{blog s.a.y.a.}{pikiran s.a.y.a.}{cerita s.a.y.a.} .::menulis dari hati::. read it OR ignore it
Thursday, August 27, 2009
tak de mood tak de idea
ade amse ade idea baru sambung,
selamat bersahur dan berbuka semua orang.
semoga ramadhan kali nin lebih baik dr ramadhan yg lalu..
dan andai ini ramadhan terakhirku....
Thursday, August 20, 2009
sharing itu caring.
Ustaz bercerita ttg Roh dan Ramadhan. Dlm bulan Ramadhan, roh-roh yang berada di Loh Mahfuz memohon dr Allah utk pulang melihat jasad mereka dan melawat (aku tak berapa dgr mase ustaz ckp ni..aku dengar org seblah aku ckp kat tipon..benci org yg tak reti on silent mode during ceramah ke seminar ke..tak hormat org langsung)..pusaka dan ahli keluarga kot. sbb Ustaz ckp bile roh si mati balik melihat jasad mereka, mereka sedih kerana ada yg sudah reput dll. lps tu roh akan mencari waris mereka, melihat adakah waris mereka melakukan amalan yg baik atau mungkar. cth yg best, ustaz tu ckp.."roh tu balik rumah cari anak nya.. anaknya tak de, roh kemudian cari ke surau..pun tak ada..rupanya anak nya sedang lepak tgk gusti kat kedai kopi" itu perumpamaan nya lah kan..cth yg ustaz beri.. hmmph.. aku tanak jadik cam tuh bile roh mak dtg tgk aku...
yg menarik perhatian aku..ustaz ada sampaikan bagaimana nak jadi Manusia yg reti bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Ye lah, aku pun selalu ckp tak cukup duit tak cukup duit. itu pun slh satu tanda tidak menysukuri nikmat yg Allah beri. Lepas ni, aku takmo ckp lagik!! heh.
Caranya dengan memohon untuk bukakan pintu rezeki. Bagaimana?..
begini,
setiap kali sebelum sembahyang subuh, buat sembahyang sunat ..then lps solat sunat tuh, baca :
1. Subhanallahi wabihamdih
2. subhanallahil'azim
3.astaghfirullah
(actually aku prefer tulis jawi..)
Baca 100x, selama 40 hari berturut... then baru perform solat Subuh. Maksudnya, aku kena bangun awal lah dari selalu kan... heh. harapnya. Ustaz ade cerita fadhilat mengamalkan benda ni..
dan, ustaz juga ajar cara mkn kurma.. ambil kurma dengan ibu jari dan jari manis (cara rasulullah mkn).. janggal kan, tp klu kita selalu buat, lambat laun oklah ..then lepas mkn, buang bijinya dengan menadah belakang tapak tangan (bulih imagine dak..?)..so gitulah cara mkn kurma.
sikit lagi yg aku nak sampaikan,
bila kita tidur, roh akan keluar dari jasad melalui hidung dan duduk di kepala.
bila kita mati, roh akan keluar dr jasad melalui ubun2. Kita juga boleh meminta untuk berjumpa roh ibu bapa kita yg sudah meninggal dunia dengan cara sebelum tidur, berwudhu' dan baca surah al-ikhlas, ..mimpi berjumpa org yg sudah mati aalah mimpi yg benar. kalau si mati itu berada dlm keadaan daif, sugul dan susah, lusuh pakaiannya maka cepat2 lah kita bantu si mati dengan memanjangkan amalan yg baik cth bersedekah bagi pihaknya, dan amalan2 kebajikan yg lain yg diniatkan untuk mereka.. ..(wah!! rasa mcm ustazah pulak aku... ok lah tu kan..sekali sekala).. alam barzakh ni satu tempat di mana Allah 'pending'kan supaya si mati boleh ditolong. itulah gunanya anak-anak yg soleh dan solehah (semoga kite dan anak2 kite tergolong dlm golongan ini, aminnn..)
dan satu lagi yg aku nak share,
cthnya untuk penyakit H1N1 ni, tak ada petua yg spesifik, cuma ustaz pesan kita bertanggungjawab ke atas roh dan jasad kita utk elak dari terkena apa2 jenis penyakit. penyakit adalah bersifat roh, jadi kita boleh control penyakit dengan berckp dengannya. menurut ustaz, sebelum tidur, kita pesanlah pada roh kita supaya menjaga jasad kita dari penyakit yg dtg. (kire roh vs.roh, korang imagine la..aku nak cerita ni tak reti, harap korang dpt tangkap apa aku ckp)..so bile penyakit dtg kepada roh kita, ia akan meminta izin untuk memasuki jasad kita, so roh kita kena pertahankan bahawa penyakit itu tidak boleh masuk. andaikata penyakit itu berkata " aku perlu masuk untuk menyucikan dosa kamu", andai roh kita bersetuju, maka terjadilah penyakit pada diri kita. tetapi andai kita bertegas dan memohon roh untuk menjawab "aku ingin mencuci dosaku sendiri dengan taubat dan istighfar" maka penyakit tidak akan masuk ke dalam jasad kita. agak2 korang dpt tak ape aku ckp ni... so, start hari ni, marilah kite beramai2 ckp dgn roh masing2 sblm tidur. dan untuk anak2 yg masih mumayyiz belum aqil baligh, kita juga boleh berpesan kepada roh anak kita semasa anak sedang tidur. ingat, bahawa roh orang yg sedang tidur berada di kepala memasing... klu anak malas, nakal.. suka menjerit dan menangis (laily)boleh juga praktikkan..
