Friday, August 17, 2012

salam aidilfitri, maaf zahir batin

mcm tajuk...
semoga kita diketemukan dengan ramadhan tahun seterusnya...
tahun ni adalah tahun kedua, saya beraya sebagai si yatim piatu, tp saya redha. moga arwah mak dan abah juga mereka yg terlebih dahulu meninggalkan kita ditempatkan dikalangan salfussolihin.

raya tahun ni, wpun saya dah taka da ibu bapa dan dah tak ada kampung, saya masih ada ibu mertua.
tp tahun ni, insya Allah kami akan beraya tumpang di kampung orang (umah makcik, kakak ibu mertua saya). alhamdulillah..

utk yg baca blog ini, ntahkan ada ntahkan tidak, dengan ekrendahan dan ketulusa hati saya memohon maaf dari hujung rabut sehingga hujung kuku kaki atas apa jua kesalahan yg saya lakukan.

salam aidilfitri, maaf zhir batin semua!

Thursday, July 19, 2012

of 2012.

as salam.
selepas visit kuching on december last yr, this yr, kita decide jln dlm tanah besar sahaja. so here we are :


 CAMERON HIGHLANDS, april 2012
 celebrating adilia's 2nd birthday (Cameron Highlands)- kek yg plg berprestij yg boleh diperolehi at that particular time. no choice.errrr, last pergi CH rasanya ada Secret Recipe kat sana. 2012 pergi, dah tadek. mana pi?
 najla's 1st experience makan stoberi. she finished up 3pcs jugak la stoberi that day.
 riang , at MARDI station CH.
 May 2012, Happy 10th anniv to us. this rainbow cake, credit to BakeFreshly (Anna). yummy, diff taste in every layer. u shud try.



kakak, at Awana Kijal celebrating 10yrs of wonderful-experience-marriage.

wajib singgah : Kedai Kopi Hai Peng. can u spot?

June, 2012...
puas Najla mengexplore the whole places. buka every pintu cabinet.

here we are. but this unit ialah water chalet. the one we stayed was Sky Pool Villa of Grand Lexis, PD.

hmmmmph, what else we should say. best! najla pun mcm itik 'pedal' kaki dlm air!!

salam ramadhan

so many things to be told, yet so little time i've got.
wishes all the readers (ade ke?) selamat menyambut ramadhan al mubarak.
by the way, blog ini akan bertukar wajah.
sekali sekala adalah cerita peribadi. tp lebihannya nnt adalah utk business.
sempena ramadhan kali ini, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf dari kawankawan, sedaremare, sahabathandai yg masih sudi membaca blog ini. saya tak pasti amsih adakah org membaca. klu dahulu sy tahu ada sekerat dua silent reader yg menunggukan update sy, tp setelah lama terhenti (atas sbb2 peribadi) sy tak tahu masihkan ada yg membaca.

sehingga itu, jaga diri!

photo : credit to mama KC of LittleBigShot Photography.

Wednesday, March 7, 2012

laila adilia



she was admitted to hosp selayang due to pneumonia. Ya Allah Yang Maha Memberi Kesembuhan, ringankanlah penderitaan anakku. Semoga Adilia cepat sembuh.








day 2









day 1













Tuesday, February 28, 2012

kifarah


si sulung yang tidak suka diambil gambarnya... dah besar dia.


si bongsu yg mula berjinak2 dengan kamera.




ever ready!!!





si tongah yg mmg hantu bergambor!







weekend lepas aku demam. membawa ke hari ni dia punye bersin dan batuk. lengkap pakej. yg paling tak tahan bila mlm tekak gatal mcm rasa nak garu je... punye la merenyam dia punye gatal. aku wonder, bakteria/virus jenis ni boleh buat apa kat tekak, sampai dia punye merenyam tu, terpaksa aku tak tido mlm.

demam ni mula2 sekali najla yg kena, sekali dgn penyakit gatal2 dia tuh. pastuh adilia... pastu khaleeda, pastu aku dan semalam laily. klu ayahnya kena sekali, mmg lengkapla dia pukul satu rumah, tak bagik chance punye! tapi tak pe, take it positively. kalau tuhan duga dan uji kita, itu tandanya Dia sayang kat kita. Maka dengan itu, aku redha dgn kifarahMu ini ya Allah.











Friday, February 24, 2012

tak kurus-kurus pun.

satu.
dah skip dinner for past few weeks. tak ngelat pun, kadang2 je ngelat mkn cekodok/nasi anak tak habis makan. tu lah jadi mak, sayangkan anak tangan-tangankan. sayangkan makanan telan-telankan.

dua.
telan fibre sepeket sehari bagai nak termuntah, demi nak sehlim. kununnya lah.

tiga.
pakai balik set premium biutifool. mmg mkn sikit dah kenyang tp sekso ghaso eh..
aku sejak dua menjak ni bukak jugak blog mereka yang kaya raya dek hasil menjual PB ni. depa pun tak do la kurus mana. ramai jugak badan yg hantap2 mcm aku ni. yg comel2, yg gebu2, yg montel2 pun ramai jugak. tak jugak kurus2. haih.

empat.
aku malas nak diet, mls nak skip dinner, malas nak telan fibre, malas nak sibuk2 patah siku aku mengancing PB aku ni.. pasrah.

kesian, kan?

