Monday, August 17, 2009

selamat hari jadi


untuk anakanda tersayang, Lya Khaleeda Ahmad Kamal..
Selamat Hari Lahir yg ke5. semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, dilindungi dari mara bahaya, bala bencana, fitnah durjana, dikurniakan sifat2 mahmudah dan jadi anak yang solehah... Amin..


p/s:
-tarikh ini, 4 thn yg lalu.. aku disahkan jawatan.
-menunggu si khaleeda lahir ke dunia, slps 2 thn perkahwinan merupakan hadiah terindah dlm hidup aku..

Tuesday, August 4, 2009

passport punye ceritera

alkisah kami sekeluarga ada plan nak melancong-sambil-mengabihkan-duit (yg tak berapa byk..) nak perginya lambat lagi, tp excitednya jgn ckplah... maklumlah org tak pernah gi obesi. paling jauh aku naik flight gi kuching.. kamal lak paling jauh gi langkawi. anak2 lom pernah naik flight. tu lah ... kononnya nak melancong... kena la buat passport kan.. nk jadi cerita, kami nak amik cuti mase buat passport.. so, mlm sebelum tu pergi amik gambar.. aku sampai2 je kat rumah, suruh anak2 mandi siap2..then suruh depa test senyum. sapa yg kenal laily, mesti tahu style dia senyum, hidung tercungit dengan mata pejam. jenuh aku ajar dia senyum. imagine la camana aku menyeringai depan dia, ajar dia senyum 'paling manis dan menggoda' .. sampai aku puas hati, aku turn pada akak dia pulak... kaka dia ok, senang cerita.. sebut je, "akak senyum bagi nampak gigi sikit bulatkan mata ..jgn pejam tau"... settle.. kite tunggu ayah, call nnt kite jumpa ayah kat kedai gambar.. aku pun mcm biasa.. practise senyum depan cermin..rasanya oklah kot, amik gambar muka je.. sbb aku tak suka amik gambar full.. AKU KAN GEMUK... so, jenuh la tersengih2 depan cermin.. settle..



dapat aje call dr kamal, kami 3 beranak terus g kedai gambar tu.. nak jadik cerita, parking tak de.. so (aku drive mase tu, since ayah diorang dah ade kat kedai tu..)kamal pun amik anak2, bawak masuk kedai dulu..aku dengan tensen berpusing2 carik parking finally jumpa tp terpaksa la menapak... sampai kat kedai tgk laily menangiss.. laaaaaaaaa..pehal lak la minah ni nangis... "cari awak tak jumpa, melalak la dia..." kakak masih menten... senang urus akak dia ni.. adik dia ni mmg pantang aku hilang..

so memula turn ayah amik gambar.. siap aku pass sikat rambut lagik... "ok dah, hensem tak"..
"kalau tak hensem pun dah jadi laki saya... ok dah tuuuuuuuu" (maleh nk jwb)...

ok dah klik klik..next turn ibu... no hal, ibu mmg tak de prob dia mmg suka sbb amik gambar separuh bdn aje.. siap ckp ngn cameraman tuh " u belakang sikit, i tanak nampak muka i besar pinggan"..hhhehhe...

sampai turn laily, dia masih menangis..air mata pun tak kering lagi.. rambut yg dah sikat cantik pun dah serabut.. ahhh... kire boleh lah... cameraman siap puji lagi (kisah benar ye, bukan rekaan) " manyak comel la adik ni....makan gambar la ini budak..".
.
finally sampai la turn akak dia yg dari tadik tak de pape problem, girang gembira...
aku maleh ckp...korang tgk aje lah sendiri.. sepicing senyum pun tak ade.. tensen..

apapun.. passport dah siap..duit dah kumpul...moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga... Aminn...

Saturday, August 1, 2009

25 random things about me

sekadar gambau hiasang-pehallak aku nampak lg rendah dr dia nih..

