Wednesday, February 22, 2012

relieve n release

benda2 yg berlaku di keliling kita ni, adalah untuk kita belajar. samada menjadi lebih baik, lebih teruk atau kekal di situ.

benda2 yg berlaku pada kita, juga akan buat kita lebih hati-hati. baik dlm kehidupan rumahtangga, pekerjaan, persahabatan dan dlm apa jua yg mampu memberi impak kepada life kita.

kadang2, kita perlu lepaskan jauh2 sesuatu yg kita ada demi menjaga hati dan perasaan org lain.

kadang2, kite perlu genggam erat apa yg kita ada untuk kepentingan diri sendiri juga.


kadang2, org tak sedar.. dengan sedikit provokasi, habis dikeluarkan macam2 sehingga membolehkan kita mengagak apa yg ada difikiran mereka sebenarnya. dan itu yg saya rasa sekarang. rasa terpukul dgn provokasi yg saya buat kemudian si fulan bin si fulan menghambur mcm hilang waras dan berkata saya itu saya ini. mmg itu tujuan saya. saya provok utk lihat apa sebenarnya yg dipendam menjadi dendam.dan saya dah dpt jawapannya. mcm2 yg buruk saya dipandangannya rupanya. apapun saya berterima kasih, Allah masih sygkan saya dengan memberi sy dugaan begini. walaupun kecil dipandangan org lain, ia besar impaknya pada life saya. Terima Kasih Ya Rabb kerana dengan dugaan ini banyak yg saya belajar.
semoga saya tak jadi "paku dulang paku serpih.."

saya menulis dari hati.

Wednesday, February 15, 2012

smiling ear to ear

tatau mana nak start. smlm antara hari yg terbaik dan terseronok bagi aku.

alhamdulillah, dipermudahkan Allah urusan aku smlm.


ok, kite direct je citer.

aku dah bekerja dgn sorang bos ni for the past 7 yrs (2000-2007). 3 thn pertama i enjoyed. lama2 aku ada sikit rasa bosan sbb semuanya rutin sahaja, tak ade yg mencabar otak aku langsung. ibaratnya, kemampuan aku terbatas dan tersekat kat situ aje.


2007, aku dah make a move (like jagger), sbb aku rasa keautokratikannya semakin ketara.

bos aku ni baik actually tp aku rasa dia mcm byk lepas tgn kat aku utk semua benda termasuk benda2 yg bukan level aku selaku kuli ni. dah klu kerja kuli aku buat, kerja separa kuli aku buat, kerja mandur aku buat, kerja PR aku buat, menatangpiang tu buat mende. aku akan simpan sendiri apa yg aku eprnah saksikan. aku takkan reveal. cukuplah aku katakan di sini, lesson learnt. klu kau kerja dgn gaji ko ala-ala dan bos ko gaji alibaba, jgn pandai2 tunjuk terror dan amalkan konsep Malaysia boleh, saya boleh. mmg boleh lingkopop jawabnya.


how do i make a move? aku ambil keputusan sendiri, jumpa bos besar, cerita hal sbnr yg aku dah tepu kerja di situ. aku coter (aku tipu) yg aku dapat satu offer dr tmpt lain.. bos besar gabra, sbb sayang katanya (entah ye entah tak, wallahualam) expertise aku dlm field tu akan lenyap mcm tu aje klu aku pindah. pastu, masa dia tgh pikir2 tu aku bagi cadangan kat dia.

"apa kata Dr.XX tukarkan saya ke team XXX since Pn.XXX yg handle team XXX nak carik org back up sblm dia pegi oversea. sbnrnya aku dah kawtim dgn org yg nak sambung PhD kat obesi tu utk take over kerja2 dia and aku willing to learn from a-z since wpun dlm tmpt yg sama, bidang tu mmg sesuatu yg baru buat aku.

aku rasa korang boleh agak la apa lps tu.

menatangpiang tu rs mrh dan korang agakla apa berlaku lps tu.


menjadi manusia yg sangat berterus terang dan tak puashati klu tak ckp, maka aku telah menyekolahkan menatangpiang tu dr a-z. suddenly baru sampai huruf m, dia dah pangkah. aku mls nak ingat balik. pedih. so, start dr hari tu aku mmg lancarkan perang dingin dgn dia. slowly aku kelaur dr team asal aku... sikit2 aku buang.. sampailah smlm, aku rasa dah tiba masanya aku di fully release. alhamdulillah, ok semua. aku rasa lbh senang begini. aku tak tersepit, dia tak mengepit.


