Monday, October 25, 2010

Yatim Piatu

hmph, tak tau la korang sedia maklum atau tidak bahawasanya pada 17 Okt 2010 secara rasminya aku dan 6 lagik adik beradik dah jadi anak Yatim Piatu. Dari hari ke sehari aku nak menulis dan bercerita, tp aku tak rasa kuat dan kebal nak menulis. mcm tak de idea dan mcm taktau mana nak mula, mcm tak de kata2 yg nak tolong keluar dr kepala dan jari aku.
Abah pergi ni, rasanya satu tamparan hebat utk aku. Lebih teruk rasanya pukulan ni dr waktu aku kematian Mak. Mungkin sbb abah pergi sgt mengejut, tanpa signal tanpa apa. Masa Mak dulu, sbb mak mmg sakit dan terlantar, jd pemergian Mak lebih aku relakan sbb tak sanggup tgk dia menderita sakit. Sedihkan, dah tak de Mak, pastu Abah pulak meninggal. Hah!!melancholic. Aku tanak la ajak korang bersedih dgn cerita aku. Jauh sekali menagih simpati orang. Cuma, apa yg terbuku kat hati aku ni selagi aku tak keluarkan aku rasa mcm sesak dada.

Aku ingat aku okay. atau aku pura-pura okay. tp mlm tadik, aku rasa sedih aku berganda2 bila tiba2 aku teringat abah. 10 thn lepas mak pergi, abah la yg aku ada. wpun tak semua benda aku cerita dgn abah, tak semua benda aku kongsikan dgn abah, tp aku rasa syg aku pada abah melebihi segala nya. cuma, silap aku ..aku tak pernah nyatakan pada abah secara terus "Abah, Kak Na syg abah" TAK PERNAH!!
aku mula bukak satu2 kenangan dgn abah, esp saat akhir masa dia kat spital. mase aku berbuka puasa dan bersahur dgn dia 52 hari yg lalu. mase slm tgn dia beraya pada 39 hari yg lalu. aku teringat cara dia mkn, cara dia sembahyang, dia keluar bilik air, dengusan dia, cara dia goreng lempeng, cara dia marah, cara dia main dgn cucu. adoi, semua tu buat aku menangis. Gila, sedih gila.

tak ade signal yg abah tunjukkan mahupun tak de apa2 petunjuk yg terlintas dlm kepala otak aku yg abah akan pergi terus waktu abah kat hosp. Sabtu, 16 Okt, kami adik beradik rush balik ke Jengka bila dpt sms dari abang aku ckp abah sakit. sangat2 sakit. ehm, siap lebih kurang dan mcm jugak aku dpt rasa feeling dia ada sikit lain mcm. aku pack baju extra, in case apa2 jadi boleh aku stay lama kat kampung sbb cuti aku byk lagi. mase aku sampai hosp kak ipau, kak ya, kak ola dan abg ham semua dah ada. bile aku tanya, katanya abah masih dlm emergency ward. diagnosed? still tak de result. mcm ala-ala misteri gitu.
tak lama dlm 40 minit, abah masuk ke wad lelaki so kitorang smeua berderu tunggu abah kat wad. mase tuh abah nampak dah ok, tak nampak mcm org sakit cuma dia nampak penat dan lesu. lapar kot. lps salam abah, aku pegang kaki dia. sejuk. mmg sejuk mcm air batu. hari tu saja, tak silap aku 3 kali ganti tiub IV tu. sbb abah aku ni ganas tak macam org sakit dia punye motion. darah bercampur dgn air kat salur tiub tu. aku sempat pesan abah jgn la ganas2 sgt, penat nurse tuh ganti tiub tu... mase kitorang nak balik, dia kata nak tido. kakak sulung aku tunggu kat hosp. kitorang balik dan masak utk dia. mcm biasa, klu dia tak sihat dia suka makan bubur kosong dgn sambal ikan bilis garing. itu lah yg kitorang buatkan utk dia. oh, dkt board katil abah, dia tulis :UTI dan dehydrated. hosp jengka ni wiken mcm tak de doc n nurses. nurse ade, lepak kat kaunter mcm tulis sesuatu. aku tanya psl e-GL pun jawab ala-ala mcm org tak skolah. sorry.
yg ganti tiub abah aku tu, semua student practical dr kolej mana2 ntah. selain buat orientasi wad kepada sapa yg nak jaga pesakit. "ehm, kerusi malas kat bilik tu, sidai kain kat situ, toilet kat situ, bla bla bla" bile tanya psl patient tak leh jwb.
aku bukan nak menghina mana2 doc atau nurses, tp bagi aku mana2 karier yg membabitkan nyawa dan kesihatan org ni, responsibility korang kena lah lebih. anggapla yg sakit tu mcm ahli keluarga korang. bagi aku klu kita cintakan kerjaya kita, cthnya doc haiwan.. klu binatang tu rasa sakit, kite juga boleh rasa sakitnya. inikan pulak yg dealt dgn nyawa manusia.
aku tak salahkan mana2 pihak, sbb bagi aku ajal tu mmg perjanjian Allah dgn hambaNya. takkan terlebih dan terkurang walau satu saat sekalipun...takkan terdelay wlu dimana kita berada sekalipun.
Entah mcm mana aku nak kata pasal ralatnya aku bila pihak hosp tulis dekat surat kematian COD= acute myocardial infarction. ko tulis la dgn bahasa medikal ko mcmana sekalipun, tp aku cuma nak korang mengaku "ayah puan jatuh kat bilik air" tu je. jgn ckp dan bagi reason yg mcm2. bagi penerangan dgn bhs ko yg org kampung tak boleh faham.
bagi doc n nurses yg berkhidmat kat hosp terpencil dan tak maju, please la.. sama je duty korang di mana-mana. jgn anggap korang treat org kampung, org tak de nama, so korang boleh lebih kurang. jgn ada dabel standard. cuba bapak aku tu ADUN ke kat jengka tu.. mesti sepcial treatment dia. betul?
dari mula aku nak suruh anak aku jadik doc, nampaknya aku kena mintak dia fikirkan profession lain lps ni yg tak emlibatkan nyawa org. klu ko nak jadik doc n nurses kerana minat mmg berbeza klu ko jadik doc n nurses sbb terpaksa dan tiada pilihan. Hoh, emo.