mcm teori sichida kan??? sedangkan dlm islam dah lama dah..kite je tak tau.. indahnya islam.. subhanallah..
dan boleh juga gunakan cara itu untuk kebahagiaan rumahtangga dan keluarga.. pandai2 koranglah menyeru roh suami masing2... heh.. ustaz pesan ; soa dibelakang orang yg sedang berjln (suami keluar rumah cthnya, atau anak2 keluar gi skolah) adalah mustajab.. mohonlah diberkati perjalanan pergi dan pulang mereka, jauh dr fitnah manusia dan sihir..jgn lepaskan pasangan pergi dlm keadaan ragu2 kata ustaz.. kalau ragu2 tuh yg boleh suami kawen 2 tuh.. ha..part tuh la yg paling benci nk dengar.. kan?? nauzubillah.
last sekali , waktu sahur dan waktu subuh adalah antara waktu yg byk kelebihan... rasa-rasa ramadhan kali ni, aku nak jadi lebih baik dr ramadhan yg lepas. sesungguhnya ceramah Ihya' Ramadhan kali ini byk memberi pengetahuan pada aku.. korang pun sabar je la membaca, harapnya sedikit sebanyak entri aku yg agak berhemah ni dpt membantu korang dlm menjalani hidup sbg muslim sejati.
sudah pasti sharing itu caring..kan??
laily oh laily


Tuesday, August 18, 2009
bday celebration
gaji lmbt lagik.
duit simpanan dah surut byr downpayment.
tak de bday celebration utk Lya this yr. next yr, perhaps.
so, small celebration sahaja, yg termampu.
apa-apa aje lah ibu.
saya bukan tau pape.
ayah yg over excited.
papepun ade dialog dia dgn aku
lya : ibu, kita malu la ...tiup lilin ramai2..
ibu : yak, kite aje. ibu, ayah, adik, akak, pak lang.
lya : kat mane. kat rumah ok. kat lain tak mau. skool pun tak mau.
ibu : kat BK.
lya : ye lah. tp ibu jgn nyanyi kuat2.. suara ibu kuat. nnt kite malu
ibu : (udahle kata aku gemuk, suara pulak kuat.. isk!!)
dan.. dari saat mula laily nampak kek.. dia terus nyanyi "happy yeyey yuyu..." bukan aku yg nyanyi. adik dia. nyanyi dengan KUAT sekali. ambik kao.
Monday, August 17, 2009
selamat hari jadi

Selamat Hari Lahir yg ke5. semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, dilindungi dari mara bahaya, bala bencana, fitnah durjana, dikurniakan sifat2 mahmudah dan jadi anak yang solehah... Amin..
Tuesday, August 4, 2009
passport punye ceritera
Saturday, August 1, 2009
25 random things about me
-cilok dr fb..aku suka tag ni..
read the rest..25 random things about me:
1. i think i got 'first impression syndrome' towards people.normally the very first time i met someone my instinct will tell me what type of person she/he is. and 80% of what my instinct say was quite true.
2. i easily lost my temper. hmmph. ..
3. i love thinking. sampai my other half called me "ahli fikir negara".
4. i hate sports yg perlukan saya byk berlari. masa primary days, saya masuk jugak netball, handball, hockey tp so-so saja. saya lebih menyerlah dlm ping pong. my secondary school days pulak saya masih main ping pong.. disbb kan saya tak suka berlari, setiap tahun saya register utk lontar peluru sahaja. bukan menangpun. cukupkan korum sahaja. mase skolah menengah, tiap kali sukan tiba ada acara sukantara kan. semua org kena lari beberapa pusingan padang dlm masa yg ditetapkan . apa saya buat, saya carik geng yg sekepala dan kami akan menipu degan berlari kurang pusingan tp pura-pura penat mcm lari cukup pusingan. muahahahhaha..
5. i do not know how to swim. floating mcm itik boleh la.
6. i dont really like to watch sports but my other half really love to watch sports. rasa nak bom channel sports. benci sangat. tp kami boleh tgk rugby dan tennis bersama2. itu sahaja sukan yg saya suka tgk di tv. kirenya i'm not a sportswoman.