so secara rasminya 14/2/2012 slps 12 thn, aku kini BEBAS.


mana2 yg satu opis ngn aku yg boleh jumpa blog aku ni, jgnla hendaknya mengopipes dan bagi benda alah ni pada x-boss aku. klu korang buat, mmg menatangpiang kuasa dua la korang.

smlm mood aku lps pukul 4 tu baik gile... hahahhaha,... puashati aku dpt keluar terus, bebas 100% dr pemerintahan beraja autokratik dia.


semoga aku terus memanfaatkan ilmuMu dengan penuh keikhlasan dan istiqamah dalam melaksanakannya.


nota: tak de la apa pun kan bagi yg tertanya2 status fb saya smlm. ini AJE sebenarnya. tp kegembiraan saya ini, hanya bos baru dan en suami aje yg paham .

Friday, February 10, 2012

anak oh anak

the two princess yg gering.




tahun 2012, february sudah 3 hari cuti tahun di ambil dan 4 hari mc.

4 hari mc adalah kerana sakit mata.

1 hari cuti adalah kerana berjimbarama dgn kawan2 skypochi yg shangat sheronok untuk dihabiskan masa bersama. lagik 2 hari dihabiskan menjaga anak2.

okey, adilia my third daughter was down with high fever on thaipusam day. demam tu strike without warning. tghari tu elok je dia main then mlm tu terus panas. najla pula naik mcm chicken pox tu pada few area on her body. dah confirmkan dengan our doc, bukan CP as what i've guess. it was bacterial infection. shuh shuh.. go away those bacteria!!

as of today, aku terpaksa tawakkal aje ke office sbba de meeting yg aku kena ambil minit. since adilia pun dah tak tinggi lg temperaturenya since mlm tadi... pagi td pun temp dia 36.7. najla pun dah kering dia punye spot tu.. so aku tawakkal je la. hubby tak dpt cuti. apa la kedekut cuti punye boss!!. anyway ibu doakan anak2 ibu sihat walafiat dan bebas dr apa jua penyakit berjangkit.

kesian najla kecik2 dah kena infected.

sementara nak tunggu diorang besar ni, mmg terkorban la cuti aku. klu kawan2 seangkatan aku rasanya GCR diorang emsti dah ada 30 hari ke atas. aku??? hahahahhaha... cuti tahun pun tak cukop mcmana nak carry forward balance cuti?? hahahah... 10 thn kerja baru ada 15 hari GCR. oklah tu kan. dari tak de langsung.




ini gambar tgn najla yg infected....



seriau kan? kesian dia. tp alhamdulillah dia aktif aje mcm biasa. mkn pun, alhamdulillah laju semacam aje. moga tak de la pape yg buruk dan teruk consequences dr kena infeksi ini hendaknya. amin.








Thursday, February 2, 2012

ENTRY KETIGA HARI INI

ok sejak saya uplod gmbr bubur tepung beras kacau utk introductory to solid food for my najla kat fesbuk tu, ramai pulak yg tanya mcamana buatnya.




ini, dah nak habis mkn baru igt nak amik gambau







saya dulu2, umur 13 thn baru dpt adik. so, selalu tgk apa mak masak nak bagi adik saya makan. arwah mak cakap, kalau budak baru nak kenalkan makanan pejal akak2 saya dulu semua start dgn ini. iaitu kacau tepung beras ni la..



so, turun temurunnya semua anak2 kakak saya (anak buah saya) semua mkn menda ni la sblm mkn menda lain. anak2 saya dari yg sulung, itu jugak la makanannya sampai la boleh mkn blended rice poridge.




saya cuba elakkan bagi makan processed food, canned food etc.




ini cara buat tepung beras kacau ni...




2 sdb tepung beras paras rata je


1 1/2 mug air
7 biji kismis/ 1 biji kurma



kacau guna handwhisk atas api yg kecil. masak sampai likat dan tepung tukar kaler jernih. petua arwah mak klu dia bunyi plop plop plop tu dan kaler dah jernih dr awal, masak la tu. api jgn besar.
masa arwah mak ajar dulu dia bubuh gula sikit guna hujung camca kecik. tp saya tak boh gula, mmg saya guna kismis. tak de manis la rasa dia, lagipun babies bukannya kenal rasa lagik. pastu nnt bile baby makin besar, pekatkan la bubur ni. eg. 2 sdb tepung beras : 1 mug air dan bile dah tgk dia cepat lapar pekatkan lagi 2 sdb tepung beras : 3/4 mug air.
then baru intro dgn fruit n vege puree..
najla start makan bubur tepung beras ni 2 hari yg lps at the age of 5 mths, 1 wk. so far acceptance dia towards bubur ni seems ok. tadi first day bawak bekal ini ke nursery. bermula dari adilia, mmg dia tak mkn nestum.... saja nak try dan kebetulan rajin masa tu.
nnt saya share pulak resepi bubur nasik utk babies dr arwah abah saya. stay tune