Wednesday, February 22, 2012

relieve n release

benda2 yg berlaku di keliling kita ni, adalah untuk kita belajar. samada menjadi lebih baik, lebih teruk atau kekal di situ.

benda2 yg berlaku pada kita, juga akan buat kita lebih hati-hati. baik dlm kehidupan rumahtangga, pekerjaan, persahabatan dan dlm apa jua yg mampu memberi impak kepada life kita.

kadang2, kita perlu lepaskan jauh2 sesuatu yg kita ada demi menjaga hati dan perasaan org lain.

kadang2, kite perlu genggam erat apa yg kita ada untuk kepentingan diri sendiri juga.


kadang2, org tak sedar.. dengan sedikit provokasi, habis dikeluarkan macam2 sehingga membolehkan kita mengagak apa yg ada difikiran mereka sebenarnya. dan itu yg saya rasa sekarang. rasa terpukul dgn provokasi yg saya buat kemudian si fulan bin si fulan menghambur mcm hilang waras dan berkata saya itu saya ini. mmg itu tujuan saya. saya provok utk lihat apa sebenarnya yg dipendam menjadi dendam.dan saya dah dpt jawapannya. mcm2 yg buruk saya dipandangannya rupanya. apapun saya berterima kasih, Allah masih sygkan saya dengan memberi sy dugaan begini. walaupun kecil dipandangan org lain, ia besar impaknya pada life saya. Terima Kasih Ya Rabb kerana dengan dugaan ini banyak yg saya belajar.
semoga saya tak jadi "paku dulang paku serpih.."

saya menulis dari hati.

Wednesday, February 15, 2012

smiling ear to ear

tatau mana nak start. smlm antara hari yg terbaik dan terseronok bagi aku.

alhamdulillah, dipermudahkan Allah urusan aku smlm.


ok, kite direct je citer.

aku dah bekerja dgn sorang bos ni for the past 7 yrs (2000-2007). 3 thn pertama i enjoyed. lama2 aku ada sikit rasa bosan sbb semuanya rutin sahaja, tak ade yg mencabar otak aku langsung. ibaratnya, kemampuan aku terbatas dan tersekat kat situ aje.


2007, aku dah make a move (like jagger), sbb aku rasa keautokratikannya semakin ketara.

bos aku ni baik actually tp aku rasa dia mcm byk lepas tgn kat aku utk semua benda termasuk benda2 yg bukan level aku selaku kuli ni. dah klu kerja kuli aku buat, kerja separa kuli aku buat, kerja mandur aku buat, kerja PR aku buat, menatangpiang tu buat mende. aku akan simpan sendiri apa yg aku eprnah saksikan. aku takkan reveal. cukuplah aku katakan di sini, lesson learnt. klu kau kerja dgn gaji ko ala-ala dan bos ko gaji alibaba, jgn pandai2 tunjuk terror dan amalkan konsep Malaysia boleh, saya boleh. mmg boleh lingkopop jawabnya.


how do i make a move? aku ambil keputusan sendiri, jumpa bos besar, cerita hal sbnr yg aku dah tepu kerja di situ. aku coter (aku tipu) yg aku dapat satu offer dr tmpt lain.. bos besar gabra, sbb sayang katanya (entah ye entah tak, wallahualam) expertise aku dlm field tu akan lenyap mcm tu aje klu aku pindah. pastu, masa dia tgh pikir2 tu aku bagi cadangan kat dia.

"apa kata Dr.XX tukarkan saya ke team XXX since Pn.XXX yg handle team XXX nak carik org back up sblm dia pegi oversea. sbnrnya aku dah kawtim dgn org yg nak sambung PhD kat obesi tu utk take over kerja2 dia and aku willing to learn from a-z since wpun dlm tmpt yg sama, bidang tu mmg sesuatu yg baru buat aku.

aku rasa korang boleh agak la apa lps tu.

menatangpiang tu rs mrh dan korang agakla apa berlaku lps tu.


menjadi manusia yg sangat berterus terang dan tak puashati klu tak ckp, maka aku telah menyekolahkan menatangpiang tu dr a-z. suddenly baru sampai huruf m, dia dah pangkah. aku mls nak ingat balik. pedih. so, start dr hari tu aku mmg lancarkan perang dingin dgn dia. slowly aku kelaur dr team asal aku... sikit2 aku buang.. sampailah smlm, aku rasa dah tiba masanya aku di fully release. alhamdulillah, ok semua. aku rasa lbh senang begini. aku tak tersepit, dia tak mengepit.


so secara rasminya 14/2/2012 slps 12 thn, aku kini BEBAS.


mana2 yg satu opis ngn aku yg boleh jumpa blog aku ni, jgnla hendaknya mengopipes dan bagi benda alah ni pada x-boss aku. klu korang buat, mmg menatangpiang kuasa dua la korang.

smlm mood aku lps pukul 4 tu baik gile... hahahhaha,... puashati aku dpt keluar terus, bebas 100% dr pemerintahan beraja autokratik dia.


semoga aku terus memanfaatkan ilmuMu dengan penuh keikhlasan dan istiqamah dalam melaksanakannya.


nota: tak de la apa pun kan bagi yg tertanya2 status fb saya smlm. ini AJE sebenarnya. tp kegembiraan saya ini, hanya bos baru dan en suami aje yg paham .