-cilok dr fb..aku suka tag ni..

read the rest..25 random things about me:

1. i think i got 'first impression syndrome' towards people.normally the very first time i met someone my instinct will tell me what type of person she/he is. and 80% of what my instinct say was quite true.
2. i easily lost my temper. hmmph. ..
3. i love thinking. sampai my other half called me "ahli fikir negara".
4. i hate sports yg perlukan saya byk berlari. masa primary days, saya masuk jugak netball, handball, hockey tp so-so saja. saya lebih menyerlah dlm ping pong. my secondary school days pulak saya masih main ping pong.. disbb kan saya tak suka berlari, setiap tahun saya register utk lontar peluru sahaja. bukan menangpun. cukupkan korum sahaja. mase skolah menengah, tiap kali sukan tiba ada acara sukantara kan. semua org kena lari beberapa pusingan padang dlm masa yg ditetapkan . apa saya buat, saya carik geng yg sekepala dan kami akan menipu degan berlari kurang pusingan tp pura-pura penat mcm lari cukup pusingan. muahahahhaha..
5. i do not know how to swim. floating mcm itik boleh la.
6. i dont really like to watch sports but my other half really love to watch sports. rasa nak bom channel sports. benci sangat. tp kami boleh tgk rugby dan tennis bersama2. itu sahaja sukan yg saya suka tgk di tv. kirenya i'm not a sportswoman.
7. hobi saya mengemas peti ais. giler babik kemas dan bersih tau peti ais saya. tapi,saya tak suka mengemas rumah. mcmana tu. sure org takut nakpergi rumah saya, takut tak jumpajalan balik. hahhaha..
8. saya suka tiru signature orang. in fact saya boleh tiru banyak siganture penting dr zaman skolah. warden asrama (klu aku letak tabung dulu, dah lama dah aku kaya!!), sign pengetua, even sign aghhhh... baik aku tak ckp. tp sign bapak saya, samapai sekarang saya tak boleh buat. maknanya report card saya mesti melalui abah,kalaulah saya boleh tiru sign abah... hahhahaha..
saya bukan buat apa pun, saja suker2.. sbb saya suka relate kan sign seseorang dengan nama dia. kdg2 tgk mcm ntahapa2 sign dia.. tak de langsung menggambarkan ciri2 nama dia. dari mana lah dia reka signature dia nih gamaknya. i admire a few signature..
9. perkataan jawi pertama yg saya tulis ialah IKHLAS selain nama saya. kali pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah agama seorang rakan baik saya yg masuk setahun lebih awal cuba menguji kebijaksannan saya menulis jawi. dia minta saya tulis ikhlas dlm tulisan jawi di blackboard. ternyata saya tidak bijak pd masa itu. saya tulis alif- ha- lam alif- sin.
10. okeh. ini saya tak tahulah kebetulan atau apa. tetapi kebanyakan kawan baik saya (90%) .. kalau bukan anak sulung, dia anak bongsu. hanya 10% sahaja anak ditengah. saya ada statistik ttg ini. kan saya dah kata saya suka berfikir.
11. saya kalau benci orang, bayang dia pun saya tak mau tgk. tp itu tak bermakna saya tak maafkan dia. itulah. saya hanya manusia biasa. dan sbb itu saya jarang benci org.
12. i hate ppl who like to show-off. g tempat lain lah... boleh blah.. dengar baik2.boleh BLAH!!
13.disebabkan #9, saya rasa saya boleh menulis jawi dengan baik sehingga sekarang wpun tulisan jawi saya ala-kadar. during my secondary school, tulisan jawi saya banyak digunakan dipapan-papan hitam bila ada sambutan maulud nabi atau maal hijrah. dan kawan saya di #9 tu merupakan rakan seangkatan bila menyertai pertandingan tulisan jawi. terima kasih r*dzi*h. sekarang, saya sudah train anak sulung saya menulis jawi. even tulisan jawi ayah saya giler babik cantik.
14. owh,ini pengakuan hebat saya.saya tak ada kebolehan menyanyi (langsung tak ada). serius. dlm family husband saya semua boleh menyanyi.. ipar duai,menantu, biras,...semua boleh menyanyi wpun sumbang. tp tidak saya.. out of tune, pitching semua usah ckp la. dlm family saya..semua pun takpandai menyanyi. takpelah.
15.pjg rupanya tag ni, baru no 15. saya lebih suka flat shoe compared to high heels. sbb mungkin saya sudah cukup tinggi. (beno nye...en.suami saya rendah..ahaks...)
16. saya mempunyai suara yg agak kuat. masa skolah even saya tak tahu jawapan kepada soalan yg ditanya saya ttp jawab dengan suara yg kuat. sesetengah org kalau tak tahu dia akan jawab denganperlahan atau berdiam diri tapi tidak saya. biarpun jawapan tu salah..saya jawab dengan kuat (mcm bangga jawapan aku salah).
17. saya menyesal kerana banyak main mase tingkatan 4 & 5. kalau tak saya rasa saya boleh pergi lebih jauh. tak pe lah, Allah know the best for me.
18. klu shopping, jgn bagi saya pergi ke bahagian peralatan dapur. aduh.. sure habis duit saya di situ.
19. i am a tupperware brand collector. wpun kurang sebijik, saya tahu.eh, jgn main2.. saya dengar kat indon tupperware nih boleh gadai... ye???
20. saya dengan adik beradik saya menggunakan perkataan aku-engko sahaja bila berckp. wpun jarak saya dengan kakak saya agak bertahun (dengan yg sulung lebih kurang 13 thn yg kedua 11 thn, ketiga9 thn, keempat 7 thn,kelima 5 thn).. even adik saya yg muda 13 thn dari saya pun panggil saya 'kak na, engko bla bla bla bla... adik ingatkan, engko bla bla bla bla" sama mcm saya dengan kakak2 dan abg saya " kak ****, /abg ***, aku rasakan, engko je lah buat"..mcm tu lah ayat kami berckp.. tp kami adik beradik close... and i love them,so much.
21. wpun dah berkawen..dan beranak pinak..setiap step yg saya buat/ambil masih dipengaruhi oleh pesanan arwah mak dan abah saya. mereka adalah guru pertama saya.
22.saya bertuah dibesarkan dlm keluarga yg penuh dengan kasih sayang.saya percaya kasih sayang sgt penting dlm sesebuah institusi kekeluargaan.saya bangga degan cara abah saya mentadbir keluarga dan mendidik anak2nya.
23. susah utk saya salam dan cium tgn orang.. kecuali abah dan arwah mak. saya hanya cium tgn org tertentu sahaja.
24. saya jenis berterus terang. takpandai ckplain maksud lain. sbb saya percaya seorang kawan terbaik akan berterus terang dan mengkritik kita..bukan hanya memuji setiap masa. cuma, cara utk berterus terang ituperlulah deganpenuh hemah.
25. last point. i am organ donor, registered somwhere in 2006.