notakaki : wah!! aku guna "saya" la dlm entri ni. ototmatik. hihihi.. ototmatik tuuuu...

tiba-tiba

aku sgt tak suka dgn jenama yg org boleh immitate.
tapi tibe2 aku jatuh hati dgn ini.

aghhh. check purse,. mmg la tak de. dah habis.
check maybank2u. tadi baru deduct standing instruction payment utk asb loan aku yg sejemput.
check cimbank. alah, seciput ni nak sampaikan ke ujung bulan. jenuh.

so, mcmana ni. mana aku nak cekau duit sementara menahan keinginan utk memiliki itu? entah brp harga nya pun aku tak berani nak tanya.

merah sangat?? oh, aku mmg suke merah.

kedua. duaribudoblas.

semalam cuti hari wilayah.
aku, yg bekerja disempadan perairian selangor-kl ni jatuh tak public holiday.
tp sbb ada agenda tersembunyi bersama kawan2 kepochi aku, maka smlm aku isytiharkan aku cuti.
maka bergeraklah kami berempat2 ke Quality Hotel utk dimsum session aku bersama minah2 skypochi yg havoc2 dan kaki selamba semua. one good thing about them, yg aku rs aku boleh masuk dgn diorang smeua mayb sbb kepala otak kami ni sepusat sepusing. tak de simpan2, tak de cakap belakang, tak de kecik2 ati, tak de tuduh2, takde tak ikhlas tak ikhlas. walaupun kami tak de la kenal dari kami kecik lagi atau sepuluh doplo tahun yg lalu tp aku sgt selesa berada di kalangan diorang semua.
so, sbg menghargai 1 feb, dan bulan ini bulan kasih syg, maka aku dedikasikan entry ini buat mereka2 yang berkenaan.

ini pn halimatul liza kita. dia lah mula2 fotopagers yg aku ngedet. kire kawan mula2 la. wpun dia ni tidaklah sebaya aku, veteran sikit dr aku tp byk benda yg aku slalu share ngn dia.

yg ni keseluruhan mereka dan mereka.


from left, standing - halimatul, cik pah, ita kimora, elly dan fahyda juma (ahaks)
from left, sitting - urs truly, mira, zully dan yuzie.

tak ada apa yg aku harapkan selain persahabatan kita ni, dipelihara dan penuh bahagia hingga ke akhirnya.
dah jadik mak-mak ni, geng pun kena la yg sehati sejiwa. payah klu dpt jenih yg ckp blkg dan sentiasa berdengki dgn kita. pilihlah yg mcm kami2 ni, sempoi dan redah je!!

oh ye, smlm berdimsum ni, en suami aku dan en suami ita kimora pun ada sekali. table lain. bukan kami2 aje ye... ada bodyguard extra lagi!!.. so, en suami yg sporting..mekasih. oh ada jugak en suami yg nak ikut tp kena tinggal. hahahahah suami sape itu???

ada sorang lagi yg tak dpt join sbb berada jauh di sempadan perairan negara. hahah. cik Puan Olie, yg jauh dimata dekat di hati kami.

inilah kawan2 saya yg saya berani cerita-apa-saja dgn mereka. bukanlah memilih, tp berhati2... semoga Allah berkati kita semua, dunia dan akhirat. Amin.


untuk semalam punye bil.

air mineral zully berharga RM9 hahahahahah!!



p/s: aku syg korang!

Friday, January 20, 2012

PERTAMA, DUARIBUDOBLAS.

Mendekatkan yang jauh, menjauhkan yang dekat. FESBUK.