Friday, February 10, 2012

anak oh anak

the two princess yg gering.




tahun 2012, february sudah 3 hari cuti tahun di ambil dan 4 hari mc.

4 hari mc adalah kerana sakit mata.

1 hari cuti adalah kerana berjimbarama dgn kawan2 skypochi yg shangat sheronok untuk dihabiskan masa bersama. lagik 2 hari dihabiskan menjaga anak2.

okey, adilia my third daughter was down with high fever on thaipusam day. demam tu strike without warning. tghari tu elok je dia main then mlm tu terus panas. najla pula naik mcm chicken pox tu pada few area on her body. dah confirmkan dengan our doc, bukan CP as what i've guess. it was bacterial infection. shuh shuh.. go away those bacteria!!

as of today, aku terpaksa tawakkal aje ke office sbba de meeting yg aku kena ambil minit. since adilia pun dah tak tinggi lg temperaturenya since mlm tadi... pagi td pun temp dia 36.7. najla pun dah kering dia punye spot tu.. so aku tawakkal je la. hubby tak dpt cuti. apa la kedekut cuti punye boss!!. anyway ibu doakan anak2 ibu sihat walafiat dan bebas dr apa jua penyakit berjangkit.

kesian najla kecik2 dah kena infected.

sementara nak tunggu diorang besar ni, mmg terkorban la cuti aku. klu kawan2 seangkatan aku rasanya GCR diorang emsti dah ada 30 hari ke atas. aku??? hahahahhaha... cuti tahun pun tak cukop mcmana nak carry forward balance cuti?? hahahah... 10 thn kerja baru ada 15 hari GCR. oklah tu kan. dari tak de langsung.




ini gambar tgn najla yg infected....



seriau kan? kesian dia. tp alhamdulillah dia aktif aje mcm biasa. mkn pun, alhamdulillah laju semacam aje. moga tak de la pape yg buruk dan teruk consequences dr kena infeksi ini hendaknya. amin.








Thursday, February 2, 2012

ENTRY KETIGA HARI INI

ok sejak saya uplod gmbr bubur tepung beras kacau utk introductory to solid food for my najla kat fesbuk tu, ramai pulak yg tanya mcamana buatnya.




ini, dah nak habis mkn baru igt nak amik gambau







saya dulu2, umur 13 thn baru dpt adik. so, selalu tgk apa mak masak nak bagi adik saya makan. arwah mak cakap, kalau budak baru nak kenalkan makanan pejal akak2 saya dulu semua start dgn ini. iaitu kacau tepung beras ni la..



so, turun temurunnya semua anak2 kakak saya (anak buah saya) semua mkn menda ni la sblm mkn menda lain. anak2 saya dari yg sulung, itu jugak la makanannya sampai la boleh mkn blended rice poridge.




saya cuba elakkan bagi makan processed food, canned food etc.




ini cara buat tepung beras kacau ni...




2 sdb tepung beras paras rata je


1 1/2 mug air
7 biji kismis/ 1 biji kurma



kacau guna handwhisk atas api yg kecil. masak sampai likat dan tepung tukar kaler jernih. petua arwah mak klu dia bunyi plop plop plop tu dan kaler dah jernih dr awal, masak la tu. api jgn besar.
masa arwah mak ajar dulu dia bubuh gula sikit guna hujung camca kecik. tp saya tak boh gula, mmg saya guna kismis. tak de manis la rasa dia, lagipun babies bukannya kenal rasa lagik. pastu nnt bile baby makin besar, pekatkan la bubur ni. eg. 2 sdb tepung beras : 1 mug air dan bile dah tgk dia cepat lapar pekatkan lagi 2 sdb tepung beras : 3/4 mug air.
then baru intro dgn fruit n vege puree..
najla start makan bubur tepung beras ni 2 hari yg lps at the age of 5 mths, 1 wk. so far acceptance dia towards bubur ni seems ok. tadi first day bawak bekal ini ke nursery. bermula dari adilia, mmg dia tak mkn nestum.... saja nak try dan kebetulan rajin masa tu.
nnt saya share pulak resepi bubur nasik utk babies dr arwah abah saya. stay tune


notakaki : wah!! aku guna "saya" la dlm entri ni. ototmatik. hihihi.. ototmatik tuuuu...