Thursday, July 30, 2009

tentang anak-anak..


oh.. sudahlah perasaan tak best tu. aku mls nak layan.
anak-anak aku sangat comel di mata aku (of course la, sape lagi nak puji kan)..
kakak yang tembam dan adik yg sangat keletah..
cuti pulang ke kampung buat aku sedar bahawa anak-anak sudah semakin membesar..cepatnya lah masa berlalu. rasanya baru je si adik aku lahirkan. november ini umurnya sudah menjangkau 3 thn. pada usia nya 2 thn lebih ni, dia sudah diaper free..sebelah siang nya. sebelah mlm masih belum berjaya.. dia amsih pelat gile bila berckp, tp sudah boleh berkomunikasi. di bandingkan dengan kakak, adik mmg lewat berckp. kakaknya seusia ini sudah pandai berkomunikasi, mcm mak nenek. kakaknya sudah kenal abc, one two three, bentuk dan warna semasa di usia ini.
sebenarnya aku risau, tp aku percaya pd kebolehan si adik. wpun dia lambat dr segi itu, tp dia seorang yg observant. train utk diaper free hanya mengambil masa 2 hari sahaja. dia juga suka menyanyi, wpun butir perkataan masih sukar utk kami fahami. tp irama, perghh sangat tepat. lagu nenek2 sibongkok tiga, enjit2 semut, mana ayah ibu, semuanya dilagukan dengan baik, tp perkataannya ..hanya dia yg tahu.
sabtu baru ni dia ckp dengan aku"ibu, lely akit yot" humang aih...rasa nak lambung dia tinggi2 sbb dia dah boleh bina ayat... ade satu lagi dia ckp "jgn amik, shasham nye"..(shasham adalah jiran aku) rasa time tu jugak nak sujud syukur. dia sgt nakal tp sangat comel dengan keletah dia.