Tak logik langsung reason ko yg menyatakan aku diremove kerana kawan2 aku memotong tang corner komen2 ko. Jenuh aku scroll utk 2 bulan kebelakangan apa sgt la status aku yg ko komen then di cantas oleh kawan2 aku. In d first place y shud bother komen org2 yg tidak ko kenali. Y shud saying bad things abt my friend that u do not even know their characters, their feelings, their jokes and our double meaning words? Y shud u interprate things on ur own basis.
klu ko rasa ko tidak direspect oleh kawan2 aku, aku ttp akan pelik sampai bila2. So aku suspicious dan merasakan ada sbb lain knp aku di buang dr list kamu. Tambahan pula aku sudah di uninvited dari melihat blog kamu. Apakah>?
Kau kata aku kebudak2 an. Ye lah. Aku terima.
Katalah semahu ko. Aku terima.
Buruk lah aku di mata kamu. Aku terima.
It’s just only virtual world, in reality we’re still fren. Aku terima.
Bawak mengucap – ye aku ni jahil. Aku terima.
Aku dah tak kisah klu ko nak readd or whatever. One thing that aku fikirkan, masa ko mengambil keputusan AFTER a month utk remove aku tu, on what basis actually?. Apa consideration ko dah buat/ fikir/ ambil rationally? Apa lah yg ko fikirkan masa ko nak remove aku. Itu satu langkah yg amat tekad. So, semestinya ko sudah terlalu sakit dgn aku.
FB buat kite cenderung utk riak. Ye ke? Aku tidak pernah terfikir begitu. Sbb IT’S ONLY FB, IT’S ONLY VIRTUAL WORLD. Pffftt. Tak ada lgsg unsur riak yg aku selindungkan dr segala uploaded pict or status. Tak ada rasa begitu, tp klu ada yg rasa begitu mungkin ada benda lain yg dia rasakan. I shud b proud someone adored my status, my pict, my life.
It’s abt sharing ur life wif others. Bare with others, so do the others. Kecik sgt peratusan sakit hati dgn komen kawan kepada kawan kepada kawan empunya. Oh. Akukah yg budak?
Jgn sampai yg ko ludahkan jatuh dr langit betul2 masuk tekak ko. But indirectly, baru aku fhm. Sedangkan family pun ko buang, apatah lg aku. Aku tak kata aku baik bona. Tp klu ade intention utk tidak mahu org tahu aktiviti ko, jgn add/approve request from beginning. Hati org yg diremove tak sakit, ko pun tak dpt dosa kering menyakitkan hati org,.
Mmg aku terkesan dgn perkara ini. Hanya kerana FB aku rasa aku makin jauh dgn kamu. Klu its only virtual, its only a medium to share abt life, kenapa pula kamu nak berkata2 didalam hati everyday ttg aku dan komen caras dari kawan2 aku? Perlu ke begitu.
Apapun, true colors semakin terserlah. Moga aku tidak diketemukan lagi dgn org mcm ni. Cukuplah kamu sorang. Ikhlas aku tidak diterima rupanya. Kata2 aku senjata yg merodok perut kamu, agaknya. Gelak tawa aku , sinis baginya. Kesedihan aku tidak dikongsi, gayanya.
Kawan dan sahabat.
Kawan, semua org pun adalah kawan. Yg kita kenal sehari dua, yg kite kenal dr tadika.. semua pun kawan.
Sahabat, tidak akan meninggalkan kamu wlu seinci ganjaknya mase susah senang ko. Akan berjabat lps berdebat hebat. So, dimana letaknya aku semakin jelas. Ahh. Klu dibiarkan aku menulis ttg kita mungkin sehari tidak cukup. Jadi, cukup lah sampai sini,. Aku tak mahu terus2 an mengenang yg indah sahaja.
Dunia ni kalau jalannya lurus aje, mmg kurang la pengalaman kita. Terima kasih kerana mewarnai hidup aku, menjadikan aku manusia yg tidak tuli, tidak buta dan tidak bisu.
Maaf aku dr hujung rambut, seikhlas hati aku. Halalkan makan minum aku. Halalkan segalanya. Oh, maafkan kawan2 aku juga mana2 yg hilpang respek mereka terhadap ngko sehingga aku terpinggir hingga ke lubuk dalam.
LESSON LEARNT. Terima kasih Ya Rabb.