balik kampung kali ni, tak mcm selalu. selalu nya kamera, laptop mmg aku tak eprnah tinggal. taktau kenapa, aku jadik malas nak bawak semua tu. klu aku bawa hari tu.. isk.. kalau.

byk kenangan aku dan abah. abah yg ajar aku mengaji sampai aku rasa nak semput belajar dgn dia. org lain naik quran darjah 4. darjah 6 dah khatam. aku darjah 6 baru naik quran. bukan sebab aku bebal. tp sbb abah aku ajar detail sgt ngaji sekali complete tajwid, makhraj tartilnya. bukan aku aje, abg2 dgn akak2 aku pun sama. rotan mmg tak lepas dr tgn. kena maki mmg dah jadik makanan kami adik beradik klu mengaji dgn dia. sbb tak tahan, darjah 6 aku mintak ngaji dgn org lain.. aku tau dia tak suka dan mungkin dia ekcik hati aku gi ngaji ngn org lain. magic, setahun aku khatam. sbb aku dpt rasa aku akan masuk asrama sama mcm kakak2 dan abg aku. klu dgn dia kompom tingkatan 3 baru khatam. tp tulah, aku mengaku kualitinya tak sama dgn dia yg ajar. adik beradik aku semua masuk asrama (alahmdulillah) bila tingkatan 1. habis spm sambung masuk U, maktab etc. abah mmg berhabis utk kami adik beradik belajar. gadaikan kereta. kerja siang mlm. aku, tau mintak duit aje. isk. sedih lagik.
bile kena marah dgn abah, aku selalu merajuk blkg pintu. jadik anak bongsu selama 12 thn, mmg aku antara yg termanja. periksa la nombor berapa pun, abah tak pernah marah. cuba akak dgn abg aku. jatuh no 3 mmg kena la. dulu, aku selalu dpt upah dr abg dan kakak aku bile time sain report kad. diorang takut kena marah, jadik diorang upah aku hntr report kad kat abah. ah, semua nya kenangan.
mase mak meninggal abah yg pesan byk2 kali, jgn menangis. aku tgk abah mmg tak menangis sampai timbul rasa geram kat abah seolah2 abah tak syg mak. tp betul la, menangis bukan bermakna dan tanda kasih syg kita pada si mati. bila abah kahwin lain 2 thn selapas mak meninggal sekali lagi aku protes dlm hati abah tak syg mak. tp aku tak cuba pikir keperluan dia bila adik bongsu aku time tuh dlm darjah 6 yg akan masuk tingkatan1 dan kompom duduk asrama dan abah tinggal sorang. itu perkara standard bile dpt mak baru. aku tak mahu sentuh psl mak baru. biarlah..

psl kronologi kematian abah, aku mls nak cerita. korang boleh baca kat blog anak yatim piatu ni. tabahkah aku?tabahkah abg dan kakak2 aku, adik aku menghadapai satu lagi kematian dlm hidup kami. aku tak tabah sbb air mata aku tumpah byk.. dlm hati lagik sedih. alhamdulillah urusan pengkebumian abah mmg dipermudahkan. raut wajah abah sangat tenang dan tak jemu utk dipandang. semoga abah dikumpulkan dikalangan habibullah dan para solihin.

utk org kampung(klu terbaca dan membaca), andai kata arwah abah saya ada melakukan kesilapan, mengecikkan hati sepanjang hidup dia terutama semasa dia jadi ketua kampung, saya bagi pihak arwah memohon berbyk2 maaf.. andai kata dia berhutang (saya tahu dia tak suka berhutang dan tak pernah berhutang, sbb kantin felda pun dia byr cash) mintak diberitahu kepada kami waris nya.
utk kawan2 sekalian, terima kasih atas doa kalian. berada ditempat org yg kehilangan akan merasa betapa pentingnya ucapan takziah dan alfatihah korang..
utk kawan2 terapat, (korang tahu siapa korang) aku hargai sms, call, email, etc.
utk yg masih hidup dan masih punya mak dan ayah, ungkap dan ucapkan lah sebelum terlewat. buatlah bakti sebelum menyesal.
utk kak ipau, kak lili, abg ham, kak ya, kak ola dan adik.. aku syg korang. dah tak de harta lain dlm dunia ni selain korang, dan semoga hubungan adik beradik kta tidak putus wpun kita dah jadik anak yatim piatu.

rohana sahdan
25okt2010.

utk arwah mak Bonda Rusmi binti Othman (8 Disember 1947-19 November 2000) dan arwah Ayahanda Sahdan bin Amri (3 November 1944-17 Oktober 2010) terima kasih kerana melahir dan membesarkan aku, mohon halalkan titis susu mak, mohon halalkan segalanya, maafkan salah silap Kak Na pd mak dan abah. Al Fatihah.

Al-Fatihah.