si kakak pulak..terlampau pandai berkata-kata.. baru nih dia telah mengatakan sesuatu fakta yg sangat sukar utk aku telan .. nak tau ape?...
"ibu, manjalara tu...kalau bukak cermin mata..mcm ibu..kan?" perghh mcm kena panah petir kepala aku dibuatnya... hai..anakkkkkkk... nak buat mcmana.. terima je lah hakikat bahawa ibu kamu mmg gemuk...
dan ayah yg terkekek kekek ketawakan aku, rasa cam nak baling aje selipar... pastuh dia boleh sambung "ayah gelak, kenapa tetek ayah goyang-goyang"..ha, amik kao..time ni aku ketawakan ayah dia puas-puas.. maknanya..aku dan ayahnya mmg gemuk!!
hahahahahahahhahaha...padan muka ayah dia..terkulat-kulat awak!!!

benci aku.

do not put off a good that you intended to do as you never know how much
reward you might receive from the hardship you encounter while trying to achieve
the good

aah.. pikir balik dan pikir betul2.. ade jugak betulnya quote ni.. anyway aku sedang melalui satu fasa yg tak best dalam kerjaya aku. betul- betul tak best. takpe lah, normal la kan..kerja ada pasang surutnya, mcm tu jugak kehidupan.

dlm keadaan ini, ade benda yg aku kesalkan. tp pesan arwah mak jgn menyesal dan mengeluh... aku rasa akhir2 ni aku byk sgt mengeluh. terlalu byk keluhan yg keluar dr mulut aku ni. keluhan yg semuanya menjadikan aku lebih negatif.

anyway dari masalah ini sekurang2 nya aku belajar sesuatu..

  • ignore or u might hurt.
  • listen to others.
  • holding back, sometimes.
  • dan paling penting, SINCERE.

entah kenapa, sejak akhir2 ni, aku mudah rasa meluat dengan orang keliling aku. terbawa2 sangat kah aku ni. aduyai... pergilah jauh2 perasaan yg tak best ni.. lapangkanlah hatiku ini ya Allah...

Tuesday, July 28, 2009

hohohoho...



gambar 1: yg mungkin aku beli...


gambar 2: aku suke giler.. tp tak mampu..












gambar 3: kamal suke...suke tengok aje...

