbb aku terpilih menjadi narrator sahaja..bukan pelakon. ade beberapap kemungkinan la kenapa aku dipilih menjadi narrator...maybe sbb aku punye suara sedap dan fluent... atau sbb aku mmg gemuk dan tak layak jadi pelakon. pilih.

dan yg paling mencabar... aku menyertai satu pertndingan di tempat kerja aku. (dirahsiakan, utk keselamatan org lain).. mula2 aku ingat hasil kerja hanya akan dipaparkan di dalam bentuk poster dan sessi soal jawab di meja2 mcm tahun dulu2. rupanya kali ini diorang buat perubahan. persembahan dibuat secara live, - talk - in front of org ramai.. humang aih... kenapa lepas aku hantar borang baru nk bgtau smeua nih. nak tarik balik dah tak boleh sbb dah accepted.
dan, yg mmg jenis aku tk suke amik tau perkara remeh temeh ni, buatkan aku lebih gabra bile aku perasan, hanya tinggal 2 hari utk aku prepare slide pembentangan. Oh tidak!!

1 OKT. hari yg dinanti2 (oleh org lain la... aku mengharapkan hari ini tidak tiba...nak amik mc aje pun ade) pun tiba... oh tuhan.. sebahyang subuh tadi, doa aku lebih pjg dari solat fardhu itu sendiri. lps salam, aku sujud lagi, mohon dikurangkan ketakutan dan perasaan stage fright aku ni...sampai dlm dewan.. jantung aku dah rasa nak jatuh bila aku tgk rostrm diletakkan di atas pentas... ya rabbi..ape lak atas pentas rostrum ni buat.... letak la kat bwh mcm ceramah ustaz2 sebelum ni... aduyai....
makan? tak lalu dah...
tangan? toreh pun dah tak kelura darah punye
muka?dah tak yah pakai foundation, mmg dah putih.

peserta 1, 2 dan 3 dari ketgori pengurusan selesai membuat persembahan dan plg mantop... diorang siap buat lakonan!!! aduyaiiiii... sednagkan aku one man show..aku salah competition ke nih...betul ke hari ni 1 oktober nih...dlm pd tuh sempat lagi aku komen (yg kebanyakanna tidak membina, antaranya:
"ek elleh... kata-kata aluan..mcm nak bg pidato"
"tu dia... baju sesondon tuh.... tudung semua sama"
"aiks...siap sorang citer satu bab?... masa dah habis la woi..tolak markah kang baru tau"
"la... tak menjawab soklan juri langsung... "
cam tu lah lebey kurang. aku standarla..pegulas sukan hasbullahawang tu pun belajar dr aku mengulas... hahahha...

then masuk kategori teknikal..
peserta pertama... done.. second .. done (tudia... bawak satu rombongan tuh)..ketiga.. aku daaaaaaaa....

"dengan tajuk Rapid & Reliable Antioxidant-Free Radical Testing, dipersilakan Puan............." aku tak dengar apa dah... jln ke rostrum dengan penuh gementar aku pura2 ketuk2 mic. betul2kan tudung dan bukak kasut... aku pun tak tau motif apa aku bukak kasut, tp aku selesa...

"ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA untuk semua yg hadir" pastuh aku dgr org bersorak. aku tau suku dewan tuh kawan2 satu opis aku yg dtg nak dengar kegemuruhan dan kenervousan aku tuh... dan 5-6 org yg dtg mmg bg support kat aku..sib baik diorang tak bwk sepanduk "VOTE FOR ANA!!" muahahha
dewan mmg penuh.. 4 org juri, 2 daripadanya org luar. satu dr kementerian dan satu dr MPC.
aku pun bermula.. alhamdulillah... ok.. tp mata aku tiba2 terpandang ketua juri.. mata dia semakin sepet dan dahi dia makin berkerut.. dlm hati aku ckp "kompom tak paham mamat nih"... dan aku mula gemnetar...gementar tahap gaban.. gaban pun tak mcm aku.
dah mula dah suara aku ni tak mo keluar.. dia mula dahhhhhh...
tiba2 terkeluar dialog yg aku pun tatau mcmana aku boleh keluarkan..iskkk
"saya mohon maaf kalau saya terhenti dan tergagap di sana sini, sbb sepanjang 9 thn saya berkerja di sini, ini adalah kali pertama saya membuat pembentangan di hadapan begitu ramai manusia" ha, amik kao....
pastuh, aku continue aku citer psl kos, psl statistik, psl revenue generated dari kaedah yg aku develop ni..sampaila kepada benefit kenapa aku bangunkan method baru ni....mmg menggeletar... aku harap diorang paham la aku ckp apa...

dan, mcm biasa...bile sampai sessi soal jawab..aku dah mula bangun dengan semangat patriot aku nih... mmg kaki gaduh kan.. aku berlawan dgn juri.. aku turn je pentas, kawan2 ckp " SAH!! ko mmg kaki gaduh, sessi soal ajwab, langsung tak menggeletar, laju je ko jawab"..hahahhahahaha...
betul kot...aku nih mmg kaki gaduh..sbb aku jawab kat juri tuh mmg mcm nak gaduh... .
mase aku duduk kat tempat akus emula,,,kawan2 seangkatan (yg sama jawatan dgn aku) pakat mengucap tahniah kerana sesungguhnya diorang bgtau.."that's what we called innovative idea!!, cuma cara penyampaian kena tunjukkan kat juri bahawa perbezaan method tu kena bagi dia nampak.. bla bla bla bla..."
ade juga yg ckp " banyak la markah kamu kena tolak sbb kamu one man show"lantak la.. janji dah lepas... ade yg ucap tahniah, ade yg bg thumbs uo..ade yg tak de perasaan pun...mungkin diorang tak paham apa yg aku sampaikan,..tak pe..background masing2 berbeza...
then next presentation, mmg gempak.. tp personally aku rasa ia adalah inovasi yg bersifat sementara.. cuma penyampaian dia menarik dan menarik... mmg menarik. juri suka. lagi gelap mase depan aku. heheh..takpe..exposure konon nya aku punye objektif masuk competition ni..

result?? diorang simpan result sampai jumaat 16 okt which is another 2 days. dan aku dah dpt surat dr pihak pengurusan. Tahniah, anda adalah pemenang pertandingan kreativiti dan inovasi kumpulan kategori teknikal. sila hadir ke majlis anugerah dan hari ulangtahun *&^% dan duduk di tempat yg disediakan. hati?..berbunga-bunga. tp tak tau aku dpt tempat ke berapa... sagu hati ke, 2nd ke, 3rd ke..1st ke..
setelah ku korek2 dan ku selidik2 dengan mengugut beberapa org ahli j/kuasa majlis.. aku mendapat tahu.. aku JOHAN.. mwahahahah... gelak syaiton.

.:tambahan: kalau kite tgh gabra, ade je benda yg sangkut. that's what happened to me, atas pentas tadi. boleh pulak piala aku org tanak bagik..hampeh... mcm kerang busuk la aku atas pentas ..jenuh menten cute dengan perut yg makin membesar ni.. terkial2 aku emnunggu piala aku yg orgtanak bagik tuh. hampeh...
tp tak pe, aku pasrah... dr situ... dpt gak aku slm dengan bini tan sri salleh..dia siap recognize aku... sbb jadik org paling lama atas pentas selain husband dia yg kena bagi sepatah dua kata... hohoho... :.
the end