7. hobi saya mengemas peti ais. giler babik kemas dan bersih tau peti ais saya. tapi,saya tak suka mengemas rumah. mcmana tu. sure org takut nakpergi rumah saya, takut tak jumpajalan balik. hahhaha..
8. saya suka tiru signature orang. in fact saya boleh tiru banyak siganture penting dr zaman skolah. warden asrama (klu aku letak tabung dulu, dah lama dah aku kaya!!), sign pengetua, even sign aghhhh... baik aku tak ckp. tp sign bapak saya, samapai sekarang saya tak boleh buat. maknanya report card saya mesti melalui abah,kalaulah saya boleh tiru sign abah... hahhahaha..
saya bukan buat apa pun, saja suker2.. sbb saya suka relate kan sign seseorang dengan nama dia. kdg2 tgk mcm ntahapa2 sign dia.. tak de langsung menggambarkan ciri2 nama dia. dari mana lah dia reka signature dia nih gamaknya. i admire a few signature..
9. perkataan jawi pertama yg saya tulis ialah IKHLAS selain nama saya. kali pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah agama seorang rakan baik saya yg masuk setahun lebih awal cuba menguji kebijaksannan saya menulis jawi. dia minta saya tulis ikhlas dlm tulisan jawi di blackboard. ternyata saya tidak bijak pd masa itu. saya tulis alif- ha- lam alif- sin.
10. okeh. ini saya tak tahulah kebetulan atau apa. tetapi kebanyakan kawan baik saya (90%) .. kalau bukan anak sulung, dia anak bongsu. hanya 10% sahaja anak ditengah. saya ada statistik ttg ini. kan saya dah kata saya suka berfikir.
11. saya kalau benci orang, bayang dia pun saya tak mau tgk. tp itu tak bermakna saya tak maafkan dia. itulah. saya hanya manusia biasa. dan sbb itu saya jarang benci org.
12. i hate ppl who like to show-off. g tempat lain lah... boleh blah.. dengar baik2.boleh BLAH!!
13.disebabkan #9, saya rasa saya boleh menulis jawi dengan baik sehingga sekarang wpun tulisan jawi saya ala-kadar. during my secondary school, tulisan jawi saya banyak digunakan dipapan-papan hitam bila ada sambutan maulud nabi atau maal hijrah. dan kawan saya di #9 tu merupakan rakan seangkatan bila menyertai pertandingan tulisan jawi. terima kasih r*dzi*h. sekarang, saya sudah train anak sulung saya menulis jawi. even tulisan jawi ayah saya giler babik cantik.
14. owh,ini pengakuan hebat saya.saya tak ada kebolehan menyanyi (langsung tak ada). serius. dlm family husband saya semua boleh menyanyi.. ipar duai,menantu, biras,...semua boleh menyanyi wpun sumbang. tp tidak saya.. out of tune, pitching semua usah ckp la. dlm family saya..semua pun takpandai menyanyi. takpelah.
15.pjg rupanya tag ni, baru no 15. saya lebih suka flat shoe compared to high heels. sbb mungkin saya sudah cukup tinggi. (beno nye...en.suami saya rendah..ahaks...)
16. saya mempunyai suara yg agak kuat. masa skolah even saya tak tahu jawapan kepada soalan yg ditanya saya ttp jawab dengan suara yg kuat. sesetengah org kalau tak tahu dia akan jawab denganperlahan atau berdiam diri tapi tidak saya. biarpun jawapan tu salah..saya jawab dengan kuat (mcm bangga jawapan aku salah).
17. saya menyesal kerana banyak main mase tingkatan 4 & 5. kalau tak saya rasa saya boleh pergi lebih jauh. tak pe lah, Allah know the best for me.
18. klu shopping, jgn bagi saya pergi ke bahagian peralatan dapur. aduh.. sure habis duit saya di situ.
19. i am a tupperware brand collector. wpun kurang sebijik, saya tahu.eh, jgn main2.. saya dengar kat indon tupperware nih boleh gadai... ye???
20. saya dengan adik beradik saya menggunakan perkataan aku-engko sahaja bila berckp. wpun jarak saya dengan kakak saya agak bertahun (dengan yg sulung lebih kurang 13 thn yg kedua 11 thn, ketiga9 thn, keempat 7 thn,kelima 5 thn).. even adik saya yg muda 13 thn dari saya pun panggil saya 'kak na, engko bla bla bla bla... adik ingatkan, engko bla bla bla bla" sama mcm saya dengan kakak2 dan abg saya " kak ****, /abg ***, aku rasakan, engko je lah buat"..mcm tu lah ayat kami berckp.. tp kami adik beradik close... and i love them,so much.