pernah tak korang dengar.. kereta merajuk???
aku pun tak tau nak percaya atau tak mende ni...
aku mmg ade plan nak tukar kereta tp bukan lah dlm mase terdekat ni...
tahun 2009 ni menyaksikan tahun pengeluaran duit secara berjemaah oleh aku dengan kamal... sbb beli rumah yg kitorang duduk skang ni.. orang lain beli rumah baru sure feel nak amsuk rumah baru tuh excited dan lain mcm sikit. kitorang?? hehhe beli rumah buruk saja, rumah yg dah berusia lebih 30 thn kot. aghh tak kisahlah tu, yg penting aku suke dan senang nak access ke mana hala. byr duit lawyer, duit itu ini.. habis gak la simpanan aku... tp still kena menyimpan jugak sbb aku plan nak buat sikit reno.. tu pun tak tau bile.semuanya planning sahaja. tunggu dan lihat. so far rumah tu tak de rosak pape cuma BURUK dan comel je la... leaking ke hape ke mmg tak de. boleh la berteduh kami anak beranak.
ok balik smeula psl kereta... hari tuh dlm bulan lepas, kamal ade ckp2 psl bab kereta ni. dia bukan ckp apa pun, cuma tanya 'nak tukar thn ni ke, tunggu thn depan, sbb road-tax mati august ni'... aku jwb... 'thn depan...klu boleh tanak la tukar..kite beli lagi satu la...' sbb aku giler babs sayang satria yg putih tak putih ni.. byk jasa satria ni kat aku. aku pun selesa sbb dia tak pernah buat aku susah.. baik dr segi parking keta ke, atau rosak ke... demam sikit2 tu biasala..
esok lps kamal ckp saja... satria nih terus buat hal.. tak de idea aku...tetiba je brek bunyi..pdhal brake disc dan brake plate baru je ganti... pastu next day nya, masa aku pergi beli foods utk lunch, kereta aku kena langgar dek pompuan cina yg baru balik amik anak dia dari skolah. aghhh..mencik. tp aku cool je. lantak situ, pecah gak la cover lampu signal aku tu sblh driver.
dan latest pagi tadik, hampir2 aku langgar toyota avanza maroon depan aku.. avanza tu mengelak accident peugeot-saga depan dia, kat simpang batu caves-jln kuching.. perghhh... berdebar-debaruddin aku...sib baik la aku sempat brek...org belakang aku berasap dia punye tayar..aku ketor dan-dan tu jugak..iskkk satria weyy hang jgn buat hal pagi2 buta ni...
sampai la aku masih rasa ngeri...
bertahan lah wahai satria....
gambar robot : kalau boleh transform mcm ni, sure kamal beli...

Monday, February 4, 2008

colors of my life





note : kakak dan adik sewaktu pesta pancing anjuran kelab joran FRIM, 27 januari 2008. seronok kan jadik bebudak.. they're so free, so sincere, and ssssssooooo cutE!!, and on the right the four of us yg tgh syok sendiri using self timer sbb tak de org nak tolong snap gambar kami sefamily..
well, according to our new yr resolution as set earlier this yr.. resolution no 1 was
"to spent a quality time with 2L as much as possible"
and starting from the first wk of january our weekend was so wonderful. the first wk of january we went back to my hometown @jengka . then the following wk we just stayed at home and joined the kids coloring, reading, watching cd/dvd and went for an evening walk/cycling.
the 3rd wk, we painted our room and the kids' room.
and during thaipusam week-end we went to PD.
And finally for FT public hol, we stayed for 2d1n @ cameron highland.
a bit hectic month, but i am satisfied.
for february we still dont have any plan/idea where to go about. hubby said, to spent Q time with ur beloved ones doesn't mean that u need to go sumwhere else. but, if u got enuff budget then u can choose to bring ur family to anywhere u want. during this coming CNY, we will just stay @home. and by the 3rd wk of february, insya allah we will spent another 2d1n at genting highland. (14/15/16/17 of february - still tak decide lg)
to my frens, all these was done not for the "project mega" purpose ya!!
and then for march, due to my bzness we will only spent our Q time sekitar KL-selangor sahaja. But actually for me, it's still wonderful as long my hubby n my kids were always by my side, no matter what. Because, They are all the COLORS OF MY LIFE!!