Tuesday, October 25, 2011

masak. Leek Goreng Belachan, Super Hot


Dlm cuti pantang baru ni, kerja aku mcm biasa. tgk tv. tgk tv tgk tv.
laki aku cakap, klu compile la resepi tu, mmg kompom awak dah bulih bukak kedai.
aku ckp ape brg salin2 resepi, org main ingat je la.tak main la tulis2.
hihi. cakap kena besar. klu tak, tak padan la ngn saiz aku.

so segala cerita masakan - masterchef ntah brp punye season , Top Chef, Junior Masterchef, Desanko cooking (org korea yg masak, aku rasa sup dia mesti rasa stoking), cef skuter, cef wan zaman muda, salih yaacob ngn aza sari rasa, nyonya pakai kebaya masak cakap pintal2 lidah ckp melaka, tu cef yg boops dia boleh thn besau padahal bdn dia kecik je, cef filipine yg botak tu dengan pengacara pompuan yg seksi, ho-chak, rncngn carik mkn singapore yg naik vespa tu...pendekata semua ada sudu garpu, minyak masak semua aku mesti tengok la...

masa tu mastercef mesia belum start lagi. aku dah amsuk ekrja baru mastercef mesia start.
by the way, mukaddimah ni bapak panjang. aku nak cerita, aku terinspire dgn cara diorang masak. bubuh tu bubuh ni, berani la... kdg2 akus endiri imejin rasa dia mesti tak sedap ntah pape combination foods diorang. tapi personally, aku nak suruh adilia jadik chef. TOP CHEF, who owned her own restaurant yg boleh kekal lama, bukan rest beroperasi 2-3 tahun atau hangat2 tahik ayam moneei. kenapa adilia? entah, aku rasa adilia berbakat kot masak2 ni. hahahhaha.... pepandai je aku pun.

pastu diorg ni masak nama masakan giler baboon gempak. tu yg nama sayur aku masak tu jadik mcm tu. ni klu arwah mak ada ni, mau dia kate aku ngengada boh nama sayur cenggitu. ahaks.

ok, dah..ni resepi.
LEEK GORENG BELACHAN, SUPER HOT BERSAMA UDANG HIDUP JANGAN MASAK LAMA2.


3 btg leek - potong serong. belah dua dulu. rendam, basuh dan tos.

3 ulas bawang putih.
5 ulas bawang merah .
7-8 biji cabai burung.
1/2 inci belacan bakar.
10 ekor udang hidup.
5 tangkai cili kering super hot yg tersalah beli kat giant.

tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api bersama belacan. klu masak sayur aku tak suke tumbuk halus.. tumbuk kasor2 je.
satu lagi aku mmg suke bawang byk, bau wangi jeeeee
cili kering tadi,, potong besar 2-3 bahagian.

okeh. panaskan minyak (lps ni aku tak cerita la panaskan minyak dah dlm next recipe. pepandai la korang)
masukkan bahan tumbuk dan cili kering tu. tumis smpai satu rumah bersin2.
sampai laki ko lari bukak pintu dapur nak bagik bau tu tak terkuap dlm rumah.
hahahahha. aku malas nak bukak pintu dapur,. nnt jiran aku bau, dan nampak aku msk apa, WAJIB bagi... klu dia dah terbau dan teringin. berdosa tak bagik. heheh.
selingan.

pastu masukkan udang hidup, mase ni kena get ready sayur leek tadi dah tos...
jaga2 cik salmah, aku klu buat udang jadik main ingredients esp dlm sayur, tak suke overcooked udang ni, hilang manis,...daging keras.. tak besh.
dlm 1 minit pas masuk udang, terus masuk leek ni...
biar leek ni layu kat minyak dulu klu korang nk tambah air.
tu rahsia klu nak sayur tu nampak segar.
tak caya, klu lepas masuk sayur, dia lom layu kat minyak, ko dah boh air... ko tgk la nnt, sayur ke mesti LODHOR (ckp jawa), atau lebam (ckp melayu).. tak lawo.

boh leek tu, kacau laju2 api besau... then kecikkan api -sederhana besau, menten la..mase ni klu nak boh air boh la 3-4 sdb... sayur ni tak sedap basah, nnt leek tu berlendiaq.

boh garam sikit je sbb selalu nya belacan dah masin. rasa la ikut tekak memasing.
siap.
boleh hidang dan tutup pintu dapur yg laki ko bukak tadik.
ahaks.

Thursday, October 6, 2011

Al kisah, tragis


Semalam, hari kedua aku puasa ganti..
Hajat hati nak buat puding karamel. Aku bukan sweet tooth, tp puding karamel ni mmg fav aku...
Setakat ni aku suke mkn puding karamel yg akak sulung aku buat. Lembut, lemak berkrim dan gulanya just nice caramelized.
Selain yg ori tu, yg tak ori aku suka mkn beli kat Amway kot.. Ready made punye. Gile lembut dan licinnnnnn zasss lalu kat tekak..
So gugel gugel few recipe dan tny org sana sini tiba2 ternmpk resepi puding gula hangus tanpa telur.
Tilik punye tilik resepi tu rasanya yesss! This is d one yg zassss lalu kat tekAk ni.,, feedback dr org yg dah cuba pun kaw2.. Mcm best!