21. wpun dah berkawen..dan beranak pinak..setiap step yg saya buat/ambil masih dipengaruhi oleh pesanan arwah mak dan abah saya. mereka adalah guru pertama saya.
22.saya bertuah dibesarkan dlm keluarga yg penuh dengan kasih sayang.saya percaya kasih sayang sgt penting dlm sesebuah institusi kekeluargaan.saya bangga degan cara abah saya mentadbir keluarga dan mendidik anak2nya.
23. susah utk saya salam dan cium tgn orang.. kecuali abah dan arwah mak. saya hanya cium tgn org tertentu sahaja.
24. saya jenis berterus terang. takpandai ckplain maksud lain. sbb saya percaya seorang kawan terbaik akan berterus terang dan mengkritik kita..bukan hanya memuji setiap masa. cuma, cara utk berterus terang ituperlulah deganpenuh hemah.
25. last point. i am organ donor, registered somwhere in 2006.
Thursday, July 30, 2009
tentang anak-anak..
benci aku.
do not put off a good that you intended to do as you never know how much
reward you might receive from the hardship you encounter while trying to achieve
the goodaah.. pikir balik dan pikir betul2.. ade jugak betulnya quote ni.. anyway aku sedang melalui satu fasa yg tak best dalam kerjaya aku. betul- betul tak best. takpe lah, normal la kan..kerja ada pasang surutnya, mcm tu jugak kehidupan.
dlm keadaan ini, ade benda yg aku kesalkan. tp pesan arwah mak jgn menyesal dan mengeluh... aku rasa akhir2 ni aku byk sgt mengeluh. terlalu byk keluhan yg keluar dr mulut aku ni. keluhan yg semuanya menjadikan aku lebih negatif.
anyway dari masalah ini sekurang2 nya aku belajar sesuatu..
- ignore or u might hurt.
- listen to others.
- holding back, sometimes.
- dan paling penting, SINCERE.
entah kenapa, sejak akhir2 ni, aku mudah rasa meluat dengan orang keliling aku. terbawa2 sangat kah aku ni. aduyai... pergilah jauh2 perasaan yg tak best ni.. lapangkanlah hatiku ini ya Allah...
Tuesday, July 28, 2009
hohohoho...

gambar 1: yg mungkin aku beli...
gambar 3: kamal suke...suke tengok aje...
aku pun tak tau nak percaya atau tak mende ni...
aku mmg ade plan nak tukar kereta tp bukan lah dlm mase terdekat ni...
tahun 2009 ni menyaksikan tahun pengeluaran duit secara berjemaah oleh aku dengan kamal... sbb beli rumah yg kitorang duduk skang ni.. orang lain beli rumah baru sure feel nak amsuk rumah baru tuh excited dan lain mcm sikit. kitorang?? hehhe beli rumah buruk saja, rumah yg dah berusia lebih 30 thn kot. aghh tak kisahlah tu, yg penting aku suke dan senang nak access ke mana hala. byr duit lawyer, duit itu ini.. habis gak la simpanan aku... tp still kena menyimpan jugak sbb aku plan nak buat sikit reno.. tu pun tak tau bile.semuanya planning sahaja. tunggu dan lihat. so far rumah tu tak de rosak pape cuma BURUK dan comel je la... leaking ke hape ke mmg tak de. boleh la berteduh kami anak beranak.
ok balik smeula psl kereta... hari tuh dlm bulan lepas, kamal ade ckp2 psl bab kereta ni. dia bukan ckp apa pun, cuma tanya 'nak tukar thn ni ke, tunggu thn depan, sbb road-tax mati august ni'... aku jwb... 'thn depan...klu boleh tanak la tukar..kite beli lagi satu la...' sbb aku giler babs sayang satria yg putih tak putih ni.. byk jasa satria ni kat aku. aku pun selesa sbb dia tak pernah buat aku susah.. baik dr segi parking keta ke, atau rosak ke... demam sikit2 tu biasala..
esok lps kamal ckp saja... satria nih terus buat hal.. tak de idea aku...tetiba je brek bunyi..pdhal brake disc dan brake plate baru je ganti... pastu next day nya, masa aku pergi beli foods utk lunch, kereta aku kena langgar dek pompuan cina yg baru balik amik anak dia dari skolah. aghhh..mencik. tp aku cool je. lantak situ, pecah gak la cover lampu signal aku tu sblh driver.
dan latest pagi tadik, hampir2 aku langgar toyota avanza maroon depan aku.. avanza tu mengelak accident peugeot-saga depan dia, kat simpang batu caves-jln kuching.. perghhh... berdebar-debaruddin aku...sib baik la aku sempat brek...org belakang aku berasap dia punye tayar..aku ketor dan-dan tu jugak..iskkk satria weyy hang jgn buat hal pagi2 buta ni...
sampai la aku masih rasa ngeri...