Monday, January 28, 2008

projek suka-suki



first of all ..a bunch of thanks goes to MamaFaMi for her helpful recipe, tips and bla bla bla pok pek pok pek..
Mama, finally cak berjaya juga buat ROTI!!! yahooooooooooo...
okeh projek nih mmg projek suka² shj.. weekend baru nih ade fishing fest di office cak. a friend of mine called and bgtau ajak berniaga during that pesta memancing... okeh, since FP dah tak bley bukak dari ofis, aku pun decide utk carik mangsa nak minta tolong.. yup..akhirnya MamaFaMi dengan baik hatinya bagi resepi dan step by step camana nak bikin doh roti. Katanya, resepi ini dari FP Hanielieza.. thanks to tuanpunya resepi dan tuan kongsi resepi...
memula mmg suspen dok tunggu, agak2 menjadik tak roti aku nih... dlm kepala, dok ingat dari fp intan (nabialishad) dia buat red bean stolen ni..so main ingat aje camana caranya nak bagi roti nih jadik bentuk cengini... hehehhehe.. alhamdulillah...
dlm satu pack, aku letak 3 jenis foods : red bean bun, doughnut dan sausage roll. semuanya ada 30 pack (takut beb nak buat bebanyak... buatnya tak laku, naya aku nak ngabihkan...).. dlm pukul 12 tgahri, my friend call bgtau, 27 pack dah habis... oklah for the beginning kan?.. tahniah to myself!!!
nnt ade GP joran , my friend dah set nak more packs untuk diniagakan.. hehehhe... i've told you. it's a good start!!kan?..
oklah... itu sahaja..
next entry : family outing series 1/08..TunggUuuuuuuuuuUU
!!

Monday, January 21, 2008

recipe 1 : muffin pisang


salam all..
okeh, hari nih kite cerita psl muffin eh..
disebabkan aku ni idak le ade penimbang dirumah.. maka aku lebih cenderung mencari resepi yg menggunakan cawan.. kalau sukatan air pun (dlm ml) biasanya aku ambik botol susu anak dan sukat saja...teruk kan?.. pdhal penimbang dan measuring cup tu bukan lah mahal mana, tp tak tahu le ngape..berat benar nak beli penimbang..
buat muffin pisang nih mmg sempoi.. rasnya pun shedap. lagi-lagi kalau mkn panas-panas..sure terangkat!!
resepi cilok dr azzaliza's FP. thank u azza!!
tp cam biasa semuanya main agak2 sahaja.

resepi..kalau berani cubalah

5 biji pisang, lenyek dengan gula perang (dlm 3tbsp)
sedikit garam
2 biji telur, pukul sedikit.
2 cawan self raising flour
melted butter dlm 3/4 cawan
air sejuk dr peti ais (agak2)

masuk semua dlm satu bekas, boh air slow2, sikit2.. sampai dpt right consistency.
bakar.

senang kan?..
itulah... utk org malas mcm saya!!

Wednesday, January 16, 2008

do u love ur job?

i did love my job. but i hate my boss. full stop.
skang nih rasa bosan, benci, geram, marah..

then tetiba ada offer job lain, yg mmg jauh dr dunia research (as what i'm currently bumped into)..camana?.
situasi 1
boss : lady boss - pushy- very² bossy-busy ntah apa yg dia busykan aku pun tak tau-
colleagues : A++
got my own room, no need to stay in cubicle, very privacy.
big boss : OK
potential in career dev : +++

situasi 2 (new place)
boss : lady boss, bossy
colleagues : ada 5 org sahaja, tp still x tau lagi kawan atau lawan
no room, no privacy, need to deal with lotsa ppl in house and outsiders as well.
potential in career dev : ++

aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

tp aku slalu ingat pesan abah...ikut hati mati..ikut rasa binasa..
kalau ikut hati aku diketika ini, i choose situasi 2..apa nak jadik jadik la.
kawan2 aku suruh pk byk2 kali...
aku dah malas nak pk.
tp kalau aku pilih no 2, maknanya aku mmg IKUT HATI...
kalau aku pilih no 2, aku IKUT RASA.. ate, camne?.

tak pe, balik kang aku try tanye kamal. tgk apa kata dia. tp aku dh tahu apa jawapan dia. IKUT AWAK.

aku mmg dah tak boleh thn dengan aku nye officer yg bossy ngalahkan anak raja ni. udah le bossy, ckp ikut sedap mulut busuk dia je.. tak pikir hati dan perasaan orang. aku pun orang la, bukan kucing.

BOSAN!!