So, a day before dah beli lah bahan2.
Excited sbb nak guna pudding mould dr tupperware yg aku br beli..
So follow recipe tu step by step. Semua smooth as planned. Aku sj buat gula hangus tu lebih sikit,
sbb aku suka gula tu melimpah ruah buat kuah. Apapun aku mmg slter recipe ni, sbb bg aku dah ada gula hangus, the puddiing shud not
contain any sugar dah...
Dah siap semua, aku sejukkan utk bekukan. Tp masa tu jam dah pukul 5, haiii karang tak sejuk pulak masa berbuka...
Aku pun amik penutup tuppeware tu dan tutup la mould tu.. Mould tu sblm
Tu aku ltk dlm loyang isi air sejuk peti ais konon nk bg cpt cool. Once aku tutup je cover dia,
dengggghhh!! penutup mould belah bawah tu terbuka due to pressure aku rasa. Korang tau tak
Pudding mould tu mcmana gaya.. Dia ada penutup atas dan bawah..
Hmmph boleh imejin apa jadik??? Puding yg tak brp nk beku lagi tu tersplash masuk dln loyang yg ada air tu..ha!!!! Sodaqallah!!!
Nak mencarut, puasa... Salah sendiri pulak tu..
So, being smart in every single way... Aku masukkan semua puding tu beserta air dlmnloyang tu masuk periuk balik dan masak lagik.
Then tak serik masukkannjugak dlm mould tu (nak sangat okehhhhhh guna mould puaka tu).....

End up, azan maghrib je... Aku x minum pun. Terys tuju puding tadi. Bismillah....,
Mak aihhh! Terbuntang bijik mata aku mkn, manis nauzubillah. Finally, puding tadi (yg cantik tu) masuk bakul sampah, sblm laki aku
menjadi saksi kegagalan aku.. Hahahaha!

Mould puaka... Ko tunggu.. Aku akan buat puding tu sampai sukses. Ko tunggu!

Monday, October 3, 2011

Ahli baru: LIYANA NAJLA AHMAD KAMAL HASRIN

Bagi yg tau aku preggy (lagi) tahun ni.. Maknanya anak no 3 dan 4 aku lahir selang setahun.
Selamat datang, Liyana Najla binti Ahmad Kamal Hasrin. She was born at Hosp Selayang on
August 21st @10.28 am. Satu2 nya anak aku yg lahir waktu siang. Yg kakak2nya semua lahir waktu mlm.
Khaleeda wktu maghrib, Raihanah tgh mlm, dan Adilia around 9++pm.

Bersalin kali ni mmg dipermudahkan. Cuma waktu
Mengandung je yg tak la susah tp jerih sikit sbb faktor umur kot.. Dan jarak kehamilan yg agak dkt..
Apapun syukur rahmat tuhan.. Walaupun sebaik Najla lahir, she was detected having hypoglycaemia dan few days
later with jaundice, aku pasrah je la.. Tp part plg best among prem babiez, she was the biggest! Org lain 800 g je pun
ada... Dia, ha... 3kg!! Cuba bygkan klu aku termed 40 wks? Mau dkt 5kg kot.

Bila bersalinkannthe 4th one ni hampir semua org yg tak rapat dgn aku ckp, ok kens try lg satu ni sampai dpt boy.
Thanks for the advice, bukan kita yg tentukan jantina anak ni. Sblm kita lahir lagi, Allah dah tentukan dugaan
Dan ujian, rezeki, dan segalanya. Semuanya sesuai dgn kesanggupan kita. Makanya jgnlah hendaknya aku jd hambaNya
yg terlalu meminta2.. Bohongla klu aku tak mahu anak lelaki.. Mestilah nak, tapi siapa kita nak mempersoalkan rezeki yg
diberiNya. Fikirkan dan renungkan kat luar sana brp ramai org yg belum sampai rezeki mereka nk timang baby..,

Apapun disaat entry ini ditulis, Najla sudahpun berusia 45 hari. Alhamdulillah, dia sihat dgn berat mencecah 4 kg..
Adilia, kinda jealous and try to adapt herself, accepting the fact that she is now, kak chik!!